Friday, February 26, 2021
Home Malaysia 10 Hotel Penginapan Bajet Bawah RM250 di Georgetown, Penang.

10 Hotel Penginapan Bajet Bawah RM250 di Georgetown, Penang.

Georgetown atau juga dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Tanjung, merupakan sebuah bandaraya dan juga ibu negeri bagi negeri Pulau Pinang. Bandaraya ini turut tersenarai sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia menjadikan ia lebih dikenali dengan pelbagai tempat tinggalan sejarah dan lokasi menarik yang menggamit jutaan pelancong saban tahun.

Pelancong yang datang tidak kira dari dalam atau luar negara pastinya mencari lokasi penginapan terbaik di Georgetown dengan fasiliti terbaik dan juga harga yang berpatutan. Jangan risau dan pening kerana kali kami kami menyediakan senarai penginapan bajet bawah RM250 di bandar ini! Jangan risau kerana semua penginapan mempunyai kemudahan dan fasiliti yang sangat menarik! Selamat membaca!

Bayview Hotel Georgetown

Lokasi pertama adalah di Bayview Hotel Georgetown Penang. Dengan harga yang cukup berpatutan, antara kemudahan yang tersedia adalah seperti kolam renang, restoran, pusat kecrgasan dan pelbagai lagi!

Terletak berdekatan dengan tempat menarik seperti Muzium Negeri Pulau Pinang, Bayview Hotel turut menyediakan bilik yang cukup lengkap dengan kemudahan dengan pemandangan laut yang indah juga pemandangan bandaraya Georgetown.

Lokasi : 25A Farquhar Street, 10200 George Town, Malaysia
Harga : Dari RM120+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Bayview Hotel Georgetown

Hotel Sentral Seaview @ Beachfront

Terletak di pantai Tanjung Tokong, lokasi penginapan seterusnya adalah di Hotel Sentral Seaview. Lengkap dengan kolam renang , cafe dan juga pemandangan indah laut! Hotel Sentral Seaview ini terletak hanya 10 minit sahaja daripada pusat bandar Georgetown dan juga hanya 19.3 kilometer daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Setiap unit bilik di hotel ini sangat selesa, lengkap dengan pendingin hawa, TV dan juga kemudahan lain. Selain itu, tingkap di bilik yang luas menjanjikan pemandangan laut yang cukup indah!

Lokasi : 555, Jalan Cm Hashim, Tanjung Tokong, 11200 George Town, Malaysia 
Harga : Dari RM110+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Hotel Sentral Seaview

JEN Penang Georgetown by Shangri-La

JEN Penang Georgetown by Shangri-La terletak betul-betul di pusat bandar Georgetown, bersebelahan dengan bangunan Komtar, pusat beli belah 1st Avenue dan juga Prangin Mall. Dengan harga yang cukup berpatutan, antara kemudahan yang tersedia disini termasuklah kolam renang, restoran dan juga bar. Selain itu, perkhidmatan Wifi Percuma diseluruh kawasan hotel.

Setiap unit pula lengkap dengan dekorasi menarik, citarasa Malaysia. lengkap dengan TV, pendingin hawa dan peti ais, anda juga boleh merehatkan diri di sauna atau bilik stim yang turut tersedia disini.

Lokasi : Magazine Road, 10300 George Town, Malaysia
Harga : Dari RM170+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | JEN Penang Georgetown by Shangri-La

Berjaya Penang Hotel

Lokasi penginapan dengan bajet murah berikutnya adalah di Berjaya Penang Hotel. Hotel ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang cukup terbaik. Lengkap dengan kolam renang, restoran dan juga Wifi Percuma! Hotel ini terletak hanya 751 meter sahaja dari Gurney Plaza dan Gurney Paragon, 601 meter daripadal Colonial Penang Museum.

Bilik bagi hotel ini pula cukup menarik dengan kelengkapan dan kemudahan seperti pendingin hawa, pengering rambut, televisyen dan pelbagai lagi. Untuk anda yang aktif bersenam, anda bolehlah ke pusat gymnasium yang turut tersedia disini.

Lokasi : 1-Stop Midlands Park, Jalan Burmah, 10350 George Town, Malaysia
Harga : Dari RM145+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Berjaya Penang Hotel

Flamingo Hotel by the Beach

Jom rasai pengalaman yang sungguh menarik dengan dekorasi dalaman yang cukup indah dan juga pemandangan laut yang begitu luas mata memandang di Flamingo Hotel by the Beach. Antara kemudahan fasiliti yang tersedia disini termasuklah pantai yang indah, kolam renang dan tub panas.

Rekaan bilik yang menarik dengan tingkap yang luas, membawakan pemandangan yang cukup indah untuk anda. Setiap bilik disertakan balkoni, peti ais, pendingin hawa, cerek elektrik dan juga televisyen. Pastinya dengan bajet yang rendah, anda pastinya boleh menikmati percutian yang menarik juga!

Lokasi : Jalan Tanjung Bungah, 11200 George Town, Malaysia
Harga : Dari RM141+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Flamingo Hotel by the Beach

Sunway Hotel Georgetown Penang

Terletak betul-betul di pusat bandar Georgetown, Sunway Hotel merupakan antara lokasi penginapan di bandaraya ini dengan harga yang sangat berpatutan. Antara fasiliti yang tersedia adalah seperti kolam renang, restoran, pusat gymnasium dan juga kemudahan Wifi Percuma di semua kawasan hotel.

Dengan unit bilik yang begitu luas dan dekorasi yang cantik, Sunway Hotel turut menyediakan kelengkapan yang terbaik di dalam bilik untuk menjamin keselesaan pengunjung. Lokasi yang strategik, berdekatan dengan tempat menarik, harga yang berpatutan, pastinya inilah hotel yang anda cari selama ini.

Lokasi : 33 New Lane (Off Macalister Road), 10400 George Town, Malaysia 
Harga : Dari RM210+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Sunway Hotel Georgetown Penang

The Wembley – A St Giles Hotel, Penang

Lokasi berikutnya adalah di The Wembley – A St Giles Hotel. Hotel ini terletak di pusat bandar Georgetown dan menawarkan fasiliti menarik untuk pengujung. Antaranya adalah kolam renang, restoran, pusat gymnasium dan pelbagai lagi. Oh ya, hotel ini hanyalah 200 meter sahaja daripada Komtar dan Prangin Mall.

Setiap unit bilik pula lengkap dengan dekorasi yang cantik dan serta pemandangan yang cukup indah melalui tingkap. Antara kemudahan yang tersedia di dalam bilik termasuklah pendingin hawa, TV, cerek elektrik dan juga Wifi Percuma.

Lokasi : 183, Jalan Magazine, 10200 George Town, Malaysia 
Harga : Dari RM208+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | The Wembley

Hompton Hotel by the Beach

Lokasi penginapan seterusnya dengan bajet yang berpatutan tetapi kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap adalah di Hompton Hotel by the Beach. Terletak berhampiran dengan pantai dan laut, percutian anda bersama yang tersayang dihotel ini lebih indah dengan keindahan pemandangan.

Kemudahan dan fasiliti yang tersedia di hotel ini pula cukup lengkap dengan pusat gymnasium, kolam renang dan pelbagai lagi yang sememangnya terbaik!

Setiap unit bilik pula dihiasi dengan dekorasi yang menarik, segar dan menenangkan. Lengkap dengan kemudahan seperti pendingin hawa, peti ais, ruangan rehat dan sebagainya, penginapan anda disini pastinya cukup selesa!

Lokasi : No 533, Jalan C.M. Hashim Tanjung Tokong, 11200 George Town, Malaysia 
Harga : Dari RM181+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Hompton Hotel by the Beach

Royale Chulan Penang

Royale Chulan Penang menawarkan penginapan yang cukup menarik di bandaraya Georgetown ini. Terletak hanya 300 meter daripada Clan Jetties of Penang, Royale Chulan Penang ini tersedia dengan kemudahan seperti kolam renang, restoran dan juga pusat gymnasium.

Setiap unit bilik pula lengkap dengan kemudahan sofa, TV, mini-bar, cerek elekrtik dan tingkap yang membawakan pemandangan indah bandaraya penuh sejarah ini. Pastinya jika anda menginap disini jangan lupa untuk bergambar kerana keunikan bangunan hotelnya!

Lokasi : No. 1 & 2, Pengkalan Weld, 10300 George Town, Malaysia
Harga : Dari RM151+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Royale Chulan penang

Vouk Hotel Suites, Penang

Lokasi penginapan berikutnya pula adalah di Vouk Hotel Suites, Penang. Vouk Hotel Suites menawarkan penginapan yang eksklusif dengan harga yang berpatutan di tengah bandaraya Georgetown.

Setiap unit bilik didekorasi dengan cukup menarik, didatangkan dengan kelengkapan yang terbaik seperti pendingin hawa, mini-bar, TV, dan sebagainya.

Lokasi : 57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Malaysia 
Harga : Dari RM139+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Vouk Hotel Suites

Mercure Penang Beach

Lokasi penginapan terakhir adalah di Mercure Penang Beach. Hanya 15 minit sahaja daripada Batu Feringgi, Mercure Penang Beach membawakan pengalaman percutian menarik dengan pantai yang indah, kolam renang yang luas dan pusat gymnasium.

Setiap unit bilik dihiasi dengan dekorasi moden, dilengkapi dengan pendingin hawa, TV, ruangan rehat, dan pelbagai lagi. Anda bolehlah berehat dengan puas di hotel ini kerana segala kemudahan tersedia dengan baik pada harga yang sangat berpatutan!

Lokasi : 505, Jalan Tanjung Bungah, 11200 George Town, Malaysia 
Harga : Dari RM168+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Mercure Penang Beach

Bagaimana dengan lokasi penginapan yang telah kami senaraikan ini? Mungkin anda tak percaya dengan harga yang begitu berpatutan, tetapi kemudahan dan fasiliti yang terbaik disediakan. Memilih lokasi penginapan sebenarnya perlu difikirkan dengan begitu rapi dan harapnya artikel ini membantu anda untuk mencari lokasi hotel penginapan yang berpatutan di bandaraya Georgetown, Penang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments