Sunday, March 7, 2021
Home Airbnb Senarai 12 Homestay Menarik dan Selesa di Johor Bahru

Senarai 12 Homestay Menarik dan Selesa di Johor Bahru

Johor Bahru merupakan sebuah bandaraya yang kian pesat membangun. Terletak di kawasan selatan tanah air, bandaraya ini menjadi tumpuan orang ramai termasuklah pelancong dari dalam negara dan luar negara.

Pelbagai lokasi tarikan pelancong menarik di bandaraya ini seperti Masjid Sultan Abu Bakar, Danga Bay dan juga beberapa taman tema, menjadikan pelancongan sebagai salah satu faktor penting bagi pertumbuhan bandaraya ini.

Di dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan untuk anda 12 penginapan homestay untuk anda tinggal bersama keluarga, reunion bersama rakan-rakan atau pelbagai lagi sebab dengan kemudahan terbaik, fasiliti menarik dan penginapan eksklusif. Selamat membaca!

Residences at Daya by SR Home

Penginapan pertama dalam senarai ini adalah di Residences at Daya by SR Home. Penginapan di sini sememangnya terbaik dengan pelbagai kemudahan menarik untuk anda seisi keluarga.

Tersedia Wifi percuma, kolam renang, akses untuk pusat gymnasium dan juga tub panas! Selain itu, di apartmen ini juga terdapat sauna! Bolehlah anda sekeluarga menghabiskan masa di kawasan apartmen ini sahaja!

Di dalam unit apartment pula, segala kemudahan dan fasiliti telah tersedia termasuklah dapur yang berfungsi, peti ais, TV, ruangan rehat bersama keluarga dan sebagainya. Pastinya penginapan anda bersama keluarga mahupun rakan-rakan disini akan berjalan lancar kerana semuanya sudah siap disediakan!

Lokasi : 20-05, Residensi KSL Tower A, JLN Delima 3/1 Taman Delima, 81100 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM149+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Residences at Daya by SR Home

R&F Princess Cove @ R&F Mall

Lokasi berikutnya adalah di R&F Princess Cove R&F Mall. Dengan harga yang cukup berpatutan, pengunjung akan menerima tawaran kemudahan yang terbaik termasuklah kemudahan kolam renang, akses untuk pusat gymnasium dan juga kemudahan Wifi percuma!

Rekaan dalam apartment yang cukup menarik, moden dan elegan pastinya membuatkan pengalaman penginapan anda disini menjadi pengalaman terbaik!

Lokasi : Jalan Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM215+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | R&F Princess Cove @ R&F Mall

Mid Valley Southkey Mosaic @ UHA

Berdekatan dengan pusat beli belah Midvalley, lokasi berikutnya dalam senarai penginapan terbaik adalah di Mid Valley Southkey Mosaic @ UHA. Menawarkan pemandangan indah bandaraya, kemudahan yang turut tersedia disini termasuklah kolam renang, taman, pusat gymnasium dan juga kemudahan Wifi percuma.

Setiap unit apartmen disini tersedia dengan pendingin hawa, kawasan ruang tamu bersama sofa, ruangan dapur untuk memasak, peti ais dan pelbagai lagi yang menjadikan pengalaman menginap disini seperti di rumah sendiri!

Lokasi : Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM218+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Mid Valley Southkey Mosaic

Suasana Private Suites By Subhome

Penginapan yang menarik? Pastinya inilah yang perlu anda pilih sebagai lokasi penginapan anda. Suasana Private Suites By Subhome terletak di bandaraya Johor Bahru membawakan pelbagai kemudahan dan fasiliti menarik untuk anda!

Seperti biasa, kemudahan yang tersedia adalah seperti kolam renang, pusat gymnasium, bar dan juga Wifi Percuma.

Setiap unit apartment tersedia ruangan rehat, dapur yang berfungsi untuk anda memasak, peralatan menggosok baju, TV dan pelbagai lagi. Oh ya, anda juga boleh melihat pemandangan bandaraya Johor Bahru melalui tingkap!

Lokasi : Suasana Suites, No.82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Malaysia
Harga : Dari RM504+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Suasana Private Suites

JB City Shopping Mall Apartment

Lokasi penginapan terbaik seterusnya adalah di JB City Shopping Mall Apartment. Dengan harga yang berpatutan, anda akan menerima kemudahan menarik dan terbaik seperti kemudahan Wifi Percuma, kolam renang, taman permainan kanak-kanak, restoran dan juga kemudahan tempat meletak kereta percuma.

Dengan ruang apartment yang luas dan menarik, antara yang turut tersedia termasuklah pendingin hawa, TV, ruangan rehat bersama sofa, dapur untuk memasak dan juga balkoni untuk melihat pemandangan bandaraya Johor Bahru!

Lokasi : Jalan Seladang Block B, 80250 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM225+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | JB City Shopping Mall Apartment

Cube 8teens by Nest Home

Tempat penginapan yang seterusnya adalah di Cube 8teens by Nest Home. Penginapan disini pastinya sangat menarik kerana setiap unit datang dengan dekorasi menarik, moden dan cukup eksklusif.

Setiap unit didatangka dengan kemudahan yang dan fasiliti terbaik seperti pendingin hawa, ruangan rehat bersama keluarga dan balkoni yang membawakan pemandangan yang cukup indah!

Lokasi : Taman Jaya Putra Cube 8 Teens, 81100 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM200+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Cube 8teens by Nest Home

Marina Cove Executive Suite @ Johor Bahru

Penginapan di Marina Cove Executive Suite @ Johor Bahru menawarkan penginapan yang cukup menarik, dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang tersedia. Antara kemudahan yang tersedia disini termasuklah kolam renang, pusat gymnasium, taman dan pelbagai lagi.

Setiap unit disini tersedia dengan balkoni, dapur yang berfungsi sepenuhnya, ruangan rehat bersama sofa, mesin basuh dan pelbagai lagi!

Lokasi : Jalan Sultanah Aminah, 80050 Johor Bahru, Malaysia
Harga : Dari RM241+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Marina Cove Executive

Southkey Residences

Penginapan seterusnya adalah di Southkey Residences. Dengan harga yang cukup berpatutan, anda akan menerima kemudahan fasiliti terbaik termasuklah unit berpendingin hawa, kolam renang dan juga kemudahan Wifi percuma.

Setiap unit didatangkan dengan ruangan rehat, dapur yang berfungsi untuk anda menghasilkan makanan yang sedap dan juga pelbagai lagi.

Lokasi : 1, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM200+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Southkey Residences

1Tebrau Premium Suites by 12 stay

Penginapan premium yang terbaik seterusnya adalah di 1Tebrau Premium Suites by 12stay. Lokasi ini terletak berdekatan dengan KSL City Mall, Plaza Sentosa, Angry Birds Activity Park dan pelbagai lagi!

Antara kemudahan fasiliti yang tersedia disini adalah seperti kolam renang, pusat gymnasium, taman permainan kanak-kanak, bilik sauna dan pelbagai lagi. Anda bolehlah melakukan aktiviti menarik disini disamping bersantai menikmati percutian anda.

Lokasi : Block B-01-18, 1 Tebrau, Jalan Tebrau 1, Tebrau, 80250 Johor Bahru, Malaysia
Harga : Dari RM224+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | 1Tebrau Premium Suites

Holi Seaview apartment R&F Princess cove

Mencari penginapan yang menarik, kemudahan hebat dan fasiliti terbaik? Anda bolehlah menginap di Holi Seaview Apartment R&F Princess. Dengan kemudahan yang tersedia seperti kolam renang, Wifi percuma dan pelbagai lagi, sememangnya menginap di sini sememangnya satu pengalaman yang patut anda cuba!

Setiap unit disini tersedia dengan TV, dapur yang tersedia bersama ketuhar, ruang tamu dan pelbagai lagi! Lokasi menarik sekitar bandaraya Johor Bahru juga terletak berdekatan sahaja!

Lokasi : Princess Cove, 1,R & F, Jalan Tanjung Puteri, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor, 80300 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM245+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Holi Seaview apartment

Meridin Medini @ JB City Homestay

Satu lagi lokasi yang boleh anda masukkan dalam senarai lokasi penginapan anda di bandaraya ini adalah di Meridin Medini @ JB City Homestay! Menawarkan pengalaman penginapan yang pastinya membuatkan anda teruja, Meridin Medini menyediakan kemudahan fasiliti menarik seperti kolam renang, sauna dan pelbagai lagi!

Setiap unit disini tersedia dengan ruangan rehat bersama sofa, TV, mesin basuh, ketuhar, peti ais dan pelbagai lagi yang bakal membuatkan penginapan anda disini berjalan lancar!

Lokasi : Persiaran Medini utara 3, Iskandar Puteri, Johor, 79250 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM198+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Meridin Medini @ JB City Homestay

SKS Pavilion Suites @ UHA

Lokasi penginapan terakhir dalam senarai kali ini adalah di SKS Pavillion Suites @ UHA. Pelbagai kemudahan tersedia disini yang ditawarkan untuk anda! Antara kemudahan yang tersedia disini termasuklah kolam renang, spa, Wifi percuma dan juga tempat meletak kereta percuma!

Setiap unit lengkap tersedia dengan pelbagai kemudahan, ruang yang luas, dapur yang berfungsi dengan baik dan pelbagai lagi! Penginapan disini pastinya merupakan penginapan terbaik untuk anda rasai!

Lokasi : Jalan Storey SKS Pavillion Residence, 80300 Johor Bahru, Malaysia 
Harga : Dari RM144+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | SKS Pavilion Suites

Sekian sahaja untuk senarai 12 homestay menarik dan selesa di Johor Bahru! Mencari penginapan yang luas dan penuh dengan kemudahan menarik untuk penginapan keluarga atau reunian bersama rakan-rakan adalah suatu perkara yang perlu difikirkan dengan betul-betul. Ini adalah kerana ada homestay yang menawarkan kemudahan terbaik pada harga yang sangat berpatutan!

Semoga artikel kali ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan percutian anda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments