Kuantan adalah ibu negeri bagi negeri Pahang Darul Makmur. Bandar ini menjadi kediaman bagi lebih daripada 600,000 orang penduduk.
Lokasi yang sangat strategik iaitu di pesisir Laut China Selatan dan ditebing Sungai Kuantan, bandar ini menarik ramai pelancong dan pengunjung untuk bercuti dan berehat di sini!
Disebabkan itu, kali ini kami akan menyenaraikan 10 lokasi penginapan airbnb yang menarik di bandar Kuantan untuk anda menginap di percutian anda akan datang!
Imperium Resident Kuantan Waterfront Sea View
Airbnb pertama di dalam senarai kali ini adalah Imperium Resident Kuantan Waterfront Sea View. Airbnb ini menawarkan penginapan yang selesa, bersih dan cukup menarik.
Terletak di tengah bandar Kuantan, lokasi penginapan ini berhadapan dengan laut. Pemandangan indah Laut China Selatan pastinya membuatkan penginapan anda lebih menarik.
Kemudahan yang tersedia disini pula sungguh lengkap. Antara yang tersedia adalah seperti televisyen, kemudahan Wifi, dan pelbagai lagi.
Hiasan dalaman yang cantik, keadaan rumah dan bilik yang selesa, semuanya anda boleh dapatkan apabila menginap disini!
Harga : Bermula RM202+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Imperium Resident Kuantan
TimurBay Seafront Residence ( Pool+Sea View)
Timurbay Seafront Residense menawarkan penginapan menarik dan selesa untuk anda bersama rakan-rakan atau keluarga bercuti disini sambil melihat pemandangan indah laut dan pantai Balok.
Pelbagai fasiliti dan kemudahan menarik tersedia disini yang anda boleh gunakan bersama rakan-rakan anda seperti gelanggang tennis, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, gym dan juga kawasan BBQ.
Unit yang boleh memuatkan maksimum 4 orang ini turut disertakan dengan balkoni untuk anda melihat pemandangan kolam renang dan pemandangan Laut China Selatan.
Antara kemudahan yang tersedia di unit ini termasuklah dapur yang berfungsi dengan baik, TV bersama Netflix, penyaman udara dan mesin basuh! Dengan kelengkapan yang sangat lengkap ini, pastinya penginapan anda disini akan berjalan lancar.
Harga : Bermula RM207+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | TimurBay Seafront Residence
Swiss Garden Residence Seaview 2BDRM & WIFI
Salah satu lokasi penginapan sempurna untuk anda menginap sempena percutian anda, gathering atau reunion bersama teman-teman. Swiss Garden Residence menawarkan pelabagi kemudahan menarik di samping pemandangan indah laut dan pantai yang terletak berhampiran.
Apa yang tersedia di dalam apartment adalah dua buah bilik lengkap dengan katil, TV, perkhidmatan WIFI percuma, dapur memasak dan meja makan untuk 6 orang. Seramai 6 orang maksimum boleh menginap di apartmen ini.
Anda bolehlah mandi manda di laut yang indah atau di taman tema air mini yang terdapat di sini! Turut tersedia adalah gymnasium untuk anda beriadah dan bersenam!
Harga : Bermula RM261+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Swiss Garden Residences
Luxury 2BR w Stunning view exclusive private beach
Lokasi penginapan berikutnya adalah di Luxury 2BR. Apartment ini menawarkan penginapan mirip seperti di sebuah resort di tepi pantai. Lokasi yang cukup strategik, penginapan ini terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan ramai iaitu Teluk Cempedak.
Pelbagai fasiliti dan kemudahan yang terletak di sini dimana anda boleh gunakan sepuas-puasnya seperti gymnasium, kolam renang, bilik sauna, gelanggang tennis dan pelbagai lagi!
Ruangan dalam apartmen yang cantik dan selesa ini pasti akan membuatkan percutian anda disini cukup menarik! Didatangkan dengan Wifi Percuma, penyaman udara, TV dan juga ruangan dapur untuk anda memasak!
Harga : Bermula RM408+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Luxury 2BR
【SEAVIEW】Glex @ Kuantan Waterfront Resort City
Lokasi airbnb berikutnya terletak di Imperium Residence. Penginapan bilik studio ini cukup menarik. dekorasi dalaman yang berinspirasikan Santorini, airbnb ini patut dipilih sebagai lokasi percutian anda!
Anda bolehlah mencuba mandi manda di kolam renang yang turut terdapat disini. Selain itu, anda juga akan menerima akses ke gymnasium yang terdapat disini!
Walaupun hanya unit studio, tetapi ruang dalaman yang luas, dan lengkap dengan kemudahan menarik seperti TV, penyaman udara, dan pemandangan indah yang anda boleh lihat melalui tingkap!
Harga : Bermula RM264+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Glex @ Kuantan
Full Seaview Kuantan Tembeling Resort 3Bedrooms GF
Ingin lari daripada kesibukan dan kacau bilau yang melanda anda di kota dan bandar? Anda bolehlah memilih airbnb ini kerana ia lokasi yang paling sempurna untuk percutian anda!
Penginapan bersama keluarga, reunion bersama rakan-rakan dan pelbagai lagi boleh dilakukan disini kerana penginapan ini mampu memuatkan ramai orang! Apa yang ditawarkan adalah seperti perkhidmatan Wifi percuma, penyaman udara, ruangan berehat yang luas, TV, peralatan memasak dan dapur yang berfungsi.
Anda akan mempunyai akses untuk keseluruhan unit dan juga dapat menggunakan fasiliti yang tersedia di resort ini seperti kolam renang, gymnasium, taman permainan kanak-kanak, gelanggang tenis dan pelbagai lagi!
Harga : Bermula RM538+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Full Seaview Kuantan
Beach Villa at beachfront at Pelindung Beserah
Lokasi airbnb seterusnya adalah sebuah villa di Kampung Beserah, Kuantan. Didatangkan dengan ruang yang luas dan besar untuk anda bercuti disini bersama keluarga yang ramai atau reunion bersama rakan-rakan disini. Lebih menarik adalah pantai yang cukup indah hanya beberapa meter sahaja dari villa ini!
Pelbagai peralatan dan kemudahan disediakan untuk keselasaan anda termasuklah penyaman udara, tempat BBQ, peti ais dan ruangan dapur untuk memasak. Jadi, bolehlah anda memasak untuk keluarga anda disini selain dapat menjimatkan berbanding makan di luar!
Harga : Bermula RM400+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Beach Villa
Mimi Guest House ~ 2 Aircond, Wifi & astro HD
Terletak beberapa minit sahaja daripada Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, lokasi airbnb seterusnya yang anda boleh pilih sebagai lokasi penginapan ketika percutian anda adalah di Mimi Guest House.
Dengan harga yang cukup berpatutan, guest house ini didatangkan dengan tiga buah bilik dan mampu memuatkan seramai 7 orang! Turut tersedia di guest house ini adalah Wifi Percuma dengan kelajuan 8mbps!
Selain itu, penginapan disini yang selesa juga turut tersedia kemudahan lain seperti dapur memasak, TV, ruangan rehat yang luas, mesin basuh dan pelbagai lagi!
Harga : Bermula RM120+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Mimi Guest House
3Eighty Seven Retreat @ R5
3Eighty Seven Retreat menawarkan penginapan yang istimewa, dengan dekorasi dalaman yang menarik dan penginapan yang cukup selesa untuk percutian anda bersama orang tersayang.
Penginapan disini pastinya memberikan keselesaan untuk anda bersama dengan kemudahan yang tersedia disini. Antara kemudahan yang tersedia adalah Wifi percuma, penyaman udara, TV, peralatan menggosok baju, dan pelbagai lagi. Dnegan harga yang cukup berpatutan, anda bolehlah menginap disini utnuk percutian anda nanti!
Harga : Bermula RM113+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | 3Eighty Seven
【SEAVIEW】Glex Studio Next To SwissBel Kuantan
Lokasi penginapan airbnb terakhir dalam senarai ini adalah di Glex Studio Next To SwissBel Kuantan. Apa yang menarik disini? Pastinya dekorasi di dalam unit studio ini yang begitu cantik, berkonsepkan moden dan juga klasik!
Airbnb ini terletak di Imperiun Residences Kuantan dimana anda dapat melihat pemandangan indah laut dan juga pantai yang terletak berdekatan sahaja! Selain itu, anda juga boleh menggunakan fasiliti yang tersedia di residences ini seperti kolam renang, gymnasium dan pelbagai lagi.
Unit studio ini tersedia dengan penyaman udara, Wifi Percuma, peti ais, ketuhar dan pelbagai lagi yang akan menjadikan percutian anda bersama keluarga disini cukup terbaik.
Harga : Bermula RM269+ Semalaman
Laman Web : Airbnb | Glex Studio
Bagaimana dengan senarai penginapan airbnb ini? Menarikan kesemuanya. Dengan harga yang cukup berpatutan bersama dengan kemudahan dan fasiliti yang tersedia, pastinya cukup berbaloi jika anda memilih salah satu airbnb di dalam senarai ini sebagai tempat percutian anda.
Dengan penginapan yang terbaik, anda bolehlah berjalan-jalan di sekitar bandar Kuantan, ke tempat-tempat menarik disekitarnya sementara menghabiskan waktu percutian anda! Apa-apapun terima kasih kerana membaca artikel kali ini.