Friday, February 26, 2021
Home Malaysia Senarai Indoor Theme Park Yang Menarik di Sekitar Lembah Klang

Senarai Indoor Theme Park Yang Menarik di Sekitar Lembah Klang

Taman Tema Indoor merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan dan pilihan masyarakat sekarang dalam mencari hiburan dan keseronokan. Bermain permainan menarik dan berpeluh dibawah bumbung adalah pilihan yang lebih menarik berbanding dibawah terik panas matahari.

Oleh itu, kami akan senaraikan lokasi taman tema indoor untuk anda kunjungi dan rasai daripada yang paling extreme sehinggalah yang paling canggih!

Jump Street Asia

Jump Street Asia merupakan Taman Trampoline Indoor pertama di Malaysia! Gelanggang utama dengan keluasan sebesar 9,000 kaki persegi menawarkan trampoline sehingga ke bahagian dinding.

Antara tarikan lain disini termasuklah Foam Pit, The Wall, Slam Dunk, Dodgeball, Big Airbag, The Cage, High Performancedan pelbagai lagi. Anda juga boleh bermain permainan arcade games dan juga Indoor Street Soccer disini!

Anda juga boleh melakukan corporate event anda disini, seperti team-buildind dan sebagainya. Fasiliti yang tersedia juga cukup sesuai untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini. Selain itu, anda juga boleh menyambut birthday anda disini! Konsep sambutan hari lahir yang menarik, dapat bersuka ria di gelanggang trampoline dan berparti hari lahir disini sudah tentunya pengalaman yang sangat menarik.

Lokasi : No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi : Rabu – Ahad (10.00 Pagi – 6.00 Petang)
Laman Web : Jump Street Asia

SuperPark Malaysia

Terletak di pusat beli belah Avenue K, SuperPark MY merupakan sebuah taman tema indoor mengambil konsep daripada Finland.

Terbahagi kepada tiga bahagian, SuperPark MY menawarkan pengalaman permainan yang cukup menarik. Tiga bahagian tersebut adalah Adventure Area, Game Area dan Freestyle Hall.

Di bahagian Adventure Area menawarkan tarikan seperti obstacle walls, trampolines, slides, flying fox, pedal car track dan sebagainya yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Di bahagian Game Arena pula anda boleh mencuba tarikan seperti Baseball, Street Basketball, Superpinball, Superbowling, Robokeeper dan pelbagai lagi. Di bahagian Freestyle Hall, anda boleh mencuba tarikan seperti Augmented Climbing Wall, Gymnastic Area, Trampoline Platform, Ice Skating dan Super Climb.

Lokasi : Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Isnin – Ahad (11.00 Pagi – 7.30 Malam)
Laman Web : SuperPark My

EnerG X Park

EnerG X Park merupakan sebuah taman tema indoor yang menawarkan pelbagai aktiviti extreme menarik untuk pelbagai peringkat umur. Bukan sahaja lokasi untuk bersuka ria, tetapi EnerG X Park juga sesuai untuk acara-acara lain seperti majlis hari lahir, team building, hari keluarga dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti tersedia termasuklah aktiviti untuk dewasa dan juga aktiviti untuk kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dewasa. Cabaran yang tersedia dibina untuk memberikan pengunjung keterujaan dan juga menyihatkan tubuh badan sambil bersuka ria.

Antara aktiviti yang tersedia adalah Trampoline Wipeout, Nija Obstacle Course, Electric Go-Kart, Tower Jump, Basketball Shootout, Wall Climbing, Zip Line dan Spider Web.

Lokasi : Level 3, MyTown Shopping Mall, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.00 Pagi – 10.00 Malam)
Laman Web : EnerG X Park

District 21

Satu lagi lokasi taman extreme indoor yang menarik adalah District 21. Terletak di IOI City Mall, Putrajaya, District 21 membawakan keriangan dan pelbagai tarikan menarik dengan taman tema indoor berkeluasan 70,000 kaki persegi.

Konsep bagi Disctrict 21 ini adalah dunia selepas kehancuran duna dimana manusia perlu meneruskan kelangsungan hidup diwaktu dunia yang telah hancur punah.

Antara tarikan yang anda boleh cuba adalah seperti Launch Pad, Carousel, Tubby Ride, Gopedal, Low Ropes, Maze, Pump Track, Power Station, dan juga Sky trail. Setiap tarikan disini adalah mengikut tahap kesukaran dan sekiranya anda mahukan cabaran, bolehlah datang dan bersuka ria di District 21!

Lokasi : AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (12.00 Tengahari – 8.00 Malam ) | Sabtu – Ahad (10.00 Pagi – 8.00 Malam)
Laman Web : District 21

Beast Park

Terbaik untuk anda yang minat aktiviti lasak dan menyeronokkan tetapi didalam ruangan indoor, Beask Park adalah tempat paling sesuai untuk anda bersama keluarga, rakan-rakan untuk berseronok dan bersuka ria!

Beast Park Malaysia menawarkan beberapa bahagian yang menarik seperti, Camp 5 Climbing Walls, Beast Junior, Ninja Beast, dan Beast Net.
Di Camp 5 Climbing Walls, anda boleh memanjat dinding dengan keluasan 1,000 kaki persegi. Selain itu, terdapat juga bahaian khas climbing wall untuk kanak-kanak! Di bahagian Beast Junior pula adalah tempat permainan untuk kanak-kanak yang mempunyai pelbagai cabran mudah dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Di bahagian Ninja Beast, anda boleh mencuba cabaran sepreti yang anda pernah lihat dalam pertandingan ninja warrior. Setiap cabaran mempunyai masa dan markah dimana anda boleh bertanding dengan orang lain dan menjadikan aktiviti lebi kompetitif. Di bahagian Beast Net pula adalah jaringyang terapung tinggi di udara yang sememangnya sangat cantik jika dianmbil gambar dan diupload di media sosial.

Lokasi : L3 JUMPA @ Sungei Wang, Jln Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (10.00 Pagi – 10.00 Malam) | Sabtu – Ahad (10.00 Pagi – 8.00 Malam)
Laman Web : Beast Park Malaysia

The Rift

Sebuah taman tema indoor yang berbeza, The Rift merupakan sebuah taman tema bagi virtual reality/augmented reality terbesar di Malaysia. Terletak di pusat beli belah Mid Valley, Kuala Lumpur, taman tema ini memberikan pengunjung peluang mencuba permainan dengan teknologi tinggi.

The Rift menawarkan tarikan menarik kepada pelbagai peringkat dan pelbagai pengalaman seronok melalui lebih daripada 20 permainan di sini.

Antara tarikan VR yang ada adalah Zero Latency, Terminator X, EXA, HADO, Raceroom, VR Advernture, Hurricane VR, Hollowall, Motion Blaster, Run the river, dan juga Sandbox. Sekiranya anda meminati Virtual Reality atau belum pernah cuba VR dan ingin mencuba, datanglah ke The Rift, Mid Valley, Kuala Lumpur!

Lokasi : 3rd Floor, North Court, MidValley Megamall Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (11.00 Pagi – 10.00 Malam) | Sabtu – Ahad (10.00 Pagi – 10.00 Malam)
Laman Web : The Rift

Escape PJ

Kalau sebelum ni anda pernah dengar ESCAPE Penang dan teringin nak pergi tapi jauh sangat, jangan risau sebab kini di Lembah Klang juga mempunyai taman tema ESCAPE iaitu ESCAPE PJ.

Terletak di Paradigm Mall, Petaling Jaya, ESCAPE PJ menawarkan pelbagai tarikan dan permainan menarik yang kebiasaanya di ESCAPE Penang adalah di persekitaran semulajadi, tetapi di sini dibawakan di Paradigm Mall.

Pelbagai aktiviti lasak dan extreme anda boleh cuba seperti aerobat, airbag, atan’s leap, banana flip, coco climb, monkey business, monkey school, slingshot dan zoom bug. Semua tarikan dan permainan ditawarkan adalah mengikut kesesuaian dan mengikut peringkat umur. Ya, apa lagi tunggu? Jom beriadah sambil berseronok di ESCAPE PJ!

Lokasi : GB-07, Boulevard, Level G, Paradigm Mall No.1, Jalan SS7/ 26A, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin (10.00 Pagi – 10.00 Malam)
Laman Web : Escape PJ

Var Live My

VAR Live Malaysia merupakan sebuah taman tema VR yang terletak di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur. Menampilkan 13 permainan VR yang berbeza dan menyeronokkan, VAR Live juga membawakan beberapa ciri-ciri tambahan menarik seperti membawakan dimensi ke 4 untuk pengalaman VR yang lebih menarik.

Antara tarikan yang menarik adalah seperti memasuki hospital berhantu di permainan Horror Hospital sehinggalah ke permainan melepaskan diri daripada serangan zombie di permainan Zombieway. Dengan menggunakan peralatan yang cukup canggih, anda pastinya bakal merasai pengalaman yang sangat seronok disini!

Lokasi :  L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.00 Pagi – 10.00 Malam)
Laman Web : Var Live My

Bagaimana dengan senarai yang kami keluarkan? Anda bolehlah memilih permainan dan lokasi mana yang anda inginkan sama ada mencuba Virtual Reality Games sehinggalah ke permainan yang betul-betul extreme. Terima kasih kerana membaca artikel sehingga ke akhir dan jangan lupa untuk komen dan kongsikan taman tema indoor yang anda pernah pergi ya!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments