10 Kafe Hipster Terbaik & Menarik di Georgetown, Pulau Pinang

Apabila bercuti atau melancong kemana-mana lokasi, antara yang menjadi pilihan adalah kafe hipster untuk bersantai dan sebagainya. Georgetown yang terletak di Pulau Pinang atau Penang sememangnya sebuah lokasi yang dikenali sebagai syurga makanan.

Sebut sahaja makanan apa yang anda inginkan, semuanya ada di Penang ini. Kepada anda yang ingin mengunjungi kafe hipster yang terdapat di Georgetown ini, ini adalah senarai 10 Kafe Hipster Menarik di Georgetown, Pulau Pinang.

#1 More by Arang Coffee

Berkonsepkan dekorasi yang menarik, More by Arang Coffee ini menawarkan suasana santai dan menenangkan. Anda boleh menghirup kopi yang disediakan disini sambail membuat kerja, bertemu rakan-rakan dan sebagainya.

Imej via Facebook

Bukan sahaja pelbagai pilihan kopi disediakan disini tetapi pilihan makanan Barat juga disediakan seperti spaghetti carbonara dan pelbagai lagi hidangan yang sungguh enak dan menyelerakan.

Lokasi :170-G Argyll Road, Livingston Tower 10050 George Town, Penang, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap hari (Selasa Tutup); 10 Pagi – 5 Petang
Facebook : https://www.facebook.com/MOREbyarangcoffee/

#2 The Warung

Dekorasinya memang cantik, mempunyai beberapa cawangan di Penang dan Kuala Lumpur, The Warung merupakan sebuah lokasi kafe yang anda boleh datang dan nikmati hidangan dan minuman yang tersedia disini. Selain kopi, anda juga boleh menikmati hidangan waffle yang merupakan hidangan signature di sini.

Imej Via Facebook

Antara waffle yang anda boleh cuba ada signature fruit waffle mereka yang dihidangkan buah-buahan segar dan satu scoop aiskrim Haagen-Dazs. Memang sedap dan nampak menyelerakan !

Lokasi : 145, Lebuh Victoria 10300 George Town, Penang.
Waktu Operasi : Setiap Hari; 9.30 Pagi – 6 Petang
Facebook : https://www.facebook.com/thewarung.my/

#3 Gudang Café

Gudang Café ini bukanlah kafe biasa-biasa kerana selain menyediakan minuman kopi tetapi juga menyediakan makanan Jepun yang enak seperti Udon, Ramen, Set Nasi dan pelbagai lagi.

Imej via Facebook

Antara yang anda boleh cuba adalah seperti Salmon Katsu Don, Teriyaki Chicken Don, Fried Udon, Unagi Tempura dan banyak lagi.

Lokasi : 5 Gat Lebuh Armenian 10300, Georgetown, Penang, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari; 11.00 Pagi- 11.00 Malam
Facebook : https://www.facebook.com/gudangcafe/

#4 Jawi House Cafe Gallery

Jawi House Cafe Gallery ini merupakan sebuah kafe dengan dekorasi yang cukup menarik. Suasana yang santai merupakan antara sebab utama kenapa anda perlu datang dan mencuba hidangan disini.

Imej Via Facebook

Pelbagai jenis menu dan hidangan yang anda boleh dapatkan disini yang mana semuanya cukup menyelerakan. Jawi House Cafe Gallery ini pastinya lokasi sesuai untuk anda santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Lokasi : 85 Lebuh Armenian, 10200 George Town, Penang, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (Selasa Tutup); 11 Pagi -9.30 Malam
Facebook : https://www.facebook.com/jawihouse/

#5 The Table Penang

Melihat pilihan makanan yang terdapat di The Table Penang ini pun sudah boleh membuatkan sesiapapun terliur. Pilihan makanan di The Table ini sangat banyak dan menu yang disajikan kebanyakannya adlaah pilihan makanan Barat.

Imej Via Facebook

Antara yang anda boleh cuba adalah seperti aglio olio, chicken grill, lamb grill dan burger. Untuk pilihan minuman pula memang banyak, ada pelbagai jenis kopi yang anda boleh cuba.

Lokasi : 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Setiap Hari; 12 Tengahhari -10.30 Malam
Facebook : https://www.facebook.com/thetablepenang/

#6 Brown Pocket Cafe

Brown Pocket Cafe ini merupakan cafe yang menawarkan makanan seperti wafffle dan penkek yang enak dan menyelerakan. Selain itu, anda juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut lain yang memang sedap.

Imej via Facebook

Untuk pencuci mulut, kafe ini menyediakan waffle, pancakes, yogurt & ice desert. Untuk kopi pula, matcha latte dan caramel latte merupakan antara yang terlaris.

Lokasi : Gurney Paragon L- 10250 6, 11, Jalan Kelawai, Georgetown, 10250 George Town, Penang
Waktu Operasi : Setiap Hari; 10 pagi – 10 Malam
Facebook : https://www.facebook.com/brownpocket/

#7 WHEELER’S

Kafe Wheeler’s ini merupakan antara lokasi popular terutamanya bagi pencinta kopi. Dengan dekorasi yang menarik, kafe ini menyediakan pelbagau jenis kopi yang anda boleh cuba seperti Tiramisu Latte, Toffee Nut Latte, Espresso Panna Cotta dan Penne Arabiatta

Imej Via Facebook

Selain itu, anda juga boleh mencuba pilihan makanan yang menarik disini. Memang sesuai untuk anda bersantai bersama rakan-rakan sambil menghirup kopi.

Lokasi : 67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Setiap Hari; 8 Pagi -12 Tengah Malam
Facebook : https://www.facebook.com/wheelerspenang/

#8 The Safe Room

The Safe Room merupakan sebuah kafe yang telah wujud sejak tahun 2013, menyediakan pelbagai jenis hidangan Barat yang memang enak belaka. Dekorasi dalam kafe yang sungguh cantik menjadikan pengalamana nda makan di sini lebih menarik.

Imej Via Facebook

Kafe ini terkenal dengan aiskrim yang dikenali sebagai Liquid Nitrogen Ice Cream. Jangan lupa untuk mencubanya apabila anda datang ke sini kelak.

Lokasi : 183, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Isnin Tutup); 12 Tengahhari – 11 Malam
Facebook : https://www.facebook.com/thesaferoompenang/

#9 Harvest In Cafe

Kafe hispter berikutnya yang anda boleh datang, singgah dan cuba makanannya adalah di Harvest In Cafe. Anda boleh nikmati pelbagai jenis menu hidangan yang unik dan menarik di sini.

Lokasi : 10, Jalan Irrawaddi, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Sabtu Tutup); 11 Pagi – 10 Malam
Facebook : https://www.facebook.com/Harvest-In-Cafe-148143198709506/

#10 Lagenda House & Cafe

Merupakan antara kafe hispter terkenal di Penang, Lagenda House Cafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan yang enak dengan pilihan makanan dari serata Asia.

Imej Via Facebook

Pelbagai menu sebenarnya yang anda boleh cuba, antaranya adalah seperti Ayam Masak Semerah padi, Ikan Bakar Pancha Delima dan Pak Belalang’s Beef Rendang. Makan dan bersantai bersama keluarga disini pastinya seronok kerana pilihan makanan yang pelbagai dan suasana kafe yang tenang.

Lokasi : 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Setiap Hari; 12 Tengahhari – 10 Malam
Facebook : https://www.facebook.com/cafelagenda/

Dengan adanya senarai ini maka anda sudah boleh merancang percutian anda di Penang dan masukkan kafe-kafe hispter ini dalam perancangan anda. Sebenarnya ada banyak lagi kafe di Penang ini tetapi yang tersenarai ini merupakan antara yang popular.

Selamat bercuti ke Penang dan terjahlah kafe-kafe ini.

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?