Saturday, March 6, 2021
Home Malaysia Kedah 15 Hotel Penginapan Terbaik di Langkawi, Permata Kedah

15 Hotel Penginapan Terbaik di Langkawi, Permata Kedah

Langkawi merupakan sebuah pulau peranginan utama di Malaysia dan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di negara kita. Langkawi merupakan gugusan 99 buah pulau dipisahkan dari tanah besar Malaysia oleh Selat Melaka. Merupakan sebuah daerah di negeri Kedah, Langkawi sememangnya mempunyai pelbagai tarikan menarik termasuklah melalui sejarahnya juga.

Kali ini, kami akan senaraikan 15 lokasi penginapan terbaik di Langkawi yang pastinya akan memberikan pengalaman percutian yang lebih menarik, eksklusif dan terbaik untuk anda!

The Ritz-Carlton, Langkawi

The Ritz-Carlton merupakan salah satu jenama perhotelan yang dikenali ramai semua kemudahan dan servis di penginapan mereka cukup eksklusif dan mewah! Untuk The Ritz-Carlton Langkawi, mereka menawarkan pelbagai kemudahan fasiliti terbaik iaitu kawasan pantai (private beach), gelangang tennis, pusat gymnasium, kolam renang dan pelbagai lagi!

Lokasi The Ritz-Carlton ini adalah di Pantai Kok, dan anda boleh pergi ke tempat menarik di Langkawi yang berdekatan seperti Langkawi Cable Car, Air Terjun Telaga Tujuh dan banyak lagi.

Dengan bilik yang begitu luas, pemandangan hijau dan laut yang sangat memukau, anda pastinya akan bercuti dengan puas hati di The Ritz-Carlton!

Lokasi : Jalan Pantai Kok, 07000 Pantai Kok, Malaysia
Harga : Dari RM1,550+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | The Ritz-Carlton

The Andaman

Satu lagi lokasi penginapan hotel di pulau Langkawi ini adalah di Andaman, a Luxury Collection Resort. Bercuti bersama keluarga disini pastinya sangat seronok dan menarik dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang tersedia!

Resort yang terletak di hadapan pandtadi ini menawarkan pelbagai jenis bilik dan suites dengan Wifi Percuma dan juga menyediakan 6 pilihan tempat makan yang menarik! Selain itu, jika anda malas nak mandi manda di laut, anda juga boleh mandi di kawasan kolam renang yang sangat relaks!

Setiap unit mempunyai dekorai menarik dan sangat luas, dilengkapi dengan pendingin hawa, TV dan juga kawasan rehat. Selain itu juga, anda boleh memilih untuk melihat pemandangan dari bilik sama ada pemandangan taman, pemandangan hijau hutan atau pemandangan laut yang biru!

Untuk anda yang perlu kekal aktif, anda boleh ke pusat gymnasium yang turut tersedia di sini, untuk merehatkan badan pula anda boleh ke pusat spa! Apa lagi yang anda mahukan? Kerana semuanya sudah ada di resort mewah ini!

Lokasi : P.O.Box 94, Jalan Teluk Datai, Pulau Andaman , 07000 Teluk Datai, Malaysia 
Harga : Dari RM420+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | The Andaman

Pelangi Beach Resort & Spa

Terletak di sebuah pantai yang cukup popular di pulau Langkawi, Pelangi Beach Resort & Spa menawarkan pengalaman percutian yang menarik, terbaik dan juga sangat indah untuk anda! Pelangi Beach Resort & Spa menawarkan pelbagai kemudahan fasiliti untuk anda bercuti di sini termasuklah dua kolah renang, empat pilihan tempat makan dan juga pantai yang cukup indah!

Dengan pemandangan indah laut dan juga landskap taman, setiap unit turut tersedia dengan balkoni yang membolehkan anda bersantai-santai di waktu petang. Selain itu, setiap unit juga dilengkapi dengan televisyen, pendingin hawa, sofa dan pelbagai lagi. Dengan harga yang cukup berpatutan, inilah salah satu lokasi yang mungkin anda patut fikirkan sebagai lokasi penginapan anda!

Lokasi : Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia 
Harga : Dari RM302+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Pelangi Beach Resort & Spa

Tanjung Rhu Resort

Terletak hanya 4 kilometer daripada Kampung Air Hangat, satu lagi lokasi penginapan yang anda boleh pilih adalah Tanjung Rhu Resort! Menyediakan kolam renang, beberapa pilihan tempat makan yang sedap-sedap belaka dan juga spa!

Setiap bilik dilengkapi dengan TV, DVD player dan juga pendingin hawa. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti aktiviti sukan air, trip memancing, dan juga sesi memberi makan kepda burung helang! Menarik bukan?

Lokasi : Mukim Ayer Hangat, 07000 Tanjung Rhu, Malaysia 
Harga : Dari RM335+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Tanjung Rhu Resort

The Datai Langkawi

Anda sukakan kehijauan hutan tetapi dalam masa yang sama inginkan penginapan moden? Ya, anda bolehlah menginap di The Datai Langkawi! Terletak di kawasan yang sangat cantik dan penuh kehijauan, The Datai menawarkan penginapan yang cukup mewah dan eksklusif dengan kemudahan yang cukup terbaik seperti kolam renang, spa dan juga padang golf!

Setiap bilik di The Datai mempunyai balkoni yang memperlihatkan pemandangan indah hutan hujan tropika dan juga mempunyai ruangan rehat yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga.

Di pusat spa pula anda boleh memilih sama ada untuk menerima rawatan urut atau rawatan badan. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berbasikal, bersenam di pusat gymnasium atau bermain tennis di dua buah gelanggang tennis yang tersedia di Els Club Teluk Datai!

Lokasi : Jalan Teluk Datai, 07000 Teluk Datai, Malaysia
Harga : Dari RM990+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | The Datai Langkawi

Aloft Langkawi Pantai Tengah

Satu lagi lokasi penginapan yang boleh anda cuba berdekatan dengan Pantai Cenang adalah di Aloft Langkawi Pantai Tengah! Aloft Langkawi menawarkan bilik yang menarik, fasiliti dan kemudahan seperti pusat gymnasium, kolam renang dan juga Wifi percuma!

Anda bolehlah memilih Aloft Langkawi sebagai tempat penginapan anda kerana setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa, dan ada juga bilik yang mempunyai balkoni! Jadi bolehlah anda melihat pemandangan Langkawi menerusi balkoni di bilik anda. Dengan dekorasi bilik yang cukup lawa dan cantik, pastinya percutian anda disini pasti berbaloi!

Lokasi : Lot PT 701, Jalan Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
Harga : Dari RM265+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Aloft Langkawi Pantai Tengah

Dash Resort Langkawi

Lokasi penginapan seterusnya adalah Dash Resort Langkawi. Terletak berdekatan dengan Pantai Tengah, Dash Resort Langkawi menawarkan percutian dan penginapan menarik dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti terbaik termasuklah kolam renang, pantai yang cukup cantik, dan juga kemudahan Wifi Percuma.

Dengan dekorasi ruangan bilik yang cukup cantik, moden dan mewah, turut tersedia termasuklah kemudahan seperti pendingin hawa, TV, peti ais dan pelbagai lagi. Melihat dalam gambar memang cantik kan Dash Resort Langkawi ini?!

Lokasi : Pantai Tengah , Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia 
Harga : Dari RM301+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Dash Resort Langkawi

Four Seasons Resort Langkawi

Inginkan percutian yang lebih menarik dan mewah di Langkawi? Jika ya, anda bolehlah memilih Four Seasons Resort Langkawi sebagai tempat penginapan anda! Terletak di Tanjung Rhu, Four Seasons Resort Langkawi terkenal sebagai salah satu lokasi penginapan yang menawarkan perkhidmatan, fasiliti dan kemudahan yang cukup terbaik!

Dikelilingi dengan alam semulajadi yang cukup indah, Four Seasons Resort ini menawarkan kemudahan menarik seperti kolam renang, 3 pilihan tempat makan, bar dan juga spa! Setiap unit bilik pula didekorasi dengan seni bina Melayu dan juga Moorish menjadikan bilik anda lebih cantik, menarik dan juga sedap mata memandang.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti merasai pengalaman rawatan di Geo Spa , sertai kelas yoga, atau bersantai di kawasan resort sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik dan pemandangan yang anda tidak dapat lihat di tempat lain!

Lokasi :  Jalan Tanjung Rhu, Langkawi, 07000 Tanjung Rhu, Malaysia 
Harga : Dari RM1,217+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Four Seasons Langkawi

The Westin Langkawi Resort & Spa

Servis dan kemudahan terbaik adalah antara yang ditawarkan di satu lagi lokasi penginapan menarik iaitu di The Westin Langkawi Resort & Spa. Di sini, pelbagai kemudahan dan fasiliti tersedia untuk pengunjung termasuklah empat buah kolam renang yang cukup menarik, enam pilihan tempat makan yang memberikan pelbagai jenis menu dan mengikut selera anda, dan juga pusat kecergasan.

Setiap unit didatangkan dengan dekorasi yang cukup menarik, minimalist dan lengkap dengan kemudahan yang membuatkan percutian anda berjalan lancar. Antara kemudahan yang tersedia di setiap unit adalah seperti TV, mini bar, pendingin hawa, dan juga pemandangan indah melalui balkoni! Oh ya, ada juga unit yang mempunyai kolam renang peribadi!

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti lawatan berbasikal dan juga lawatan pulau, permainan squash dan juga program untuk kanak-kanak di kawasan pantai! Pastinya percutian disini cukup menarik kerana anda boleh mengisi masa terluang dengan berehat dengan pemandangan yang sangat indah.

Lokasi : Jalan Pantai Dato Syed Omar, 07000 Kuah, Malaysia
Harga : Dari RM330+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | The Westin Langkawi

Vivanta Langkawi, Rebak Island

Terletak di sebuah pulau yang terasing daripada Langkawi, ya, disebuah pulau Rebak, Langkawi, Vivanta Langkawi merupakan satu-satunya resort di pulau tersebut. Menawarkan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang menarik seperti pantai yang indah, kolam renang, dan juga lima pilihan tempat makan.

Dekorasi pada setiap unit pula berinspirasikan seni bina melayu, digabungkan bersama kemudahan dan teknologi moden. Setiap unit pula tersedia balkoni dengan pemandangan indah laut dan juga pemandangan landskap taman.

Lawatan sekitar pulau dan juga jungle trekking turut tersedia disini. Selain itu, anda boleh juga bersantai di kolam renang dengan pemandangan laut yang cukup menarik.

Lokasi : P.O.Box 125, 07000 Pantai Cenang, Malaysia 
Harga : Dari RM320+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Vivanta Langkawi

Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi

Lokasi yang strategik dan akses yang dekat dengan pelbagai tempat menarik di Langkawi adalah antara yang membuatkan penginapan di Holiday Villa Beach Resort & Spa adalah yang patut anda pilih. Dengan pantai yang begitu indah, resort ini turut menawarkan dua kolam renang dan juga empat pilihan tempat makan yang menarik. Selain itu, kemudahan Wifi percuma dan juga tempat meletak kereta percuma turut disediakan.

Setiap bilik dengan dekorasi menarik dan menenangkan tersedia dengan balkoni yang memberikan pemandangan cukup indah. Lengkap dengan TV, pendingin hawa, dan pelbagai lagi kemudahan asas pastinya membuatkan percutian anda di Langkawi lebih menarik.

Lokasi : Lot 1698 Pantai Tengah, Mukim Kedawang,, 07000 Pantai Cenang, Malaysia 
Harga : Dari RM285+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Holiday Villa Beach Resort & Spa

The Danna Langkawi

The Danna Langkawi menjanjika percutian yang serba menarik, lengkap dengan pelbagai kemudahan yang pastinya akan membuatkan percutian anda bersama yang tersayang lancar. Siap tersedia dengan sebuah pantai yang bersih dan juga sebuah kolam renang infiniti yang cukup luas.

The Danna Langkawi menawarkan seni bina menarik dan unit yang direka dengan begitu elegan. Antara kemudahan yang turut tersedia termasuklah tiga pilihan tempat makan dan juga spa!

Setiap unit hadir dengan kemudahan yang cukup lengkap seperti pendingin hawa, ruangan rehat, televisyen, dan juga balkoni yang memberikan anda pemandangan indah laut, bukit yang hijau serta marina.

Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Pantai Kok, Malaysia 
Harga : Dari RM538+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | The Danna Langkawi

Casa del Mar Langkawi

Casa del Mar terletak di Pantai Cenang menawarkan pengalaman percutian menarik kerana terletak berdekatan dengan pantai dan laut! Menawarkan kemudahan fasiliti yang cukup lengkap seperti restoran, kolam renang dan pusat kecergasan pastinya Casa del Mar patut ada dalam senarai lokasi percutian anda di Langkawi.

Setiap unit lengkap dengan peningin hawa, TV, DVD player, dan balkoni dengan pemandangan kolam! Antara lokasi yang popular berdekatan dengan resort ini adalah seperti Pantai Cenang, Pantai Tengah dan juga Laman Padi Langkawi.

Lokasi : Jalan Pantai Cenang Langkawi, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
Harga : Dari RM918+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Casa del Mar Langkawi

The St. Regis Langkawi

Dengan harga yang sangat berpatutan, satu lagi lokasi yang patut anda masukkan dalam lokasi penginapan di Langkawi adalah di The St. Regis Langkawi. Pastinya anda akan berpuas hati dengan penginapan disini kerana kemudahan dan servis yang diberikan adalah yang terbaik!

Antara fasiliti yang tersedia dan menanti anda adalah pantai yang cukup indah, dan juga kolam renang infiniti yang turut menyajikan pemandangan indah laut Andaman. Selain itu, disini turut tersedia spa, pusat kecergasan dan juga lima pilihan tempat makan.

Setiap bilik hadir dengan dekorasi yang cukup elegan, disertakan dengan ruang yang luas dan juga balkoni. Turut disertakan adalah pendingin hawa dan juga home entertainment system. Anda boleh berehat dan merasai rawatan di spa atau juga bersiar-siar di kawasan pantai yang cukup indah!

Lokasi : The St Regis Langkawi, Jalan Beringin, 07000 Kuah, Malaysia 
Harga : Dari RM900+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | The St. Regis Langkawi

Berjaya Langkawi Resort

Lokasi penginapan terakhir dalam senarai kali ini adalah Berjaya Langkawi Resort. Terletak betul-betul dihujung hutan hujan tropika, Berjaya Langkawi Resort menawarkan penginapan chalet berkonsepkan melayu dengan balkoni dan juga konsep dekorasi kontemporari. Antara fasiliti yang tersedia disini termasuklah empat pilihan restoran, dan juga kolam renang. Kemudahan Wifi Percuma turut tersedia di keseluruhan kawasan resort.

Dengan dekorasi menarik, setiap chalet didatangkan dengan kawasan rehat, pendingin hawa dan juga kemudahan asas yang lain. Selain itu, anda juga boleh memilih sama ada untuk menginap di chalet di kawasan darat ataupun di atas laut!

Anda bolehlah menenangkan diri dengan membuat rawatan urut di spa atau juga aktif bersenam di gymnasium yang tersedia di resort ini. Selain itu, jika anda berminat dengan aktiviti-aktiviti lain seperti lawatan pulau, trip kapal layar dan juga aktiviti sukan air, anda boleh juga mendapatkan perkhidmatan ini diresort ini.

Lokasi : Karong Berkunci 200, Burau Bay, 07000 Pantai Kok, Malaysia 
Harga : Dari RM218+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Berjaya Langkawi Resort

Sekian sahaja senarai 15 Lokasi Penginapan Terbaik di Langkawi, Kedah. Dengan adanya artikel ini, anda sudah tidak perlu runsing untuk mencari penginapan yang sesuai mengikut bajet dan juga kemudahan yang anda inginkan.

Selamat bercuti ke pulau Langkawi, Permata Negeri Kedah.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments