18 Tempat Percutian Paling Popular Dekat Dengan KL!

Dalam kehidupan yang serba moden ini, kehidupan sentiasa bergerak pantas dan kadangkala kita pastinya ingin berhenti sebentar dan berehat. Kerja-kerja seharian dan juga masalah yang berlaku pastinya membuatkan kita perlukan satu percutian. Ya benar, percutian yang membawa kita jauh daripada hal kerja, masalah dan dapat menenangkan minda.

Tempat percutian atau retreats merupakan satu lokasi yang dapat memberikan ketenangan untuk anda, sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa pun. Menikmati keindahan alam, penorama indah dan juga cuaca yang nyaman pastinya memberikan kesegaran untuk diri anda.

Kali ini khas untuk anda, kami akan menyenaraikan 18 lokasi tempat percutian yang menarik dan terletak berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur! Antara kriteria pemilihan lokasi percutian ini adalah alam semulajadi, jarak perjalanan kurang daripada 2 jam dan juga lokasi yang menarik!

18 Tempat Percutian Paling Popular Dekat Dengan KL

1. Rumah Kebun, Hulu Langat

VIA RUMAH KEBUN

Lokasi tempat percutian pertama adalah di Rumah Kebun, Hulu Langat. Rumah Kebun adalah tempat percutian persendirian yang terletak di tanah seluas 2 1/2 ekar di lembah Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, hanya 28 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanyalah sekitar 30 minit sahaja.

Dikelilingi oleh bukit bukau dan tanaman hijau yang subur, Rumah Kebun adalah tempat percutian yang ideal untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat.

VIA RUMAH KEBUN

Vila ini mempunyai reka bentuk desa dan minimalis. Rumah Kebun dapat menampung hingga 16 orang tamu dalam satu masa dengan empat tempat tidur yang lengkap.

Anda boleh mandi manda di kolam renang yang menyegarkan yang disalurkan dari mata air semula jadi atau berenang di perairan murni Sungai Semungkis yang berada di kawasan ini.

Nikmati gaya hidup kebun yang indah dengan memberi makan kepada kambing dan ayam kampung atau berjalan kaki ke air terjun yang berdekatan. Sememangnya ini merupakan satu lokasi yang menarik terutamanya bagi anda yang tinggal di Lembah Klang.

Alamat : Kg Sg Semungkis, Batu 14 1/2 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Laman Web : Rumah Kebun
Masa Perjalanan dari KL : 30 Minit

2. Templer Park Rainforest Retreat

VIA TPRR

Tempat percutian berikutnya adalah Templer Park Rainforest Retreat. Lokasi ini terletak di atas bukit dengan keluasan kawasan seluas 3 ekar. Terdapat dua pilihan penginapan yang anda boleh pilih iaitu Villa dan juga Container. Jarak antara kedua-dua rumah ini adalah sejauh 60 meter dan dilindungi oleh pokok-pokok renek untuk tujuan privasi.

Apabila anda datang ke Templer Park Rainforest Retreat ini, ia bagaikan anda pergi ke sebuah kawasan terpencil, di mana anda dikelilingi 360° pemandangan Hutan Lipur Kanching. Walaupun sebenarnya anda hanya 30 minit sahaja dari hutan konkrit, iaitu bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, disini juga terdapat kolam infiniti untuk anda berenang, bersama dengan splash pool, dan juga sauna untuk anda merehatkan diri. Barangan set untuk ber BBQ juga turut tersedia disini!

VIA TPRR

Penginapan di Villa dilengkapi dengan 4 bilik tidur, bersama kipas dan penyaman udara. Boleh memuatkan sehingga 6 ke 16 orang. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kemudahan Wifi!

Penginapan di Container pula dilengkapi dengan 5 bilik tidur bersama penyaman udara, boleh memuatkan sehingga 10 ke 30 orang. Selain itu, disediakan juga Multipurpose Room boleh digunakan sebagai bilik mesyuarat atau sebagainya. Sesuai untuk anda meraikan majlis hari keluarga, gathering bersama rakan-rakand an sebagainya!

Alamat : 22, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
Laman Web : Templer Park Rainforest Retreat
Masa Perjalanan dari KL : 30 minit

3. Tanah Aina Farrah Soraya Eco Tourism Resort

VIA TANAH AINA FARRAH SORAYA

Tempat percutian berikutnya adalah di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Tourism Resort. Di sini menawarkan penginapan dan percutian yang cukup selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Sama ada anda sukakan pengembaraan, pencinta alam, pengamal yoga, pasangan bercinta, percutian bersama keluarga, atau tempat percutian korporat, resort ini menawarkan percutian yang mewah, menenagkan dan seronok di persekitaran alam semulajadi.

Hanya satu jam 30 minit perjalanan ke Tanah Aina Farrah Soraya Eco Tourism Resort dari Kuala Lumpur memisahkan anda daripada hiruk pikuk kota, kesibukan, dan sebagainya! Tanai Aina Farrah Soraya hanya dapat diakses dengan kenderaan 4 × 4, kerana anda perlu masuk ke kawasan hutan negeri Pahang.

VIA TANAH AINA FARRAH SORAYA

Penginapan di Tanah Aina Farrah Soraya mempunyai pelbagai saiz, dan sangat sesuai untuk syarikat atau kumpulan anda dari pelbagai saiz, keluarga, atau percutian romantik. Terdapat lebih dari 20 chalet yang berbeza dengan pemandangan sungai dan hutan.

Berjalan menuruni tangga dari tempat penginapan anda ke kawasan sungai, melintasi batu-batu ke dalam air, anda akan merasa suhunya yang selesa, sempurna. Terdapat juga kolam dalam yang terbaik dengan dasar batu dan pasir terletak berhampiran. Pastinya percutian di sini memberikan 1001 pengalaman yang mendamaikan dan ketenangan untuk anda!

Alamat : 8 Jalan Tras, 27600 Raub, Pahang
Laman Web : Tanah Aina Farrah Soraya
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 30 minit

4. Danau Daun Chalets

VIA DANAU DAUN CHALETS

Terletak di Janda Baik, Pahang, Danau Daun Chalet ini merupakan salah satu tempat percutian yang menarik untuk anda, sama ada percutian hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan.

Danau Daun Chalets menawarkan penginapan di 6 villa, dimana 3 daripadanya mempunyai kolam renang! Chalet ini boleh memuatkan antara 4 hingga 8 orang tetamu, bergantung pada mana yang anda pilih, dengan Teratak Air dan Hillside Cottage keduanya dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Hillside Cottage, seperti namanya sendiri , terletak di atas bukit, dengan kolam renang yang menghadap ke pemandangan indah hutan Janda Baik.

VIA DANAU DAUN CHALETS

Setiap chalet dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk mini, cerek, dan microwave serta TV. Tidak ada pendingin hawa tetapi kipas siling telah tersedia, ditambah di dengan udara sejuk Janda Baik, anda mungkin tidak akan merasa panas.

Bagi mereka yang menginap di Danau Daun Cottage, walaupun anda mungkin tidak mempunyai kolam sendiri, anda pastinya akan tertarik dengan Danau Daun Annexe! Chalet kayu yang cukup tinggi ini boleh memuatkan dua orang tambahan. Dan jangan bimbang, ada tandas yang terletak di luar berdekatan, jadi anda tidak perlu berjalan kaki ke pondok utama pada waktu malam untuk rehat tandas itu!

Alamat : Lot 5851, Kg. Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Malaysia
Laman Web : Danau Daun Chalets
Masa Perjalanan dari KL : 45 Minit


5. Bilut Hill Resort

VIA BILUT HILLS

Inginkan percutian di atas bukit? Jika ya, marilah bercuti di Billut Hills. Billut Hills merupakan sebuah homestay terletak di Bentong Durian Bilut Hills. Bersama angin sepoi-sepoi bahasa, anda dapat menikmati pemandangan alam padang rumput hijau sambil menghirup aroma raja buah, buah durian!

Selain itu, anda juga dapat melihat pemandangan buah durian dalam jarak yang dekat sahaja, menyaksikan pemandangan senja malam yang indah, menyaksikan pemandangan matahari terbit yang begitu menakjubkan, berjalan-jalan menyusuri hutan berkabus, dan juga melihat langit yang penuh dengan bintang.

Inilah lokasi sekiranya anda ingin lari daripada rutin harian yang penuh sesak dan kesibukan kota, Bilut Hills pasti merupakan pilihan terbaik untuk merehatkan minda dan jiwa anda. Ketika musim durian, tidak ada tempat yang lebih baik daripada Bentong Durian Bilut Hills.

Selain itu,taman sayur keluarga dibina khas untuk anda menikmati penyiraman, pembajaan, penanaman dan penuaian sayur-sayuran dengan tangan anda sendiri. Mereka juga menyediakan makanan dengan sayur-sayuran yang baru dipetik dan makanannya benar-benar sihat dan berkhasiat.

VIA BILUT HILLS

Penginapan di Bilut Hills mempunyai keseluruhannya dua puluh buah bilik, ruang istirahat KTV, ruang santai, bilik permainan, dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan hiburan di mana pengunjung kami dapat menikmati nyanyian dan bermain kad, anak panah atau snooker.

Terdapat juga aktiviti luar yang merupakan aktiviti yang mesti anda cuba untuk kem percutian keluarga seperti kenderaan luar jalan ATV yang mencabar, aktiviti memanah di mana seseorang dapat mempraktikkan kemahirannya, dan juga memberi makan arnab. Tempat percutian yang penuh dengan aktiviti menarik dan dimasa yang sama sungguh mendamaikan.

Alamat : Bilut Hills PT59, MukimTras, Daerah Raub, Negeri Pahang 27600 Pahang Tua, Pahang, Malaysia
Laman Web : Billut Hills
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 20 Minit

6. Casabrina Vacation Villas, Pahang

VIA CASABRINA VACATION VILLAS

Lokasi percutian berikutnya adalah Casabrina Vacation Villas. Sebuah resort mewah ini terletak di kaki bukit Pahang yang tenang dikelilingi oleh hutan dara yang subur, Casabrina Vacation Villas ini direka oleh arkitek Bali terkenal AA Yoka Sara.

Casabrina menjanjikan pengalaman mewah yang tidak dapat dilupakan dengan menginap di sini. Terdapat 4 suite Villa Amertani dilengkapi dengan kolam renang peribadi yang besar Jacuzzi & Sauna. Manakala 2 suite Villa Aranya dilengkapi dengan Kolam Renang Jacuzzi & Sauna bersaiz sederhana.

VIA CASABRINA VACATION VILLAS

Casabrina Vacation Villas adalah tempat percutian yang sempurna untuk anda yang mencari ketenangan di samping menikmati keindahan alam.

Alamat : Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras 27670 Raub, Pahang, Malaysia
Laman Web : Casabrina Vacation Villas
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 25 Minit

7. Sekeping Serendah

VIA SEKEPING SERENDAH

Lokasi percutian berikutnya adalah di Sekeping Serendah. Sekeping Serendah adalah satu tempat percutian yang sungguh cantik dan dikelilingi dengan kehijauan yang indah. Berkonsepkan percutian di hutan semulajadi, menginap disini pastinya satu pengalaman yang menarik.

Salah satu tarikan menarik disini adalah keadaan rumah yang tidak bertutup dan hanya berdindingkan kaca sahaja, memberikan anda pengalaman lebih eksklusif dan lebih dekat dengan hutan. Antara kemudahan yang anda bakal terima apabila menginap disni adalah bilik tidur beserta kelambu, kolam renang, peralatan BBQ dan pelbagai lagi.

VIA SEKEPING SERENDAH

Sekeping Serendah ini merupakan lokasi sesuai untuk anda datang bersama keluarga, rakan-rakan mahupun pasangan anda sahaja untuk menikmati suasana damai di dalam hutan! Hanya kira-kira 40 kilometer sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur, memang satu lokasi yang anda tidak boleh lepaskan!

Alamat : Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras 27670 Raub, Pahang, Malaysia
Laman Web : Sekeping Serendah
Masa Perjalanan dari KL : 40 Minit

8. The Shorea, Berembun Forest Reserve

VIA THE SHOREA

Lokasi berikutnya adalah The Shorea, Berembun Forest Reserve. Okay, The Shorea ini terletak di Hutan Simpan Berembun yang berada di Negeri Sembilan. Hutan ini merupakan kawasan hutan simpan berukuran 4,000 ekar dan tingginya boleh mencapai sehingga 3,900 kaki.

Di sini terdapat 8 buah villa dengan 15 buah bilik yang boleh menempatkan sehingga 40 orang dewasa. Terdapat dua bahagian untuk anda menginap disini iaitu The Shorea ESTATE dan juga The Shorea RESORT. Duplex Villa di bahagian The Shorea Estate didatangkan dengan kolam renang pada setiap villa manakala vila di The Shorea Resort diperbuat daripada kayu dan villanya memandang ke arah hutan. Secara keseluruhannya, terdapat 8 buah villa dan lengkap dengan dua buah kolam infiniti.

VIA THE SHOREA

Dengan jarak perjalanan kira-kira 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur, anda bolehlah datang ke sini dan menikmati kemudahan yang tersedia, merehatkan minda, beriadah bersama keluarga di The Shorea. Rasailah pengalaman menginap dikawasan yang penuh dengan alam semulajadi.

Alamat : Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan
Laman Web : The Shorea , Berembun Forest Reserve
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 5 Minit

9. Dusun Bonda

VIA DUSUN BONDA

Lokasi percutian berikutnya adalah Dusun Bonda. Dusun Bonda merupakan sebuah tempat percutian yang menarik dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan tersedia menjadikan percutian anda lebih seronok.

Dusun Bonda merupakan sebuah tempat percutian menawarkan penginapan Villa dan Bell Tent Glamping di dalam kawasandusun buah-buahan, menawarkan penginapan yang harmoni dengan suasana dan persekitaran yang menarik. Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor, Dusun Bonda menawarkan kemudahan yang pelbagai untuk kanak-kanak, pemandangan tenang yang indah di samping sungai dan air terjun buatan manusia dan kolam renang.

Idea kewujudan Dusun bonda ini bermula apabila rasa cinta pemilik terhadap alam semula jadi dan kemudian muncul idea mengenai tempat perlindungan keluarga, tempat yang sempurna untuk menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang di kawasan persekitaran tropika.

VIA DUSUN BONDA

Kawasan Dusun Bonda ini adalah seluas 2.1 hektar dusun buah-buahan tempatan dan dengan pemandangan yang indah manakala penginapan yang tersedia di Dusun Bonda ini terdiri daripada 2 unit Studio Villa, Vila 3-bilik tidur (dalam pembinaan), 4 unit Glam Bell 5-meter Glam dan 4 unit Khemah Bell 4 meter Glam.

Secara keseluruhan, Dusun Bonda dapat menampung sehingga 50 orang dewasa semalam. Memang satu pengalaman yang cukup menarik apabila anda dapat menghabiskan masa bersama orang tersayang di lokasi yang cukup lengkap ini!

Alamat : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Laman Web : Dusun Bonda
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam

10. Sarang by the brook

VIA SARANG BY THE BROOK

Anda inginkan percutian yang mendamaikan, jauh daripada bandar, dekat dengan alam sekitar? Jika ya, apa kata anda bercuti di tempat percutian menarik yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor iaitu Sarang by the Brook!

Sarang by the Brook merupakan satu lokasi percutian menarik dengan penginapan didalam kontena bewarna biru, dan anda dapat menikmati keindahan alam dalam suasana yang penuh damai. Sama ada untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan, disinilah anda akan jumpa penginapan yang menarik! Terdapat 11 bilik penginapan tersedia untuk percutian anda!

VIA SARANG BY THE BROOK

Selain itu, Sarang by the Brook juga memberikan anda pilihan untuk memilih kontena mana yang anda akan jadikan penginapan, sama ada bersama balkoni, atau pelbagai lagi! Untuk memberikan lagi pengalaman seronok, anda bolehlah mandi manda di dalam kolam renang yang turut tersedia di sini!

Alamat : Jalan Seruling 20, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Laman Web : Sarang by The Brook
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 10 Minit

11. Dusuntara Jungle Retreat

VIA DUSUNTARA JUNGLE RESORT

Dusuntara Jungle Retreat merupakan satu lokasi percutian menarik terletak hanya 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur. Lokasi ini sememangnya satu tempat yang menarik terdiri daripada dua chalet kayu, satu suite honeymoon dan sebuah villa. Selain itu, turut tersedia adalah dua tasik untuk anda memancing, kolam renang dan juga jakuzi!

Dikawasan sekitar pula terdapat pelbagai pohon buah-buahan yang memberikan pengalaman menarik untuk anda! Dengan kawasan seluas 3 ekar ini, memang satu lokasi percutian yang menarik, lengkap dengan pelbagai kemudahan!

VIA DUSUNTARA JUNGLE RESORT

Alamat : Dusuntara Jungle Resort, Batang Kali, Selangor
Laman Web : Dusuntara Jungle Resort
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam

12. The Dusun, Seremban

VIA THE DUSUN

Tempat percutian berikutnya terletak di Negeri Sembilan dan masa perjalanan yang diambil dari bandaraya Kuala Lumpur ke lokasi ini hanyalah 1 jam lebih sahaja. Lokasi percutian ini juga begitu eksklusif menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk anda, dengan suasana yang cukup seronok!

Nak tahu kat mana? Lokasi ini adalah di The Dusun! Tempat ini pada awalnya merupakan lokasi percutian bagi sebuah keluarga. Kemudiannya sejak tahun 1984, tempat ini mula dibangunkan sedikit demi sedikit sehinggalah pada tahun 2009 menjadi sebuah lokasi percutian dan dibuka untuk orang ramai.

Bermula dengan dua rumah, The Dusun diperbesarkan daripada satu rumah menjadi hanya lima rumah. Setiap rumah adalah unik dan terpisah dari yang lain dan dapatmemberi pengunjung menikmati privasi dan suasana bersama keluarga dan juga -rakan-rakant anpa sebarang gangguan.

VIA THE DUSUN

Kini, terdapat 6 buah rumah untuk anda menginap dan bercuti, masing-masingnya unik dan lengkap dengan kemudahan untuk anda menikmati pemandangan. Kapasiti maksimum kami ialah 20 orang dewasa. Antara kemudahan yang tersedia di The Dusun termasuklah kolam renang infiniti, ruangan dapur, kawasan berBBQ, dan pelbagai lagi!

Alamat : 3437 Jalan Kampung Baharu Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Laman Web : The Dusun
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 5 Minit

13. Selepas Hujan

VIA SELEPAS HUJAN

Lokasi berikutnya sangat unik namanya iaitu Selepas Hujan. Selepas Hujan merupakan satu lagi lokasi percutian dengan alam semulajadi dimana lokasinya berada sangat dengan dengan Hutan Simpan Berembun iaitu sebuah hutan dara.

Selain itu, kawasan hutan ini merupakan tempat tinggal bagi orang asli dari suku kaum Temuan. Pendudukan mereka di lereng bukti membentuk sebuah perkampungan orang asli di situ. Anda bolehlah berbual dengan mereka dan mengetahui tentang bagaimana cara kehidupan mereka.

VIA SELEPAS HUJAN

Okay, tentang penginapan anda di sini pula, terdapat dua penginapan yang tersedia untuk keluarga, dan honeymoon room. Selain itu, disini juga terdapat kolam renang infiniti untuk anda berehat dan juga melihat pemandangan alam sekitar yang cukup hebat.

Selain itu, anda juga dapat menggunakan kemudahan dapur, lounge, kolam renang dan pelbagai lagi. Jumlah maksimum untuk pengunjung ke sini adalah 10 orang. Bermakna memang sesuai untuk anda datang bersama keluarga, reunion bersama rakan-rakan atau pelbagai lagi!

Alamat : 43A Pantai Hill Orchard Resort 71770 Pantai, Negeri Sembilan, Malaysia
Laman Web : Selepas Hujan
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 5 Minit

14. Awanmulan

VIA AWANMULAN

Terletak tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur iaitu sekitar 1 jam lebih sahaja, Awanmulan merupakan sebuah lagi lokasi percutian menarik yang anda patut cuba sekiranya anda mencari tempat percutian yang damai, tenang dan nyaman.

Awanmulan ini merupakan lokasi milik sebuah keluarga. Sekiranya anda menginap disini, anda akan tinggal bersama keluarga tersebut. Keluasan Awanmulan ini adalah sekitar 1 ekar dan terdapat sebuah rumah berdekatan dengan kolam renang. Untuk pengunjung pula, semuanya terletak di rumah kecil yang tersedia dengan ruang tamu, dapur dan kemudahan yang lengkap untuk anda gunakan.

VIA AWANMULAN

Selain itu, lokasi Awanmulan ini terletak kira-kira 1000 kaki dari parat laut dan cuacanya agak berbeza iaitu panas terik matahari di waktu siang, kadang-kadang hujan di waktu petang dan sejuk di waktu malam. Lebih menarik, ruangan langit pada waktu malam sekiranya cerah, anda bakal menyaksikan keindahan bintang-bintang dan planet yang anda tidak dapat lihat di kawasan bandar!

Alamat : Awanmulan Pantai Orchard, Kampung Baru Pantai, 71770, Negeri Sembilan
Laman Web : Awanmulan
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam 10 Minit

15. Balik Kampung Villa

VIA BALIK KAMPUNG VILLA

Balik Kampung Villa terletak sebuah hutan dan terletak hanya 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Lokasinya di Hulu Langat, Balik Kampung Villa membawakan anda pengalaman tinggal bersama alam semulajadi dimana anda dapat merasai pelbagai pengalaman menarik!

Reka bentuk dalaman ala Bali pula memberikan suasana penginapan yang cukup menarik, dengan ruangan bilik yang luas, ruangan rehat keluarga, dan juga tempat makan. Selain itu, kemudahan yang tersedia disini termasuklah dapur, kolam renang peribadi dan juga jakuzi!

VIA BALIK KAMPUNG VILLA

Okay untuk penginapan pula, terdapat dua jenis penginapan iaitu Kala iaitu penginapan villa dengan 3 bilik tidur dan boleh memuatkan seramai 7 orang manakala penginapan Jane & Tarzan pula adalah villa dengan 2 bilik dan dapat memuatkan seramai 3 orang pengunjung.

Terletak berdekatan dengan ibu negara merupakan satu kelebihan kerana anda dapat menginap disini dan kemudiannya anda boleh berjalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur yang terletak hanya 30 minit sahaja!

Alamat : 49, B52,Batu, Jalan 17, 43100 Hulu Langat, Selangor
Laman Web : Balik Kampung Villa
Masa Perjalanan dari KL : 30 Minit

16. The Sticks

VIA THE STICKS

Lokasi percutian seterusnya adalah di The Sticks iaitu sebuah resort yang terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor. Perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur hanyalah mengambil masa sekitar 30 minit sahaja! Selain itu, resort dikelilingi oleh hutan hujan yang sungguh menyegarkan.

Sekiranya anda ingin pergi jauh daripada hiruk pikuk di bandar, inilah tempat yang perlu menjadi pilihan anda. Ia begitu damai dan penuh dengan udara segar. Dibangunkan di bekas tapak perlombongan bijih timah, resort yang sederhana tetapi dirancang dengan baik ini dibina dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar.

Kemudahan resort dibina dengan menggunakan kawasan hutan hujan yang minimal di sekitarnya. Tempat penginapan ini juga dilengkapi dengan tenaga suria dan dibekalkan dengan air dari aliran Sungai Meranti yang berdekatan, yang merupakan tempat yang bagus untuk mencari perlindungan dari panas terik tengah hari.

VIA THE STICKS

Resort ini menawarkan chalet dan pondok glamping yang disebut tendok (portmanteau khemah dan pondok). Antara penginapan di sini adalah Singing Shama, Opera House, The Nest, The Euca, The Ara, Serengeti Tent, Riverside Tendok, Little Pitta, Bamboo House, The First Tendok, The Bench Tendok dan juga Reading Rock Tendok.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini termasuklah jungle trekking, paragliding, white water rafting, board games, dan juga botanical walk. Satu lokasi yang terbaik untuk anda datang, berehat, atau melakukan aktiviti menarik bersama keluarga atau yang tersayang!

Alamat : Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia
Laman Web : The Sticks
Masa Perjalanan dari KL : 31 Jam 10 Minit

17. Rest. Pause. Rainforest Retreat

VIA REST.PAUSE

Lari daripada kesibukan bandar, kesibukan kerja dan daripada menghadapi kesesakan trafik? Ingin mencari lokasi yang tepat? Datanglah ke Rest. Pause. Rainforest Retreat yang terletak di Janda Baik, Pahang. Jarak perjalanan yang dekat iaitu sekitar 1 jam sahaja perjalanan pastinya sangat berbaloi untuk anda berehat disini bersama keluarga atau rakan-rakan.

Rest. Pause. Rainforest Retreat ini dibina pada tahun 2003 sebagai lokasi percutian keluarga En. dan Pn. Mah untuk persaraan mereka. Sehingga kini, lokasi ini dibuka kepada orang awam untuk sama-sama merasai percutian yang damai, segar dan menyeronokkan.

VIA REST.PAUSE

Rest. Pause. Rainforest Retreat ini menawarkan penginapan menarik untuk anda dengan pemandangan indah dan juga pengalaman bermalam di dalam hutan hutan tertua di barat Semenanjung Malaysia. Penginapan disini adalah dua tingkat dengan 2 ruang tamu, 4 bilik tidur yang luas dan 2 dapur (dalaman dan luaran), selesa untuk kapasiti 15 orang tetamu. Ruang tamu, diapit oleh beranda kayu yang luas di tingkat bawah sangat sesuai untuk anda berkumpul, berehat, yoga, meditasi dan sebagainya!

Alamat : Lot A293, Sum Sum, Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba, 27540 Kampung Janda Baik, Pahang
Laman Web : Rest.Pause Rainforest Retreat
Masa Perjalanan dari KL : 1 Jam

18. The Acres Resort

VIA THE ACRES

Lokasi terakhir dalam senarai ini adalah The Acres iaitu sebuah resort menarik terletak di Kampung Bukit Tinggi Pahang. The Acres Resort ini mempunyai keluasan seluas 8 ekar dan berada di ketinggian kira-kira 1300 kaki dari paras laut.

Keadaan cuaca yang nyaman dan menyegarkan adalah antara sebab The Acres Resort ini lokasi terbaik untuk anda dapatkan pengalaman menarik. Suhu pada waktu malam akan turun sekitar 22-25 darjah Celcius pastinya sangat sesuai untuk anda bersama keluarga atau rakan-rakan disini.

The Acres Resort hanya mengambil masa sekitar 30-40 minit dari Kuala Lumpur, dan 5 minit jarak pemanduan dari bandar Bukit Tinggi. Lokasi ikonik seperti Genting Highlands dan Berjaya Hills pula berada dalam jarak 30 minit pemanduan.

VIA THE ACRES

TheAcres Resort hanya mempunyai 12 bilik (6 bilik double dan 6 bilik keluarga) untuk menampung sehingga 42 pengunjung. Terdapat juga 3 unit 8-10 rumah keluarga siap dibina pada awal 2019, yang boleh memuatkan 70-80 orang.

Kemudahan lain yang tersedia disini adalah Wood Cafe, Kolam renang, mini zoo, kebun sayur-sayuran, bilik karaoke dan juga bilik permainan kanak-kanak! Dengan kemudahan fasiliti yang lengkap, lokasi ini sememangnya lokasi terbaik untuk percutian anda!

Alamat : Lot 28431, Kampung Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Laman Web : The Acres Resort
Masa Perjalanan dari KL : 40 Minit

AKHIR KATA

Sekian sahaja untuk 18 lokasi pilihan kami untuk tempat percutian menarik. Setiap satunya mempunya kelebihan tersendiri dan yang paling penting ia lokasi yang tepat untuk anda merehatkan diri dan juga mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

Terima kasih kerana membaca artikel kali ini dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda! Jumpa lagi dalam artikel lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *