Monday, March 1, 2021
Home Malaysia 11 Tempat Menarik di Selangor Yang Anda Perlu Kunjungi!

11 Tempat Menarik di Selangor Yang Anda Perlu Kunjungi!

Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah semenanjung Malaysia dan berada di sebelah pantai barat. Negeri ini juga mengelilingi keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri Selangor merupakan negeri paling maju di Malaysia dengan keluasan 8,104 kilometer persegi dan menjadi kediaman bagi lebih 6 juta penduduk.

Negeri Selangor juga tidak kurang hebatnya dari segi pelancongan, memiliki banyak tempat menarik yang anda harus lawati. Oleh itu, senarai kali ini adalah mengenai 11 Tempat Menarik di Sekitar Negeri Selangor yang anda perlu kunjungi!

Batu Caves

Sumber : Lonely Planet | Inditales

Batu Caves merupakan sebuah lokasi yang sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Pastinya jika pelancong luar negara datang ke Malaysia, mereka tidak akan lepaskan peluang bergambar di sini.

Terletak di daerah Gombak, Batu Caves merupakan sebuah kuil yang popular, menjadi salah satu lokasi tumpuan penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia.

Untuk sampai ke gua yang terletak pada ketinggian hampir 100 meter ini, anda perlu menaiki 272 anak tangga. Selain itu, sebuah patung setinggi 47.2 meter juga turut dibina disini.

Lokasi : Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Bukit Broga

Sumber : Rojak Daily

Bukit Broga merupakan sebuah bukit yang menjadi tumpuan ramai sebagai tempat rekreasi dan tempat pendakian. Dengan ketinggian 400 meter dari paras laut, bukit untuk menjadi lokasi mereka yang gemar berfotografi ketika matahari terbit atau terbenam kerana panoramanya cukup indah.

Pendakian ke puncak bukit ini mengambil masa sekitar 30 ke 40 minit sahaja. Untuk melihat matahari terbit, anda bolehlah mula mendaki bukit ini pada jam sekitar 6.15 hingga 6.30 pagi untuk dapatkan pemandangan yang cantik!

Lokasi : Bukit Broga, Semenyih, Selangor

Sunway Lagoon

Sumber : KL Shopper | Sunway Lagoon

Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Taman tema ini begitu popular kerana pelbagai tarikan dan permainan air terdapat di dalamnya.

Tahukah anda taman tema ini dibuka pada tahun 1993? Selain itu, disekitar Sunway Lagoon terdapat pusat beli belah Sunway Pyramid dan juga Sunway Hotel. Menarik bukan? Selepas mandi-manda, anda bolehlah membeli belah pula di Sunway Pyramid.

Permainan air yang menarik di dalam Sunway Lagoon adalah seperti gelongsor air Vuvuzela yang merupakan terbesar di dunia. Selain taman tema ait, di dalamnya juga terdapat extreme park, scream park dan juga taman haiwan!

Lokasi : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Laman Web : Sunway Lagoon

Muzium Coklat

Muzium Coklat ini terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Muzium ini merupakan satu-satunya muzium coklat di Asia Tenggara yang menawarkan pengalaman interaktif, infotainment dan segalanya berkenaan coklat-coklat yang terdapat di dunia.

Muzium ini turut menawarkan pengalaman membuat coklat, pembelajaran interaktif berkenaan coklat, eksplorasi ke dunia coklat dan juga membeli belah pelbagai jenis coklat!

Lokasi : 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Laman Web : Muzium Coklat

Paragliding Bukit Jugra

Sumber : Explorasa.my | Paragliders.my

Paragliding di Bukit Jugra merupakan salah satu aktiviti yang kian popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Terletak di bandar Kuala Langat, Bukit Jugra menjanjikan pemandangan yang cukup indah apabila anda melakukan aktiviti paragliding di sini.

Aktiviti paragliding disini bergantung kepada angin dan waktu yang terbaik adlah pada bulan Mac sehingga September.

Lokasi : Jugra, 42700 Banting, Selangor
Laman Web : Paragliding Bukit Jugra

Muzium Sultan Alam Shah

Sumber : museumofmalaysia

Muzium Sultan Alam Shah atau dikenali dengan nama Muzium Shah Alam ini terletak di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam. Bangunan muzium ini terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Shah Alam, berdekatan dengan Tasik Shah Alam.

Muzium ini telah dibuka pada tahun 1989 dan menjadi lambang pembangunan kebudayaan negeri Selangor. Muzium ini terdiri daripada lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai islam serta Pameran Luar.

Lokasi : Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Laman Web : Muzium Sultan Alam Shah

Kompleks Taman Seni Islam Selangor

Sumber : Visit Selangor

Kompleks Taman Seni Islam Selangor ini dimiliki oleh Yayasan Restu dan ditubuhkan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesenian Islam.

Di kompleks ini bukan sahaj mempamerkan hasil kesenian Islam seperti tulisan Khat dan Jawi, tetapi juga turut menyediakan bengkel, kelas latihan dan pelbagai lagi berkenaan kesenian Islam.

Antara tarikan yang menarik disini adalah seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah dan juga Galeri As Sakinah.

Lokasi : 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Laman Web : Kompleks Taman Seni Islam Selangor

Pantai Morib

Sumber : TripAdvisor

Lokasi : Pantai Morib, Banting, Selangor

Siapa sangka negeri Selangor turut mempunyai pantai yang cantik dengan pemandangan yang cukup indah. Pantainya adalah di kawasan Banting, Selangor dikenali dengan nama Pantai Morib.

Pantai Morib merupakan tempat yang popular untuk warga negeri Selangor menikmati pemandangan laut dan bersiar-siar di kawasan pantai. Selain itu, pelbagai kemudahan dan fasiliti yang disediakan disini menarik lebih ramai pengunjung.

Di pantai ini anda boleh melakukan aktiviti seperti mandi manda di laut, berkelah, memancing, bermain layang-layang dan pelbagai lagi!

Kuala Selangor Fireflies

Sumber : Visit Selangor

Kuala Selangor terkenal dengan tarikan kelip-kelipnya. Pengunjung datang ke sini untuk melihat pemandangan yang indah cahaya kelip-kelip yang sememangnya pengalaman yang sukar dilupakan.

Lawatan Kelip-Kelip disini dijalankan dengan melalui sungai dan dibawa menaiki sampan atau bot yang mempunyai bunyi perlahan untuk mengurangkan gangguan kepada habitat kelip-kelip ini.

Ada tiga lokasi di Kuala Selangor yang anda boleh cuba untuk melihat kelip-kelip ini. Lokasinya adalah di Kampung Kuantan Firefly Park, Kampung Bukit Belimbing Firefly Park Resort dan Pasir Penambang.

Lokasi : Jalan Club, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Laman Web : Kuala Selangor Fireflies

i-city Shah Alam

i-city Shah Alam, merupakan sebuah lokasi menarik, merangkumi pusat beli belah, taman tema, hotel dan pusat teknologi.

Yang menjadi tumpuan pengunjung pastinya di taman cahaya digital yang tersedia dengan lampu berwarna warni. Di kawasan ini terdapat pelbagai permainan yang anda boleh cuba. Selain itu, disini juga terdapat Snowwalk iaitu taman salji dengan saiz sebesar 50,000 kaki persegi.

i-City Shah Alam kelak akan dihubungkan dengan laluan LRT sekaligus memberi akses yang lebih mudah untuk warga kota dan penduduk sekitar negeri Selangor untuk datang ke sini.

Lokasi : i-City, Shah Alam, Selangor
Laman Web : i-city Shah Alam

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Sumber : Malaysia Blogger

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan dan terletak di Shah Alam, Selangor. Masjid ini telah dirasmikan pada tahun 1988 oleh Sultan Selangor pada ketika itu.

Tahukah anda bahawa masjid ini merupakan masjid kedua yang terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun untuk disiapkan dan kos pembiaannya adalah RM160 juta.

Kubah yang terdapat pada masjid ini merupakan kubah yang terbesar di dunia. Masjid ini boleh memuatkan seramai 12,600 jemaah pada satu-satu masa dan lebih menarik rekabentuk masjid dan hasil kesenian di masjid ini mengambil ilham daripada Asia Barat, India serta ciri-ciri binaan Melayu.

Lokasi : Persiaran Masjid, Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Laman Web : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Sehingga ini sahaja senarai tempat menarik di Selangor. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di sekitar negeri Selangor yang anda boleh berkunjung.

Apa-apapun jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda ya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments