Saturday, March 6, 2021
Home Malaysia 15 Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air

15 Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air

Bandaraya Warisan Pesisir Air, itulah gelaran yang diberikan untuk bandar Kuala Terengganu ini. Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, pusat ekonomi utama di negeri Terengganu Darul Iman. Lokasi bandaraya ini adalah di muara Sungai Terengganu, berhadapan dengan Laut China Selatan.

Apa yang menarik di bandaraya ini? Untuk anda yang masih tertanya-tanya tentang tarikan atau lokasi yang menarik di bandaraya ini jangan risau kerana kami akan membantu anda. Artikel kali ini kami akan bawakan senarai 15 tempat menarik di Kuala Terengganu!

Wanisma Craft & Trading

Sumber : Wanisma Craft & Trading

Wanisma Craft dan Trading merupakan sebuah pusat menjual barangan kraf dan cenderamata menarik daripada logam dan juga tekstil. Pelbagai koleksi logam menarik anda boleh dapatkan disini dengan harga yang cukup berpatutan, kualiti yang terbaik dan pelbagai lagi!

Wanisma Craft & Trading menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan barangan cenderamata dan dibawa pulang. Anda bolehlah berkunjung ke sini untuk melihat bagaimana logam-logam ini ditempa dan juga membeli barangan dan produk kraf disini!

Lokasi : 32, Ladang Sekolah, 20000, Kuala Terengganu, Terengganu
Laman Web : Facebook | Wanisma Craft & Trading

Pasar Besar Kedai Payang

Lokasi berikutnya yang anda perlu kunjungi sekiranya ke bandar ini adalah Pasar Besar Kedai Payang. Terletak berdekatan dengan sungai Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang menawarkan pelbagai jenis barangan termasuklah barangan kraftangan, batik, kain sutera, songket, barangan besi dan juga sayur-sayuran.

Ramai pengunjung datang disini kerana barangan yang dijual disini datang dengar harga yang berpatutan. Anda juga boleh melihat kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu disini, selain dapat bersantai bersama keluarga. Oh ya, bangunan lama Pasar Payang telah dirobohkan pada tahun 2019 dan kini digantikan dengan bangunan baru yang lebih selesa dan tersusun!

Lokasi : Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Kompleks Kraf Noor Arfa

Sumber : Kompleks Kraf Noor Arfa

Kompleks Kraf Noor Arfa merupakan salah satu lokasi yang anda wajib singgah di Kuala Terengganu kerana pelbagai tarikan menarik tersedia disini untuk anda! Tahukah anda bahawa kompleks ini merupakan Batik Pavilion Terbesar di Malaysia?

Apa yang anda dapat lihat disini termasuklah demonstrasi pembuatan batik, demonstrasi tenunan songket & serta demonstrasi arca kaca. Seterusnya anda juga dapat melihat pameran pakaian dimana anda juga boleh membeli belah! Pelbagai jenis produk keluaran Noor Arfa daripada kain pasang sehingga ke pakaian dan tudung dapat anda beli disini!

Lokasi : NACC Batik Pavilion Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi : Isnin – Khamis (8.30am – 6.00pm)| Jumaat (8.30am – 5.30pm) | Sabtu – Ahad (8.30am – 6.30pm)
Laman Web : Kompleks Kraf Noor Arfa

Masjid Kristal

Salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia, Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu ini menjadi salah satu lokasi tarikan pengunjung. Mula dibina pada tahun 2006, masjid ini telah siap dibina pada tahun 2008.

Masjid ini dikenali ramai kerana rupa luaran yang sangat cantik, dibina daripada kaca dan keluli. Masjid ini juga merupakan masjid pintar eprtama di Malaysia, mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

Seramai 700 jemaah dapat dimuatkan dalam masjid ini pada satu-satu masa dan masjid ini dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur’an elektronik.

Lokasi : Pulau Wan Man, Losong Panglima P’erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam (TTI) merupakan sebuah taman tema yang membawakan tarikan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh dunia. TTI ini terletak di Pulau Wan Man dan Masjid Kristal turut berada di dalam kompleks taman ini.

Taman Tema ini bulan dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2008 dengan bajet sekitar RM249.3 juta. Pelbagai monumen disini dibina menampilkan pelbagai replima masjid, tugu dan sebagainya yang anda boleh lihat. Antaranya termasuklah Masjib an-Nabawi, Masjidil Haram, Taj Mahal, Masjid Negara, dan Masjid Sultan.

Lokasi : Pulau Wan Man Losong PanglimaPerang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi : Setiap Hari (7.00 Pagi -12.00 Malam) | Jumaat (Tutup Sementara dari 11.30 Pagi – 2.30 Petang )
Laman Web : Taman Tamadun Islam

TTI Cruise

Jika anda datang ke bandar Kuala Terengganu, jangan lupa untuk rasai pengalaman menaiki TTI River Cruise! Ya, di Taman Tamadun Islam turut menyediakan pengalaman menyelusuri sungai Terengganu dan melihat pelbagai tempat menarik dan pemandangan indah!

Antara lokasi yang anda dapat lihat sepanjang river cruise ini adalah termasuk Kampung Seberang Tuan, Jambatan Sultan Mahmud, Tempat buat Bot Tradisional, Pulau Che Yok, Duyong Marina Resort, Seberang Takir, Masjid Kristal, dan juga Draw Bridge.

Lokasi : Pulau Wan Man Losong PanglimaPerang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi : Isnin, Rabu, Khamis (10.00 Pagi – 7.00 Petang) | Jumaat – Ahad, Cuti Umum (9.00 Pagi – 7.00 Petang kecuali Jumaat tutup sementara pada 12.45 Tengah hari – 2.30 Petang) | Selasa (Tutup Kecuali Cuti Sekolah)
Laman Web : TTI River Cruise

Dapo Pata

Sumber : Amazing Terengganu

Lokasi seterusnya adalah di Uptown Kontena atau juga dikenali sebagai Dapo Pata. Terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu, Dapo Pata merupakan lokasi menarik untuk anda bersantai, berehat di kawasan pantai dan menikmati hidangan enak.

Apa yang menarik adalah, kontena-kontena di tepi pantai ini disusun untuk menjadi satu lokasi makan yang sangat menarik. Pelbagai aktiviti juga turut disediakan disini termasuklah pertunjukan muzik dan pelbagai lagi.

Lokasi : Pantai Tok Jembal 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap hari (5.00 Petang – 2.00 Pagi)

Nasi Dagang Atas Tol

Sumber : Nasi Dagang Atas Tol

Kalau datang ke negeri Terengganu, tidak sahlah kunjungan anda disini sekiranya tidak mencuba nasi dagang. Tak tahu nak cari nasi dagang sedap dimana? Anda bolehlah ke Nasi Dagang Atas Tol!

Dibuka hanya pada waktu pagi, Nasi Dagang Atas Tol ini cukup popular di kalangan penduduk tempatan dan juga warga luar daripada Terengganu. Jika anda mahu ke sini, anda perlulah datang awal kerana jika lambat barang kali nasi dagang yang anda mahukan sudah habis.

Lokasi : Kg Atas Tol 21070 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi : Rabu – Ahad ( 6.30 Pagi – 11.30 Pagi )
Laman Web : Facebook | Nasi Dagang Atas Tol

Masjid Tengku Tengah Zahara

Selain Masjid Kristal, satu lagi masjid yang menjadi tarikan pengunjung dari dalam negara dan luar negara adalah Masjid Tengku Tengah Zahara. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung dibina di muara Sungai Ibai, terletak sekitar 4 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Masjid ini telah dibina bermula pada tahun 1991 dan siap pada tahun 1994 dengan kos pembinaan sebanyak RM6.997 juta. Dengan keluasan 1,372 meter persegi, masjid ini mampu menempatkan sehingga 1,000 jemaah di dewan solat lelaki dan bahagian wanita ditingkat atas.

Lokasi : Teluk Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

Rumah Warisan Haji Su

Sumber : Ruggedmom

Rumah Warisan Haji Su merupakan sebuah kawasan yang dahulu pemiliknya merupakan orang kaya di negeri Terengganu. Rumah Haji Su ini merupakan rumah paling besar dipenempatan ini dan melambangkan taraf kehidupan yang cukup mewah pada masa silam.

Pada tahun 2014, kerajaan Negeri Terengganu telah memulakan kerja-kerja baik pulih dikawasan yang meliputi 0.4 hektar ini. Rumah Warisan Haji Su ini terdiri daripada Rumah Limas Belanda dan juga Rumah Bujang Berpeleh Berkembar Tiga.

Lokasi : Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu

Pantai Batu Buruk

Lokasi berikutnya adalah di Pantai Baru Buruk. Lokasi ini merupakan salah satu lokasi yang dipenuhi dengan pengunjung kerana inilah tempat yang sangat sesuai untuk bersantai, berehat, makan-makan dan menikmati pemandangan indah Laut China Selatan.

Angin laut yang berangin kuat dan juga pemandangan Laut China Selatan bukan sahaja tarikan yang menarik di pantai ini. Anda juga boleh melihat pelbagai perahu-perahu nelayan di kawasan berdekatan pantai yang berlabuh. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti menarik disini seperti bermain layang-layang, menaiki ATV, menunggang kuda, berkelah dan sebagainya!

Lokasi : Pantai Batu Buruk, 20400, Terengganu

Pusat Sains Kreativiti Terengganu

Sumber : Beatiful Terengganu

Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini terletak di Pusat Dagangan Terengganu. Telah dilancarkan pada tahun 2005, pusat ini membawakan pengalaman menarik untuk anda serta keluarga mempelajari pelbagai perkara mengenai sains.

Terdapat empat buah galeri yang menempatkan pelbagai permaianan yang interaktif dan menarik untuk anda berseronok dengan sains. Tarikan utama disini adalah Planetarium dimana anda akan didedahkan tenang teknologi ilmu angkasa lepas yang cukup menarik!

Lokasi : Kampung Laut Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat | Sabtu – Rabu (9.00 Pagi – 5.00 Petang) | Khamis (9.00 Pagi – 4.00 Petang)
Laman Web : Pusat Sains Kreativiti Terengganu

Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Antara tarikan utama sekarang di bandar Kuala Terengganu adalah Jambatan Angkat Terengganu atau dikenali juga dengan nama Terengganu Drawbridge. Jambatan ini mula dibina pada tahun 2014 dan siap dibina pada tahun 2019. Menelan belanja RM248 juta, jambatan ini merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu.

Anda bolehlah berkunjung ke kawasan jambatan ini dengan mengambil gambar kerana sememangnya jambatan ini cukup cantik untuk diabadikan dalam gambar anda!

Lokasi : 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu ini merupakan sebuah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara. Kompleks muzium ini menempatkan empat blok utama, muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Terletak di Bukit Losong, Muzium utama menampilkan galeri yang membawa pameran tekstil, barangan tradisional, dan pelbagai lagi. Pembinaan muzium ini ideanya bermula seawal tahun 1920-an lagi, tetapi disebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai muzium, Batu Bersurat yang cukup bersejarah dibawa ke lokasi lain. Alhamdulillah, dengan terbinanya muzium ini, Batu Bersurat tersebut telah kembali ke negeri ini.

Lokasi : 20566 Bukit Losong, Terengganu
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 Pagi – 5.00 Petang) | Jumaat (Tutup) | Hari Kelepasan Am (9.00 Pagi – 5.00 Petang)
Laman Web : Muzium Negeri Terengganu

Pantai Tok Jembal

Lokasi terakhir dalam senarai ini adalah Pantai Tok Jembal. Pantai ini merupakan salah satu pantai yang tercantik dan menjadi tumpuan penduduk tempatan. Pantai yang indah ini menjadi pilihan penduduk dan pelancong untuk datang bersiar-siar, bredantai dan tidak lepaskan peluang untuk bermandi manda.

Pelbagai gerai menjual makanan turut terdapat disini dimana anda bolehlah membeli makanan dan bersiar-siar di sekitar kawasan pantai.

Lokasi : 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Dengan adanya senarai ini, terbukti Kuala Terengganu merupakan seuah bandar yang cukup kaya dengan tempat-tempat menarik. Bertepatan dengan slogan ” Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-baik”, Terengganu sememangnya sebuah negeri yang sungguh indah.

Jumpa lagi dalam artikel berikutnya tentang negeri Terengganu dan jangan lupa untuk kongsikan senarai ini dengan rakan anda!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments