11 Lokasi Air Terjun Paling Popular di Sekitar Lembah Klang

Lembah Klang merupakan sebuah kawasan yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor dan meliputi keseluruhan kawasan Kuala Lumpur. Dengan jumlah penduduk tertinggi di Malaysia, kawasan Lembah Klang merupakan kawasan yang banyak memberi sumbangan pada pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, siapa sangka terdapat beberapa destinasi air terjun yang menarik di sekitar kawasan Lembah Klang ini? Inilah lokasi yang memberikan ketenangan dan kedamaian buat penduduk Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Untuk anda yang ingin tahu di mana lokasi air terjun ini, anda bolehlah membaca artikel kali ini! Rancanglah perjalanan anda ke air terjun ini dengan baik dan persediaan yang lengkap!

11 Lokasi Air Terjun Paling Popular di Sekitar Lembah Klang

Air Terjun Sungai Gabai – Hulu Langat

VIA FORESTRY.GOV

Terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, air terjun Sungai Gabai merupakan salah satu lokasi air terjun yang popular untuk penduduk disekitar Lembah klang! Kawasan air terjun ini redup dan air sungainya lebih jernih!

Kemudahan tempat letak kereta juga terdapat disini, jadi tidak perlulah anda parking kereta jauh-jauh. Kemudahan seperti tandas dan surau pun tersedia. Mudahlah bila nak menukar baju atau nak melabur. Memang sesuailah untuk anda datang bersama keluarga, berkelah, dan sebagainya.

Air terjunnya cukup tinggi iaitu berketinggian lebih 50 meter! Tips untuk mereka yang nak berphotoshoot, anda bolehlah seeloknya datang apda waktu tengahhari kerana kawasan ini sangat redup. Kalau nak mandi di kawasan ini waktu tengah hari pun best sebab keadaan yang tidak panas sangat! Oh ya, untuk masuk, anda hanya perlu membayar RM1.00 sahaja

Lokasi : Air Terjun Sungai Gabai, Jalan Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Koordinat : 3.166055,101.908692
Harga Tiket : RM 1.00

Air Terjun Perdik – Hulu Langat

Lokasi air terjun berikutnya adalah air terjun Perdik yang terletak tidaklah jauh daripada Sungai Gabai. Untuk ke air terjun ini, anda perlu memasuki hutan dan berjungle treeking terlebih dahulu. Denai ke kawasan air terjun ini tidaklah mencabar bagi mereka yang biasa masuk ke hutan.

Dalam perjalanan lebih kurng 1 jam sehingga 45 minit, anda boleh menemui air terjunnya yang tingginya lebih daripada 30 meter! Untuk anda yang sukakan cabaran, inilah lokasi yang anda cari-carikan selama ini.

Terdapat kawasan kolam yang besar dan airnya juga sejuk untuk anda merehatkan diri setelah penat mendaki dan memasuki hutan. Kawasan kolam ini dikatakan selamat untuk mandi manda kerana ia tidak terlalu dalam!

Kawasan ini tidak sesuai untuk mereka yang ingin berkelah bersama keluarga dan anak-anak kecil, kerana lokasinya hanya boleh diakses melalui mendaki.

Lokasi : Hutan Lipur Perdik, Hulu Langat.

Air Terjun Sungai Tekala – Hulu Langat

VIA TRIP ADVISOR

Lokasi air terjun berikutnya adalah di Air Terjun Sungai Tekala. Masih terletak di daerah Hulu Langat, ianya adalah kira-kira 50 kilometer daripada Kuala Lumpur.

Air terjun ini terletak di dalam kawasan Hutan Rekreasi Sungai Tekala dan lengkap dengan kemudahan menarik untuk anda guna seperti kemudahan chalet, tapak perkhemahan, gerai makanan, surau, dan juga tandas.

Harga tiket untuk masuk ke kawasan air terjun ini adalah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Lokasi : Hutan Rekreasi Sungai Tekala, Hulu Langat
Harga Tiket : RM2 Dewasa | RM 1 kanak-kanak

Air Terjun Batu Asah – Hulu Kelang

Terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang Selangor, Air Terjun Batu Asah ini juga dikenali dengan nama Air Terjun Kemensah. Destinasi ini wajib dikunjungi bersama keluarga untuk aktiviti riadah.

Pengunjung boleh melakukan aktiviti perkemahan, dan bbq untuk memberi pengalaman baru kepada yang membawa anak anak ikut bersama. Antara lain, terdapat chalet yang ideal untuk aktiviti perkelahan iaitu Jeram Teratak Angah Chalet.

Di Air Terjun Batu Asah juga terdapat aktiviti lasak seperti “ATV Adventure” All-Terrain Vehicle untuk pengunjung merasai pengalaman yang mengujakan ketika menyusuri laluan trek yang kaya dengan alam semula jadi.

Lokasi : Jalan Kampung Orang Asli Kemensah, Hulu Kelang 68000 Ampang, Kuala Lumpur

Air Terjun Sungai Congkak – Hulu Langat

VIA TRIP ADVISOR

Air Terjun Sungai Congkak merupakan satu lagi destinasi air terjun yang menarik boleh diakses dari Kuala Lumpur. Destinasi ini sangat mudah diakses dengan kereta dan terdapat banyak chalet dan penginapan yang menarik di tepi sungai yang boleh disewa.

Pondok-pondok rehat juga banyak dan di sini juga terdapat kolam memancing! Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tapak perkhemahan, kawasan ber’camping’, pondok berehat dan kemudahan asas lain seperti tandas dan tempat persalinan.

Air terjun ini juga tidak jauh dari beberapa lokasi air terjun sekitar Hulu Langat yang turut tidak kurang menariknya untuk dijadikan lokasi berkelah pada hujung minggu.

Lokasi : Batu 20 ½ Kampung Padang, Sg. Congkak, Hulu Langat, 43100 Kajang, Selangor.

Air Terjun Sungai Tua – Ulu Yam

VIA AIR TERJUN SG TUA

Air Terjun Sungai Tua ini terletak di dalam kawasan Taman Eko Rimba, Taman Negeri Selangor. Keadaan sungai yang cetek dan selamat untuk mandi manda merupakan antara penyebab lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung.

Kemudahan yang tersedia di sini juga cukup lengkap untuk anda beriadah dan berekreasi bersama keluarga. Antara kemduahan yang tersedia adalah seperti pondok, surau dan juga tandas awam. Bagi anda yang merancang untuk ke sini nanti, pastikan anda membuat persiapan yang rapi dan memastikan cuaca yang baik.

Lokasi : Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam.
Harga Tiket : RM1 Dewasa | RM 0.50 kanak-kanak

Air Terjun Sendat – Ulu Yam

VIA AIR TERJUN SG SENDAT

Air Terjun Sungai Sendat terletak dalam kawasan Hutan Lipur Sungai Sendat dan lokasinya di Jalan Ulu Yam menuju ke arah Batang Kali. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 1 jam 20 minit sahaja.

Air Terjun Hutan Lipur Sungai Sendat adalah air terjun bertingkat yang sangat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Tingkat pertama, kolamnya agak luas dengan kedalaman yang sesuai untuk mandi-manda.

Tingkat kedua pula kolamnya cetek dan tidak sesuai untuk berenang, jika anda berani, boleh mencuba untuk menggelongsor dari kolam tingkat dua ke tingkat satu. Kolam di tingkat tiga pula tidak begitu luas, tetapi kedalamannya sesuai untuk aktiviti berenang dan terjun tiruk. 

Lokasi : Air Terjun Sg Sendat, Ulu Yam Hulu Yam Bharu

Air Terjun Kanching – Rawang

Air Terjun Sungai Kanching merupakan salah satu lokasi popular yang menjadi tempat tumpuan pengunjung! Terletak di antara Rawang dan kuala Lumpur, kawasan air terjun ini dikelilingi kawasan hutan yang cantik dan sungguh nyaman!

Lebih menarik, air terjun ini mempunyai tujuh tingkat dan sangat menarik untuk anda bergambar disini! Jangan pelik mengapa kawasan air terjun ini ramai orang kerana kawasan ini cukup popular!

Antara aktiviti yang menarik anda boleh lakukan disini adalah seperti berkhemah, berenang dan mandi manda, beriadah bersama keluarga dan juga melakukan aktiviti jungle trekking! Harga tiket masuk ke kawasan ini hanyalah RM1 setiap orang!

Lokasi : Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor
Harga Tiket : RM1 (setiap orang), RM2 (setiap kereta).

Air Terjun Serendah – Rawang

VIA AIR TERJUN SERENDAH

Terletak kira-kira 35 kilometer dari Kuala Lumpur, Air Terjun Serendah merupakan antara lokasi rekreasi dan beriadah bersama keluarga yang popular. Air terjun Serendah ini juga dikenali dengan nama lain seperti Templer Kai dan Rekreasi Air Terjun Serendah.

Untuk berkunjung ke sini anda boleh melalui beberapa jalan, antaranya menggunakan jalan ke pekan Serendah kemudian masuk ke persimpangan Dato’ Harun dan meneruskan perjalanan lebih kurang 4 km.

Pelbagai kemudahan telah disediakan disini untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, pondok berehat, taman permainan kanak-kanak, surau serta tandas! Kawasan air terjun ini sangat sesuai untuk anda beriadah bersama keluarga, rakan-rakan dan ramai lagi kerana kemudahan yang terdapat disini lengkap.

Lokasi : Rekreasi Air Terjun Serendah, Rawang, Selangor.

Air Terjun Semangkuk – Rawang

Lokasi berikutnya adalah Air Terjun Semangkuk. Kawasan air terjun ini tidaklah seluas kawasan air terjun lain, tetapi masih menarik ramai pengunjung ke sini.

Biarpun kecil ia sering menjadi tempat persinggahan mereka yang ingin berehat sebelum memulakan perjalanan ke Bukit Fraser atau Empangan Kuala Kubu Bharu. Kemudahan asas yang tersedia disini juga lengkap untuk anda, seperti tandas awam, pondok dan sebagainya. Untuk berendam di sungai, terdapat dua kawasan mandi yang berbeza untuk anak kecil dna juga orang dewasa.

Lokasi : Jalan 4, Kawasan Industri Greatyear Capital Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Air Terjun Sungai Pisang – Gombak

VIA AIR TERJUN SG PISANG

Pada yang sukakan cabaran, Air Terjun Sungai Pisang yang terletak di Lebuhraya Karak juga adalah destinasi yang patut anda kunjung. Anda perlu menggembara selama sejam melalui hutan berusia 100 tahun sebelum anda dapat melihat air terjun yang tersergam indah.

Tapi perjalanan selama sejam itu tidak akan rasa bosan kerana pandangan anda akan ‘sibuk’ melihat pemandangan, bunyi dan bau alam yang menyegarkan. Jika berasa letih, singgah di spa ikan semula jadi ketika menyeberangi sungai!

Tetapi sekiranya anda ingin menggembara ke Sungai Pisang, pastikan keluarga, rakan-rakan termasuk Jabatan Perhutanan dimaklumkan tentang rancangan anda.

Lokasi : 53100 Batu Caves, Gombak

AKHIR KATA

Bercuti dan menghabiskan masa terluang bersama keluarga di lokasi air terjun merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Selain dapat merehatkan minda daripada urusan kerja, anda juga dapat merehatkan diri dengan berendam di dalam air dan sebagainya.

Semoga dengan artikel ini anda dapatlah merancang perjalanan anda ke lokasi air terjun ini. Jangn lupa untuk sentiasa menjaga keselamatan anda apabila berada di kawasan air terjun ini. Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *