Saturday, March 6, 2021
Home Malaysia Apa Yang Menarik di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Negeri Perak?

Apa Yang Menarik di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Negeri Perak?

Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan menyimpan pelbagai sejarah bagi negeri ini. Lokasi bandar ini adalah kira-kira 48 kilometer utara ibu negeri Perak iaitu bandaraya Ipoh.

Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. 

Tahukah anda, pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk!

Okay tanpa melengahkan masa lagi, artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa lokasi yang menaik anda boleh kunjungi di bandar Kuala Kangsar, Bandar Diraja.

Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah merupakan sebuah masjid yang cukup cantik, terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Kubah emas dan menara yang cantik itu merupakan salah satu bukti keindahan kesenian Islam.

Masjid ini telah dibina pada tahun 1913 dan dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, Sultan Perak yang ke-29 pada tahun 1917. Masjid ini pada mulanya dikenali sebagai masjid negeri perak, tetapi selepas masjid negeri siap dibina di Ipoh, masjid ini diberi gelaran Masjid Diraja.

Lokasi : Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Istana Kenangan

Istana Kenangan atau juga dikenali dengan dua nama lain iaitu Istana Lembah dan juga Istana Tepas merupakan sebuah istana yang diperbuat daripada kayu dan tidak menggunakan sebarang paku-paku besi!

Istana ini dibina atas perintah D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Shah sebagai tempat bersemayan sementara menuggu IStana Idkandariah siap dibina. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, istana ini dijadikan sebagai Istana Tetamu untuk hari-hari perayaan Diraja seperti hari keputeraan, dan sebagainya.

Bangunan istana ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya.

Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

Lokasi : Istana Lama Bukit Chandan, Perak, 33000 Kuala Kangsar
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin (10.00 Pagi – 4.00 Petang)
Laman Web : Istana Kenangan Kuala Kangsar

Masjid Ihsaniah Iskandariah

Sumber : Lily Riani

Masjid Ihsaniah Iskandariah ini lokasinya adalah di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas. Masjid ini terletak kira-kira 4.8 kilometer daripada pusat bandar Kuala Kangsar dan hanya 2 kilometer sahaja daripada plaza Tol PLUS masuk ke Kuala Kangsar.

Masjid ini begitu unik kerana keseluruhan dindingnya diperbuat daripada buluh minyak yang dianyam dipanggil sebagai “dinding tepas/tepus”. Rekaan bentuk masjid ini juga junik kerana binaannya menyerupai sangar burung.

Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada 1936. Pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Papan plak perasmian yang diperolehi di masjid ini mencatatkan majlis perasmian telah berlangsung pada hari Jumaat 10 Zulhijjah pada tahun 1356H bersamaan 11 Februari 1938.

Ianya dibina setelah Baginda Sultan menunaikan nazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang anakanda baginda sembuh daripada gering. Hasrat Baginda Sultan timbul apabila melihat masyarakat tempatan yang menunaikan solat berjemaah di madrasah di kampung berkenaan setelah pulang dari berkelah di Lata Bubu.

Justeru itu, Baginda Sultan bernazar untuk memberi sumbangan wang sebanyak RM 8,000.00 bagi membina sebuah masjid baru di atas sebidang tanah wakaf pemberian Juragan Abdul Shukur bin Mohamad Ali.

Lokasi : Kampung Kuala Dal, 33700 Padang Rengas, Perak

Istana Iskandariah

Istana Iskandariah terletak di Bukit Chandan, berdekatan dengan Sungai Perak, Kuala Kangsar. Istana ini menjadi istana rasmi untuk raja-raja pemerintah yang ditabalkan sebagai Sultan perak sejak siap dibina pada tahun 1933.

Nama istana ini diambil bersempena dengan nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab untuk pembinaan istana ini. Bangunan istana ini berbentuk bujur segi empat, bahagian depannya menhala ke aras matahari naik dan juga pemandangan terus ke arah Sungai Perak. Selain itu, bangunan istana ini mempunyai sebuah kubah utama dan juga empat lagi kubah kecil berbentuk bawang!

Lokasi : Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

Galeri Sultan Azlan Shah

Sebelum menjadi sebuah galeri, Galeri Sultan Azlan Shah ini merupakan sebuah istana yang dikenali sebagai nama Istana Hulu atau Istana Kota. Bangunan istana ini merupakan istana konkrit pertama yang dibina di Perak dan siap dibina pada tahun 1903.

Istana ini merupakan kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916). Kemudian, diduduki oleh anakanda baginda, Almarhun Sultan Abdul Jalil pada tahun 1916.

Istana ini juga pernah menjadi sekolah sehinggalan pada tahun 2003, istana ini dirasmikan sebagai Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.

Lokasi : Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Laman Web : Galeri Sultan Azlan Shah

Pavilion Tower Kuala Kangsar

Lokasi : Jalan Tun Razak, Taman Mawar, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Pavilion Tower Kuala Kangsar ini terletak di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar berdekatan dengan padang Kolej Melayu Kuala Kangsar. Dibin pada tahun 1920, ketika pemerintahan Sultan Iskandar Shah (1918 -1938). Arkitek bagi pavilion ini adalah N.E Don B.C.D dan bangunan ini digunakan sebagai tempat berehat untuk Sultan Iskandar selepas perlawanan polo.

Sekarang, walaupun Pavilion Tower ini tidak digunakan seperti dulu, kini bangunan ini menarik ramai pelawat untuk datang sebagai salah satu lokasi perlu singgah di bandar Kuala Kangsar!

Sungai Perak

Sungai Perak merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Mengalir sepanjang 400 kilometer, sungai ini bermula dari Hulu Perak dan mengalir sehingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh sebelum terus ke Selat Melaka.

Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sedi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini.

Lokasi : Kuala Kangsar, Perak.

Air Terjun Hutan Lipur Ulu Kenas

Selain mempunyai tempat bersejarah, Kuala Kangsar turut mempunyai lokasi perkelahan yang menarik di Hutan Lipur Ulu Kenas. Kawasan ini dijaga oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini termasuklah perkelahan, mandi-manda, perkhemahan, mendaki dan juga jungle trecking!

Lokasi : Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak

Pusat Kraftangan Mariwasa

Sekiranya anda datang ke Kuala Kangsar, pastikan untuk anda membeli barangan kraftangan yang cantik untuk dibawa pulang di Pusat kraftangan Mariwasa.

Mariwasa Kraftangan yang pada awalnya diasaskan oleh Datuk Megat Abdul Wahab Megat Abu Bakar kini telah diwarisi oleh anak sulungnya Puteri Nor Hajar Megat Abdul Wahab. Hajar merupakan anak sulung daripada lapan orang adik beradik dan mengambil alih perniagaan ini untuk mengekalkan warisan pembuatan pingat Darjah Kebesaran Diraja.

Pada tahun 1992, syarikat tersebut telah berpindah dari Cheras, Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar kerana Datuk Megat Abdul Wahab berharap perniagaan yang melibatkan pembuatan pingat Darjah Kebesaran Diraja akan tampil unggul jika lokasinya berdekatan dengan bandar diraja dan kini ia telah menjadi realiti.

Kini setelah 25 tahun syarikat ini bertapak dan beroperasi sepenuhnya di Kuala Kangsar, Mariwasa telah berkembang sehingga mempunyai 150 pekerja tetap. Malah kesemua pekerja mereka adalah warga tempatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan umur.

Lokasi :  Lot 522, Kawasan Perusahaan, 33000, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

Jambatan Victoria

Jambatan Victoria ini terletak di Seberang Karai merentangi Sungai perak menghubungkan bandar Kuala Kangsar. Jambatan ini dibin pada tahun 1897 dan siap dirasmikan pada tahun 1900. Sehingga ke tahun 2020, jambatan ini telah berusia 120 tahun!

Jambatan ini pernah menjadi laluan pengangkutan utama untuk bijit timah antara negeri-negeri melayu di barat semenanjung. Ketika Perang Dunia kedua, jambatan ini pernah dibom dan terbelah dua.

Jambatan ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 2020 dan kini menjadi salah satu tarikan pelancong di bandar Kuala Kangsar kerana reka bentuk yang sangat klasik.

Lokasi : Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

Sebagai salah satu Bandar Diraja di Malaysia, Kuala Kangsar pastinya sebuah bandar yang kaya dengan sejarahnya. Sejarah bandar ini berkait rapat dengan kesultanan di negeri Perak Darul Ridzuan. Jangan lupa untuk singgah dan bergambar di tempat menarik ini sekiranya anda berkunjung ke bandar Kuala Kangsar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments