Monday, March 1, 2021
Home Malaysia Senarai Lokasi Eko Pelancongan di negeri Terengganu!

Senarai Lokasi Eko Pelancongan di negeri Terengganu!

Terengganu mempunyai pelbagai tempat yang penuh dengan keindahan alam semulajadi. Kini, ramai yang mula mencari tempat-tempat menarik yang penuh dengan aktiviti menarik seperti perkelahan di sungai, air terjun dan juga aktiviti di hutan lipur. Aktiviti yang juga dikenali sebagai eko pelancongan ini semakin mendapat tempat di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Oleh itu, artikel kali ini adalah mengenai lokasi-lokasi eko pelancongan menarik untuk anda lawati, lakukan pelbagai aktiviti menarik bersama rakan-rakan dan juga keluarga!

Air Terjun Menderu

Air Terjun Menderu terletak di daerah Kemaman, Terengganu.Jarak Air Terjun Menderu dari Bandar Chukai, Kemaman ialah kira-kira 53 km. Lokasi ini kebiasaannya dipenuhi dengan kunjungan mengunjung yang datang mandi manda dan juga berkelah di kawasan persekitaran sungai yang sungguh nyaman ini.

Di sini juga terdapat terdapat pelbagai kemudahan yang lain untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti berkelah, berkhemas, merentas hutan, melihat tumbuh-tubuhan dan hidupan liar!

Untuk anda yang ingin datang ke sini, anda boleh lah merancang perjalanan ke Hutan Simpan Rasau Kerteh di Kampung Chabang, kira-kira 10 km dari Bandar Kerteh, Kemaman.

Lokasi : Hutan Lipur Air Menderu, Kerteh, Terengganu

Rimba Bandar Bukit Bauk

Rimba Bandar Bukit Bauk merupakan satu lokasi menarik untuk anda yang suka lakukan aktiviti seperti merentas hutan atau bersenam di samping kepelbagaian Flora dan Fauna yang akan dapat lihat sepanjang melakukan aktiviti di sini.

Rimba Bandar Bukit Bauk ini lokasinya adalah di daerah Dungun, Kuala Terengganu. 6 km dari Bandar Dungun melalui Jalan Dungun – Kuantan dan 130 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Terengganu – Dungun. Rimba Bandar Bukit Bauk terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk.

Pelbagai kemudahan telah di sediakan dikawasan in seperti pusat penerangan, trek joging, tandas, surau dan dataran hijau. Anda bolehlah datang ke sini ya!

Lokasi : Hutan Simpan Bukit Bauk

Air Terjun Chemerong

Air Terjung Cemerong terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Cemerong iaitu merangkumi kawasan seluas 292 hektar. Air terjun ini menarik ramai pengunjung untuk datang melakukan pelbagai aktiviti menarik disini.

Oh ya, tahukah anda bahawa air terjun ini merupakan salah satu daripada air terjun tertinggi di negara kita?

Dengan ketinggian 305 meter, air terjun ini menawarkan pengalaman berkelah dan mandi manda yang menarik untuk dilakukan di samping air sungai yang cukup dingin dan jernih!

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah seperti berkelah, mandi-manda, berkhemah, melalui jalan denai hutan, bersiar-siar di kawasan hutan dan juga mendaki gunung!

Lokasi : Hutan Simpan Pasir Raja, 23000, Dungun, Terengganu

Lata Belatan

Lata Belatan terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu dan menjadi lokasi utama untuk masuk bagi pendaki yang ingin mendaki Gunung Tebu. Terletak di daerah Besut, kawasan Lata Belatan ini merangkumi kawasan seluas 20 hektar.

Antara aktiviti yang menarik kunjungan orang ramai adalah seperti berkelah, berkhemah dan juga merentas hutan. Kawasan Hutan lipur Lata Belatan terdiri dari hutan asli jenis hutan Pamah Diptercorp.

Ianya kaya dengan pokok-pokok jenis Diptercarp seperti Meranti dan Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercorp yang terdapat disini ialah Nyatoh, Kelat, Mersawa, Rengas, Kedondong dan lain-lain.

Untuk anda yang berminat untuk kunjungi Lata Belatan, anda bolehlah datang ke lokasi yang terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan bandar Jerteh atau 103 kilometer dari bandar Kuala Terengganu ini.

Lokasi : Hutan Lipur Hutan Belatan, Besut, 22200, Terengganu

Lata Tembakah

Lata Tembakah atau juga dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Tembakah ini terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Jerteh dan terletak di dalam daerah Besut.

Ramai orang datang mengunjungi lata ini untuk menyaksikan keindahan air sungai dan air terjun yang terdapat disini. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk menarik lebih ramai dalam usaha mempopularkan Lata Tembakah ini seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, lorong pejalan kaki dan sebagainya.

Lata Tembakah ini dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, bermalam dan lain-lain aktiviti di hutan lipur, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur Dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu!

Lokasi : Hutan Lipur Lata Tembakah, Jerteh, Terengganu

Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Sekayu terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Kuala Berang, 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan kawasan ini boleh dicapai melalui persimpangan Ajil Lebuh Raya Pantai Timur.

Hutan ini tereletak di dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu dan merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Pamah.

Ramai pengunjung datang ke sini untuk berkelah dan mandi manda di samping lari daripada kesibukan kota. Pelbagai jenis kemudahan tersedia yang memberikan keselesaan buat pengunjung. Antara kemudahan yang tersedia adalah seperti Pusat Maklumat, pondok rehat, chalet, tapak perkhemahan, tandas, surau, denai hutan dan taman herba.

Lokasi : Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu

Sekian sahaja untuk senarai lokasi eko pelancongan menarik di negeri Terengganu. Bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan di lokasi sebegini pastinya satu aktiviti yang menarik!

Rancanglah perkelahan atau aktiviti menarik di tempat-tempat yang tersenarai ini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments