10 Tempat Menarik di Kuching, Sarawak

Kuching merupakan sebuah bandaraya terbesar di pulau Borneo. Merupakan ibu negeri bagi negeri Sarawak, Kuching mendapat taraf bandaraya pada tahun 1988.

Kuching juga merupakan pusat kerajaan Sarawak dan pentadbiran bandar ini dibahagiakan kepada dua iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.Untuk ke bandaraya ini, anda boleh datang menggunakan pengangkutan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Bandaraya Kuching menawarkan pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Untuk artikel kali ini, ini adalah senarai tempat-tempat menarik di bandaraya Kuching, Sarawak.

Muzium Sarawak

Kompleks Muzium Sarawak yang baru ini dibina dengan kos RM323 juta dan merupakan muzium kedua terbesar di Asia Tenggara! Muzium ini dibina bermula pada tahun 2015 dan mempunyai keluasan seluar 6,726 meter persegi.

Lokasi : Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 Pagi – 4.45. Petang)
Laman Web : Muzium Sarawak

Kuching Waterfront

Lokasi lepak yang menarik di bandaya Kuching pastinya di Kuching Waterfront. Terletak di sepanjang 900 meter di tepian Sungai Sarawak, pelbagai jenis tarikan menarik yang anda dapat lihat disini!

Sekiranya anda datang pada waktu siang, anda dapat melihat pemandangan indah Kubu Margherita dan juga Astana yang terletak di seberang sungai. Selain itu, pemandangan indah ketika matahari terbenam juga anda jangan lepaskan sekiranya berkunjung ke sini!

Lokasi : Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

Kampung Budaya Sarawak

Lokasi seterusnya yang wajib anda kunjungi adalah Kampung Budaya Sarawak. Kampung Budaya Sarawak merupakan satu lokasi yang menempatkan pelbagai jenis replika rumah kaum etnik di Sarawak.

Sekiranya anda ke sini, anda bolehlah mencuba untuk merasai kebudayaan Sarawak melalui aktiviti menarik seperti pemakaian kostum, menyediakan juadah tradisionalk, mencuba permainan tradisional dan sebagainya!

Lokasi : Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 Pagi – 5.00 Petang)
Laman Web : Kampung Budaya Sarawak

Muzium Kucing

Muzium Kucing merupakan satu lagi lokasi yang anda perlu kunjungi kerana disini terletak pelbagai pameran dan info berkenaan kucing. Bertepatan dengan nama bandar ini, Muzium Kuching ini terletak di bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Anda boleh mengetahui fakta-fakta mengenai jenis-jenis kucing, sejarah kucing, gambar-gambar kucing yang terdapat diseluruh dunia serta replika kucing!

Lokasi : Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 Pagi – 5.00 Petang)
Laman Web : Muzium Kucing, Kuching

Tugu Kucing

Sumber : Traveloka

Bergambar bersama tugu kuching adalah satu aktiviti yang wajib bila anda datang melancong ke bandaraya ini. Barulah lengkap percutian anda bila mempunyai sekeping gambar bersama tugu kuching ini.

Ramai pelancong yang datang tidak akan melepaskan peluang bergambar di hadapan tugu ini sebagai kenang-kenangan. Dewan Bandaraya Kuching Utara sentiasa memastikan tugu ini tidak pudar dan sentiasa kelihatan cantik!

Lokasi : Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching

Masjid Bandaraya Kuching

Masjid Bandaraya Kuching ini merupakan masjid yang pretama di bandarya ini dan dibina pada tahun 1847 oleh pemimpin Sarawak yang dihormati pada ketika itu iaitu Datu Patinggi Ali.

Masjid ini juga merupakan masjid negeri yang lama sebelum masjid baru dibina. Masjid ini pada asalnya dibina menggunakan kayu kemudiannya pada tahun 1986 diperbaharui untuk memberikan lebih kukuh dan juga kubah yang lebih menarik.

Lokasi : 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching, Sarawak

Astana Kuching Sarawak

Terletak berhadapan dengan Kuching Waterfront, Astana Sarawak merupakan sebuah istana yang dibina pada tahun 1870 oleh Raja Ptih Sarawak ke-2, Charles Brooke sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya.

Bangunan istana ini adalah binaan ke-3 dan juga yang terakhir dibina oleh Raja Putih Sarawak sebelum pencerobohan Jepun pada Perang Dunia ke-2.

Bangunan Astana telah banyak melalui proses pengubahsuaian dan penambaikkan sejak pembinaannya, disamping menjaga kualiti bangunan yang mendapat status kediaman rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Lokasi : The Astana, Pejabat Yang di-Pertua Negeri, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Jambatan Darul Hana

Jambatan Darul Hana merupakan sebuah mercu tanda di Tebingan Kuching dan menjadi salah satu tarikan menarik di bandaraya ini. ,

Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan itu memiliki reka bentuk istimewa dengan elemen tradisi dan moden, termasuk dua tiang yang mempunyai simbol burung kenyalang.

Jambatan yang menelan kos RM35 juta itu, berbentuk bengkok ‘S’ dengan lantai sepanjang 335 meter, disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak.

Lokasi : 93000 Kuching, Sarawak

Rumah Terbalik Kuching

Sumber : Jom Jalan

Tarikan lain yang anda boleh kunjungi adalah Rumah Terbalik Kuching. Lokasi ini cukup menarik kerana ia bakal memberikan pengalaman yang menyeronokkan apabila bergambar dalam keadaan kononnya terbalik!

Anda bolehlah berposing sakan bersama keluarga dan rakan-rakan dan kemudiannya mengupload gambar di media sosial. Pasti gambar yang diambil cukup menarik kerana keadaan rumah ini yang terbalik!

Lokasi Rumah Terbalik Kuching ini pun berdekatan dengan Kuching Waterfront, jadi anda bolehlah bersiar-siar di sana selepas puas bergambar disini!

Lokasi : Ground Floor, No.281-1-1, Lot 281, Section 48, KTLD, Block H, Taman Sri Sarawak Jalan Tun Abdul Rahman, Off, Jalan Borneo, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.30 Pagi – 6.00 Petang)
Laman Web : Rumah Terbalik Kuching

Sarawak River Cruise

Aktiviti atau lokasi terakhir dalam senarai ini adalah Sarawak River Cruise. Menikmati pemandangan indah sekitar bandaraya Kuching pastinya lebih menarik apabila anda menyelusuri Sungai Sarawak ini.

Ada tiga jenis cruise yang anda boleh rasai iaitu Educational Tour, Sightseeing Cruise dan juga Signature Sunset Cruise. Dengan harga yang cukup berpatutan, jangan lepaskan peluang yang cukup menarik ini bila mana anda berkunjung ke bandaraya Kuching.

Lokasi : 1st Floor, Lot 42, Section 33,, 124, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi : Setiap Hari (5.30 Petang – 7.00 Petang)
Laman Web : Sarawak River Cruise

Sekian sahaja lokasi 10 tempat menaik yang anda boleh kunjungi semasa percutian anda di bandaraya yang cukup indah ini. Semoga percutian anda di Kuching berjalan lancar dengan senarai yang kami berikan ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *