10 Instagramable Airbnb Di Kuala Lumpur Dengan Pemandangan Menarik !

Kuala Lumpur merupakan ibunegara Malaysia yang mempunyai latar pemandangan pencakar langit yang indah. Selain itu, pelbagai tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong turut terdapat di sini. Kini, penginapan percutian di Airbnb menjadi salah satu pilihan utama untuk destinasi percutian kerana kemudahan yang ditawarkan serta pemandangan sekitar airbnb tersebut.

Oleh itu, artikel kali ini akan menyenaraikan 10 Instagramable Airbnb di Kuala Lumpur dengan Pemandangan Menarik!

1. SKY POOL 3 Mins walk to Pavilion@Bukit Bintang Z3

Lokasi Airbnb ini adalah di Dorsett Residence, Bukit bintang. Kedudukan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur memberikan kelebihan dari segi akses untuk ke tempat-tempat menarik di bandaraya ini!

Reka bentuk dalaman yang eksklusif memberikan suasana moden yang anda impikan. Tempat terbaik untuk anda bercuti bersama pasangan mahupun keluarga di tengah kota raya ini.

Tarikan utamanya adalah pastinya pemandangan yang indah, bangunan pencakar langit yang memenuhi ruang angkasa bandar raya ini. Pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar disini dan meng-upload-kan gambar tersebut di intagram!

Kemudahan lain yang boleh digunakan adalah kolam renang, akses wifi yang pantas dan gym yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman baru. 

Harga : Dari RM 184+ Semalaman
Airbnb : SKY POOL 3 Mins walk to Pavilion@Bukit Bintang Z3

2. B93 The Robertson Suite Bukit Bintang

B93 The Robertson Suite Bukit Bintang menampilkan penginapan privasi dan eksklusif dengan sebuah bilik tidur yang boleh memuatkan empat orang. Terletak betul-betul di tengah ibunegara, lokasi tumpuan di sekitar ibu negara lain berada dekat sahaja dengan tempat ini.

Anda bakal berpeluang menikmati kemudahan yang tersedia seperti Infinity Lap Pool, BBQ Deck, Sauna, Chess Garden dan juga Outdoor & Indoor Gym. Pastinya anda akan menggunakan kemudahan dan fasiliti yang disedaikan.

Pemandangan dari atas tingkat 42 pastinya mempesonakan anda! Dengan harga kurang dari RM150 semalaman, pastinya pengalaman ini sangat berbaloi!

Harga : Dari RM 125+ Semalaman
Airbnb : B93 The Robertson Suite Bukit Bintang

3. NowHere 2BR @ 6 Pax ❤️ Guarantee Satisfaction

NowHere 2BR @ 6 Pax ❤️ Guarantee Satisfaction menawarkan tempat penginapan untuk 6 orang termasuk 2 bilik dengan katil bersaiz Queen dan juga 1 katil sofa. Lokasinya adalah di Opus Residence iaitu berdekatan dengan Stesen Monorail memberikan akses mudah untuk pengunjung bergerak menggunakan pengangkutan awam.

Antara kemudahan yang tersedia adalah seperti Wifi, Hi-Defination Flat-screen TV dan pelbagai lagi. Ruang di dalam airbnb ini bercirikan minimalist dan juga moden. Selain dapat merehatkan diri, anda juga dapat menikmati pemandangan indah dan juga berehat di kawasan rehat yang ada di Opus Residence ini.

Harga : Dari RM168+ Semalaman
Airbnb : NowHere 2BR @ 6 Pax ❤️ Guarantee Satisfaction

4. Infinity Sky Pool, Near KLCC Subway Z5 middle

Bercuti bersama keluarga? Rakan-rakan? Bercuti secara solo? Ya, inilah lokasi yang bakal memberikan anda pengalaman percutian menarik. Dengan harga bawah RM70 untuk satu malam, anda bakal menerima sebuah bilik beserta katil bersaiz Queen dan juga bilik air, di mana ruang lain akan dikongsi bersama pengunjung yang lain.

Kolam infiniti yang terdapat ditingkat 51 akan memberikan anda pemandangan latar bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur, termasuklah Bangunan Berkembar Petronas, Menara KL dan pelbagai lagi. Akses pengangkutan awam yang dekat iaiatu sekitar 5 minit berjalan ke Stesen Monorel Bukit Nanas dan juga Stesen LRT Dang Wangi.

Harga : Dari RM69+ Semalaman
Airbnb : Infinity Sky Pool, Near KLCC Subway Z5 middle

5. D’majestic Place by Homes Asian – King Suite.D134

D’majestic Place by Homes Asian – King Suite.D134 terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, berdekatan dengan pusat tumpuan pelancong seperti Pusat Beli Belah Pavillion, KLCC, China Town, dan pelbagai lagi. Bersaiz studio, apa yang tersedia di dalam airbnb ini adalah katil bersaiz King dan tingkap yang besar serta beberapa kemudahan asas yang lain.

Harga : Dari RM91+ Semalaman
Airbnb : D’majestic Place by Homes Asian – King Suite.D134

6. KLCC View-1 Stylish Studio Room & Rooftop Pool

Bersaiz studio dan mampu memuatkan dua orang , ‘KLCC View-1 Stylish Studio Room & Rooftop Pool’ ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi menarik di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, dan pelagai terletak di dalam linkungan 5KM sahaja.

Satu tarikan menarik adalah pemandangan yang indah dapat dilihat menerusi saiz tingkap yang sangat besar, dari atas sehingga ke lantai. Pemandangan bangunan pencakar langit yang popular di Kuala Lumpur dapat dilihat dengan begitu jelas.

Selain itu, anda juga dapat melihat pemandangan lebih cantik di kolam infinitinya di tingkat 48. Antara kemudahan yang tersedia termasuklah Wifi berkelajuan tinggi, pendingin hawa, kemudahan gym dan sebagainya. 

Harga : Dari RM 137+ Semalaman
Airbnb : KLCC View-1 Stylish Studio Room & Rooftop Pool

7. Expressionz Premier I by Ayser (Netflix & Chill)

Mampu memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, unit studio ini dilengkapkan dengan katil bersaiz King dan juga katil sofa. Antara kemudahan yang ada adalah seperti kolam renang, jakuzi dan taman permainan kanak-kanak di tingkat 8, manakala di tingkat 48, kolam infiniti tersedia di sana.

Bilik premium ini bakal memberikan anda suasana privasi untuk anda bersama yang tersayang. Selain itu, Pemandangan di kolam infinitinya pasti akan membuatkan anda terpukau dengan keindahan latar kota Kuala Lumpur.

Harga : Dari RM122+ Semalaman
Airbnb : Expressionz Premier I by Ayser (Netflix & Chill)

8. Infinity Pool at KLCC Platinum Suites | Natural

Paling sesuai untuk percutian keluarga, keramaian, percutian daripada kesibukan kerja dan sebagainya, ‘Infinity Pool at KLCC Platinum Suites | Natural’  menyediakan ruangan yang besar dan mampu memuatkan seramai 8 orang pengunjung. Apa yang tersedia di airbnb ini adalah termasuk 2bilik tidur dengan Wifi berkelajuan tinggi, TV dan dapur.

Jarak berjalan kaki yang dekat sahaja dengan pusat beli belah Quill City Mall, Stesen Monorail Bukti Nanas/Medan Tuanku, Stesen LRT Dang Wangi dan sebagainya memberikan akses mudah untuk anda ke lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur. 

Kemudahan yang tersedia juga termasuklah dapur yang bleh digunakan untuk memasak, Wifi berkelajuan tinggi, dan juga TV Box. Selain itu, anda juga bakal menerima akses untuk kolam infinity, sky lounge dan juga gym dimana anda bakal menerima pemandangan indah Kuala Lumpur. 

Harga : Dari RM250+ Semalaman
Airbnb : Infinity Pool at KLCC Platinum Suites | Natural

9. 30% + 10% Off |KL Tower View| 5mins walk to KLCC

Berkeluasan 500 kaki dan bersaiz studio, airbnb ini mampu memuatkan sehingga 4 orang dewasa. Apa yang tersedia termasuklah 1 katil bersaiz Queen dan juga 1 Katil sofa yang boleh diubah menjadi katil bersaiz ganda.
Unit ini terletak di tingkat atas dengan pemandangan indah Menara Kuala Lumpur. Akses percuma untuk fasiliti yang tersedia termasuklah kolam renang tingkat atas, gym, sauna dan pelbagai lagi.

Unit ini turut hadir dengan Wifi berkelajuan tinggi, TV Box dimana anda boleh menonton Youtube, NETFLIX dan pelbagai lagi saluran lain. Kolam renang dan gym yang terletak di tingkat 33A bakal memberikan anda pemandangan indah latar kota Kuala Lumpur!

Harga : Dari RM168+ Semalaman
Airbnb : 30% + 10% Off |KL Tower View| 5mins walk to KLCC

10. Exclusive PINK Suite l Fit 4-6 Pax, 100mbps Wifi

Unit airbnb ini terletak di 28 Boulevard Lakefront, sesuai untuk anda bersama pasangan, melancong secara solo dan sebagainya. Apa yang tersedia termasuklah 2 katil bersaiz Queen dan 1 katil sofa.  Kemudahan lain termasuklah Wifi berkelajuan tinggi, peti ais, TV Box dan sebagainya. 

Anda bakal menerima akses ke fasiliti yang tersedia seperti Yoga & Meditation Garden, Rock Climbing Wall,  Children’s Playround, Water Play / Water Spout, 50m Lap Pool, Enchanted Trees, Leisure Piazza, Reading Pavilion, Hanging Hammock / Verandah Breeze, Silvermoon Terrace, Infinity Pond, Viewing Lounge, Infinity Pool Area,  Jacuzzi Area dan pelbagai lagi. 
Pemandangan bandaraya yang lebih menyeluruh dapat dilihat dari airbnb ini, serta kemudahan dan fasiliti yang tersedia sememangnya sangat menarik!

Harga : Dari RM172+ Semalaman
Airbnb : Exclusive PINK Suite l Fit 4-6 Pax, 100mbps Wifi


Kuala Lumpur sememangnya satu lokasi yang menarik sekiranya anda bijak memilih lokasi yang tepat untuk berehat, menenangkan diri dan sebagainya. Pemandangan pencakar langit yang banyak dan sebagainya pasti sangat indah untuk disimpan buat kenangan di laman sosial seperti Instagram dan sebagainya.

Penginapan di airbnb mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana setiap unit mempunyai kelebihannya tersendiri. Dekorasi dalaman dengan sentuhan yang pelbagai jenis, kemudahan dan fasiliti juga memainkan peranan dalam menjadikan percutian anda seronok dan indah. Sekian sahaja senarai 10 Instagramable Airbnb di Kuala Lumpur dengan Pemandangan Menarik!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *