Friday, February 26, 2021
Home Malaysia Lokasi Penginapan Terbaik di Pulau Pangkor

Lokasi Penginapan Terbaik di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau peranginan yang popular, terletak di negeri Perak Darul Ridzuan dan diperairan Selat Melaka. Dengan keluasan 2,200 hektar dan jumlah penduduk kira-kira 25,000 orang, pulau ini menjadi salah satu lokasi pilihan untuk percutian kerana terdapat banyak tempat menarik dan suasana yang cukup menenangkan.

Antara lokasi-lokasi menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara di pulau ini adalah seperti Kota Belanda, Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah dan pelbagai lagi.

Apabila menjadi tempat tumpuan ramai, pastinya banyak tempat penginapan yang tersedia untuk pengunjung datang dan bercuti disini. Oleh itu, kali ini kami menyenaraikan lokasi penginapan terbaik di Pulau Pangkor dengan kemudahan yang menarik!

Pangkor Laut Resort

Lokasi pertama penginapan terbaik di Pulau Pangkor adalah Pangkor Laut Resort. Sebuah resort yang cukup cantik, mewah dan menarik untuk anda bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan di pulau ini.

Pangkor Laut Resort ini antara lokasi penginapan yang popular di Pulau Pangkor, tersedia dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia seperti kolam renang, restoran , bar dan pelbagai lagi. Pemandangan taman yang indah dan juga pemandangan laut yang cukup cantik pastinya memberikan percutian anda lebih indah.

Setiap unit villa di Pangkor Laut Resort ini tersedia dengan balkoni, penyaman udara, TV dan pelbagai lagi. Anda boleh melakukan aktiviti seperti bermain squash, tennis dan juga ke gym kerana semua fasiliti ini tersedia di Pangkor Laut Resort.

Lokasi : 32200 Pangkor, Malaysia
Harga : Bermula RM1,090+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Pangkor Laut Resort

Casuarina Pangkor

Untuk anda yang mempunyai bajet rendah, anda bolehlah menginap di Casuarina Pangkor. Dengan harga semalaman yang sangat berpatutan, percutian anda di sini pastinya tidak kurang hebatnya juga.

Casuarina Pangkor ini terletak berdekatan dengan Pantai Teluk Dalam dan hanya 20 minit sahaja berjalan kaki ke Lin Je Kong Temple.

Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan yang cukup lengkap, termasuklah perkhidmatan Wifi Percuma, penyaman udara, TV dan sebagainya. Anda bolehlah melakukan aktiviti disekitar lokasi ini seperti bersiar-siar di Pangkor, memancing dan sebagainya.

Lokasi : Rumah Rehat Kerajaan Negeri Pulau Pangkor, Kampung Teluk Nipah, 32300 Pangkor, Malaysia
Harga : Bermula RM162+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Casuarina Pangkor

Kejora Garden Resort

Kejora Garden Resort menawarkan penginapan yang menarik, terletak berdekatan dengan kaasan pantai Pasir Bogak, 2 kilometer daripada Jeti Pagkor dan 10 minit sahaja dari Teluk Nipah.

Menyediakan dua jenis penginapan iaitu Superior Suite dan juga Family Suite, penginapan di Kejora Garden Resort pastinya menarik untuk anda tinggal bersama keluarga yang ramai.

Harga yang cukup berpatutan, Kejora Garden Resort turut menyediakan kolam renang, perkhidmatan Wifi Percuma dan juga restoran untuk para pengunjung.

Lokasi : Lot 15 Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Malaysia 
Harga : Bermula RM144+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Kejora Garden Resort

Anjungan Beach Resort

Lokasi berikutnya adalah di Anjungan Beach Resort. Anjungan Beach Resort terletak di lokasi strategik iaitu ditengah-tengah antara dua pantai yang popular di Pulau Pangkor iaitu Teluk Nipah dan juga Coral Beach!

Menggabungkan rekabentuk moden dan juga tropika, resort ini direka dengan cantik untuk memberikan pengunjung pengalaman percutian yang selesa, cantik dan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Masuk sahaja ke kawasan resort ini, anda akan melihat sebuah kolam renang yang berbentuk seperti bot, dan dikelilingi dengan unit penginapan yang cukup cantik, dihiasi lampu-lampu menarik pada waktu malam.

Setiap unit di resort ini dilengkapi dengan balkoni untuk pengunjung melihat pemandangan kolam dan juga taman. Anda bolehlah melakukan aktiviti menarik di resort ini seperti memancing, mencandat sotong, berkayak dan sebagainya!

Lokasi : 6610 Nipah Bay, 32300 Pangkor, Malaysia
Harga : Bermula RM205+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Anjungan Beach Resort

Joe Fisherman Inn

Hanya 10 minit sahaja dari Jeti Pangkor, Joe Fisherman In menawarkan percutian yang seronok, menenangkan dan juga pengalaman yang menarik! Menyediakan sebanyak 32 unit yang menarik, Joe Fisherman Inn pastinya satu lagi lokasi penginapan yang anda mesti cuba!

Setiap unit direka dengan citarasa unik, eksotik, dan juga keselesaan untuk pengunjung. Dengan harga yang begitu berpatutan, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini dengan fasiliti yang disediakan seperti kolam renang, ruangan rooftop untuk anda berehat atau melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan sebagainya.

Lokasi : Lot 4452, Pangkor Kampung Teluk Nipah, 32300 Pangkor, Malaysia 
Harga : Bermula RM165+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Joe Fisherman Inn

Utan Teluk Nipah

Tak tahu nak menginap dimana sekiranya bercuti di Pulau Pangkor? Anda bolehlah memilih Utan Teluk Nipah sebagai lokasi penginapan anda! Terletak kira-kira 700 meter daripada Coral Beach, Utan Teluk Nipah menyediakan penginapan yang unik dan cukup menarik untuk anda.

Pemandangan bukit bukau dan taman yang indah bakal tersedia untuk anda. Fasiliti yang menarik seperti kolam renang turut tersedia disini.

Setiap unit dilengkapi dengan penyaman udara dan kelengkapan lain. Selain itu, ada juga unit yang mempunyai balkoni untuk anda melihat pemandangan.

Anda bolehlah melakukan aktiviti seperti bersiar-siar di pantai, berkayak, memancing dan sebagainya lagi di pantai yang terdekat.

Lokasi : Lot 4481 kg teluk nipah, 32300 Pangkor, Malaysia 
Harga : Bermula RM155+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Utan Teluk Nipah

Nipah Bay Villa

Penginapan menarik berikutnya adalah di Nipah Bay Villa. Lokasi penginapan ini terletak hanya 3 minit sahaja berjalan kaki ke pantai. Nipah Bay Villa mempunyai pelbagai pilihan penginapan untuk anda mengikut bajet dan juga bilangan orang yang ingin menginap.

Setiap unit disediakan penyaman udara, TV, dan fasiliti lain yang lengkap untuk percutian anda. Dengan bilik yang cukup selesa, anda bolehlah melakukan pelbagai aktiviti sekitar pulau ini seperti bersiar-siar di pantai, banana boat, memancing, menyewa kereta dan motor serta pelbagai lagi!

Lokasi : Lot 4442 & 4434, Teluk Nipah, 32300 Pangkor, Malaysia 
Harga : Bermula RM95+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Nipah Bay Villa

Coral Bay Resort

Lokasi seterusnya dalam senarai kali ini adalah Coral Bay Resort. Coral Bay Resort menawarkan percutian yang menarik di pulau Pangkor ini dengan pelbagai kemudahan menarik ditawarkan yang bakal menjadikan percutian anda di Pangkor sebagai percutian yang akan diingati sepanjang masa.

Lengkap dengan fasiliti menarik seperti restoran, kolam renang dan kemudahan Wifi Percuma, anda pastinya ingin menjadikan Coral Bay Resort sebagai lokasi penginapan percutian anda sekeluarga.

Setiap unit dilengkapi dengan penyaman udara, set televisyen, peralatan membuat kopi dan pelbagai lagi. Ruang dalam bilik yang luas pastinya cukup selesa untuk anda sekeluarga.

Lokasi : Lot 34, Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Malaysia 
Harga : Bermula RM198+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Coral Bay Resort

Pangkor Holiday Resort

Pangkor Holiday Resort terletak kira-kira 200 meter daripada pantai Pasir Bogak. Apa yang menarik di Pangkor Holida Resort adalah pelbagai kemudahan yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan.

Resort ini didatangkan dengan kemudahan kolam renang, taman yang menarik, kemudahan tempat letak kereta percuma dan juga restoran! Kawasan ini juga sangat popular untuk anda berbasikal. Anda juga boleh bermain permainan billiard, ping pong dan pelbagai lagi yang disediakan di resort ini.

Terdapat pelbagai jenis penginapan untuk anda pilih sama ada untuk dua orang sehinggalah ke penginapan berkeluarga. Seperti biasa, setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, TV, cerek air dan semua kelengkapan lain. Memang salah satu lokasi yang cukup menarik untuk anda!

Lokasi : Lot 41, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Malaysia
Harga : Bermula RM187+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Pangkor Holiday Resort

Tatami D’Tepi Laut

Tatami D’Tepi Laut merupakan salah satu penginapan yang unik, terletak hanya 5 minit sahaja daripada Pantai pasir Bogak. Apa yang uniknya? Yang uniknya adalah setiap biliknya direka bentuk seperti bilik penginapan Jepun.

Dengan gaya jepun yang menarik ini, ruang di dalam bilik sememangnya besar dan sangat luas! Setiap bilik didatangkan lengkap dengan penyaman udara, TV dan pelbagai lagi yang melengkapkan pengalaman penginapan anda! Harga yang ditawarkan pula cukup murah dan berpatutan.

Lokasi : Persiaran Alam Impian 3 Vila Riadah, 32300 Pangkor, Malaysia
Harga : Bermula RM101+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Tatami D’ Tepi Laut


Nipah Guesthouse Pangkor

Penginapan terakhir dalam senarai kali ini adalah di Nipah Guesthouse Pangkor. Percutian anda di sini pastinya cukup menarik kerana rata-rata mereka yang pernah menginap disini memberikan komen yang baik terhadap penginapan mereka sebelum ini disini.

Lokasi Nipah Guesthouse Pangkor ini hanyalah 5 minit sahara dari Nipah Beach dan 10 minit berjalan kaki ke Corah Beach. Jika dilihat dariapda gambar, pastinya reka bentuk guesthouse ini cukup menarik bukan?

Penginapan disini sangat selesa dan menarik, lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang dan perkhidmatan Wifi Percuma. Untuk anda yang ingin melakukan aktiviti sukan air atau bersiar-siar dikawasan pulau, pihak guesthouse juga boleh menguruskannya untuk anda!

Lokasi : Lot 4506, Teluk Nipah, 32300 Pangkor, Malaysia 
Harga : Bermula RM162+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Nipah Guesthouse Pangkor

Setakat ini sahajalah senarai lokasi penginapan terbaik di Pulau Pangkor. Pulau Pangkor pastinya mempunyai pelbagai tarikan yang berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai sejak dahulu sehingga kini. Semoga dengan adanya senarai ini daapt membantu memudahkan anda untuk memilih penginapan yang terbaik di pulau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments