Monday, March 1, 2021
Home Makanan Jom Terjah! Senarai Tempat Makan Menarik dan BEST di Ipoh, Perak

Jom Terjah! Senarai Tempat Makan Menarik dan BEST di Ipoh, Perak

Ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan sebuah bandaraya yang menjadi tempat tinggal bagi penduduk seramai 700,000 orang! Mempunyai pelbagai tempat pelancongan menarik seperti Lost World of Tambun dan pelbagai lagi, Ipoh diakui merupakan destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi!

Selain memiliki tempat-tempat menarik, Ipoh juga terkenal dengan lokasi tempat makan yang best dan menawarkan menu menarik yang pastinya membuatkan pengalaman percutian anda di bandaraya ini lebih seronok! Oleh itu, kami akan senaraikan tempat makan menarik dan BEST di bandaraya Ipoh! Jemput baca ya!

Hadramout Paradise Restaurant

SUMBER : HADRAMOUT PARADISE

Anda penggemar makanan arab? Jika ya, sekiranya anda datang ke bandaraya Ipoh, bolehlah terus berkunjung ke Hadramout Paradise Restaurant. Diusahakan oleh orang Arab sendiri, restoran ini menawarkan pengalaman makan yang cukup menarik dan selesa.

Pelbagai menu arab yang anda boleh cuba seperti nasi ayam mandy, haneeth daging kambing dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan seafood yang turut ada dalam menu restoran ini. Antaranya adalah Oven Baked Fish, Tafaih Prawns dan juga Tafaih Fish.

Lokasi :  Kinta Riverfront K1, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh
Waktu Operasi : Setiap Hari (11.00 Pagi – 12.00 Tengah Malam)
Laman Web : Hadramout Paradise Restaurant

21 Grilled

SUMBER : 21 GRILLED

Antara restoran makanan segera popular di Ipoh adalah 21 Grilled. Peminat burger bersaiz gergasi dan pelbagai lagi pilihan burger, anda wajib datang ke sini! Dengan harga yang sangat berpatutan dan sangat sedap, sememangnya sangat berbaloi!

Selain burger, disini juga turut menawarkan Nasi Briyani Kambing dan Ayam Bakar! Kalau lihat pada gambar diatas pasti anda terliur bukan? Jadi apa lagi tunggu, jom serbu 21 Grilled sekarang jugak!

Lokasi : 1 Laluan Medan Rapat 2 Gunung Rapat 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (11.30 Pagi – 11.00 Malam)
Laman Web : 21 Grilled

David’s Diner

SUMBER : DAVID’S DINER

Okay, sekiranya anda mengidam dan ingin merasa makanan bercitarasakan ala barat, sila datang ke David’s Diner! Semuanya cukup lazat dan pastinya memuaskan selera anda.

Di restoran David’s Diner anda boleh mencuba pelbagai makanan barat dan antara yang perlu anda cuba adalah mozarella cheese burger, t-bone steak, Meatplatter dan juga Steak & Shrimp! Pastinya akan akan lupakan kedai makanan barat lain selepas ini!

Lokasi : B-G-1, Persiaran Greentown 7, Pusat Perdagangan Greentown, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari (11.00 Pagi – 10.30 Malam)
Laman Web : David’s Diner

Suhaimi Cafe

SUMBER : SUHAIMI CAFE

Suhami Cafe merupakan antara restoran yang menjadi tumpuan pengunjung dan antara tips yang diberikan pengunjung adalah untuk datang awal kerana jika lambat bermakna anda perlu beratur ya!

Menu yang menjadi pilihan pengunjung antaranya adalah seperti roti benggali bersama kari ayam! Selain itu, untuk minuman pula anda perlu cuba Vietnam Coffee dan juga ipoh White Cofee!

Lokasi : No. 11&13, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaff,Silibin,30100 Ipoh,Perak.
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa (7.45 Pagi -12.00 Tengah hari)
Laman Web : Suhaimi Cafe

Restoran Warteg Ipoh

SUMBER : WARTEG IPOH

Terletak di salah sebuah bangunan tertua di Ipoh (1949), Restoran Warteg merupakan antara lokasi yang menjadi pilihan ramai kerana menu makanannya. Warteg adalah singkatan bagi Warong Tegar di dalam bahasa Indonesia!

Antara menu wajib anda cuba disini adalah seperti Nasi Uduk, Nasi Liwet, Gurame dan pelbagai lagi! Selain itu, anda juga perlu mencuba Lobster dan Alaskan King Crab dengan resipi Jawa! Oh ya , ada juga pilihan masakan barat sekiranya anda kurang gemar makanan Jawa. Dengan menu yang pelbagai dan menarik, anda memang perlu untuk mencuba makanan di Restoran Warteg Ipoh ini!

Lokasi : 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari (3.00 Petang – 11.30 Malam)
Laman Web : Warteg Ipoh

Laksa Telur Goreng Bersarang \ Kafe Setinggan

SUMBER : KAFE SETINGGAN

Antara yang popular juga di Ipoh ini adalah Laksa Telur Goreng Bersarang yang anda patut cuba di Kafe Setinggan. Apa yang menarik sudah tentunya laksa telur goreng bersarangnya kerana telur goreng dimasak dengan teknik istimewa dan kelihatan seperti sarang dan kemudiannya diletak bersama dengan laksa. Sangat unik dan original bukan?

Selain itu, ada juga menu laksa lain yang boleh anda cuba selain laksa telur bersarang ini. Sememangnya satu lokasi sesuai untuk anda penggemar laksa untuk datang bersama keluarga dan bersantai disini!

Lokasi : 1, Jalan Margosa B/15, 31350 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat ( 12.00 Tengah hari – 7.00 Malam)
Laman Web : Kafe Setinggan

Plan B (Ipoh)

SUMBER : PLAN B

Plan B (Ipoh) merupakan sebuah restoran yang menarik dengan dekorasi yang moden dan sesuai untuk anda yang sukakan bergambar di restoran cantik sebegini! Berkonsepkan moden dan hipster, restoran ini menawarkan vibes yang menarik dan santai untuk anda datang ke restoran ini dan lepak bersama rakan-rakan.

Pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba adalah seperti sandwich, burger, spaghetti , smoked salmon dan pelbagai lagi dimasak dengan cukup menarik dan sedap! Oh ya, anda juga boleh mencuba set breakfast disini yang cukup sedap dan menarik!

Selepas sedap dan kenyang makan, bolehlah anda bergambar dikawasan sekitar Plan B!

Lokasi : No. 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari (11.00 Pagi – 10.00 Malam)
Laman Web : Plan B

Konda Kondi Cafe

SUMBER : KONDA KONDI CAFE

Nama yang unik iaitu Konda Kondi Cafe bukanlah sebuah restoran yang mebenarkan anda bermain permainan konda kondi disini, tetapi Konda Kondi Cafe merupakan sebuah restoran dengan gaya moden dan hipster menarik untuk anda datang dan lepak!

Menawarkan menu ala Barat, anda bolehlah mencuba menu seperti Chicken Chop Grill, pasta, burger dan sebagainya. Pastinya makan disini suatu pengalaman menarik kerana anda dapat melihat pemandangan di dalam restoran yang direka dengan cukup cantik dan moden.

Lokasi : 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi : Isnin, Rabu -Jumaat (5.00 Petang – 12.30 Tengah Malam) | Sabtu – Ahad (1.00 Tengah hari -12.30 Tengah Malam) | Selasa Tutup
Laman Web : Konda Kondi Cafe

Char Kuey Teow Abang Sayang

SUMBER : CHAR KUEY TEOW ABANG SAYANG

Untuk peminat char kuey teow, anda bolehlah datang ke Char Kuey Teow Abang Sayang! Apa yang menariknya adalah suasana di sini sangat menarik dan santai. Satu lokasi yang sesuai untuk anda datang dan lepak bersama rakan-rakan, keluarga dan juga kekasih.

Selain suasana yang menarik, makanan utamanya iaitu Char Kuey Teow sangat sedap dan menjadi antara penyebab ramai pengunjung datang ke sini! Oh ya, bukan itu sahaja menu yang ada di sini, mestilah ada menu lain jugak! Menu lain yang anda boleh cuba adalah seperti kerang rebus, nasi ayam, nasi harimau menangis, rojak buah, sate dan pelbagai lagi!

Lokasi : 5, Jln Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa (5.00 Petang – 1.00 Pagi)
Laman Web : Char Kuey Teow Abang Sayang

Assam House Restaurant

Restoran Assam House ini cukup terkenal dan sudah banyk kali menjadi tempat singgahan dan pilihan rancanan di televisyen seperti JJCM TV3, 8TV dan pelbagai lagi! Beroperasi sejak tahun 1991 lagi, Assam Houe membawakan menu makanan berasaskan makanan Baba Nyonya!

Antara yang boleh anda cuba adalah menu seperti sambal petai sotong, chicken fillet malacca style,nyonya curry gruper fish head dan sambal udang! Pastinya selera anda akan terangkat bila melihat menu-menu ini dihidang rapi dan cantik di atas meja makan anda!

Lokasi : 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin (11.00 Pagi -3.00 Petang | 5.30 Petang – 10.00 Malam)
Laman Web : Assam House

Banyak kan tempat-tempat makan menarik di Ipoh? Bolehlah anda refer pada artikel kami sekrianya anda bercuti di Ipoh nanti, tak perlu nak runsing dan pening kepala! Semoga percutian anda ke Ipoh akan berjalan lancar dan jangan lupa rancang perjalanan anda dengan baik ya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments