Saturday, March 6, 2021
Home Airbnb Senarai Penginapan Airbnb Menarik & Best di Bandaraya Melaka!

Senarai Penginapan Airbnb Menarik & Best di Bandaraya Melaka!

Bandaraya Melaka bandaraya bersejarah merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia. Terletak kira-kria 2 jam sahaja dari ibu negara, Kuala Lumpur, bandaraya ini menawarkan pelbagai lokasi menarik dan bersejarah yang anda boleh kunjungi seperti A Famosa, Dataran Pahlawan dan pelbagai lagi.

Artikel kali ini bukanlah menceritakan tentang tempat-tempat menarik tetapi tentang lokasi penginapan airbnb yang menarik untuk anda menginap bersama rakan-rakan, keluarga dan sebagainya. Terdapat 10 airbnb yang tersenarai dalam senarai kali ini. Semoga anda dapat memilih airbnb yang bersesuaian dengan citarasa anda untuk percutian anda ke bandaraya Melaka.

MWHolidayA2837 SeaView Private Pool Suites

Airbnb pertama ini menawarkan penginapan yang cukup selesa, kemudahan yang cukup lengkap dan anda pastinya akan merasai pengalaman yang seronok. Melihat pemandangan indah bandaraya Melaka dan juga Selat Melaka sememangnya satu pengalaman yang sangat indah.

Dengan dekorasi dalaman yang cukup cantik, ruangan di dalam unit juga sangat lengkap dan cukup selesa untuk percutian anda sama ada berehat bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan.

Penginapan di airbnb ini boleh memuatkan seramai 4 orang. Pelbagai kemudahan tersedia seperti kawasan ruang tamu, dapur yang berfungsi dan pelbagai lagi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kemudahan yang tersedia di kondominium ini seperti kolam renang infiniti, private pool dan balkoni untuk melihat pemandangan sambil berehat bersama keluarga atau rakan-rakan.


Harga : Bermula dari RM180+ Semalaman
Laman Web : MWHolidayA2837 SeaView Private Pool Suites

Thermospace Silverscape A-19-01 Melaka City

Airbnb seterusnya ini terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Pelbagai tempat tumpuan pengunjung yang popular terletak berdekatan sahaja dengan unit airbnb ini. Unit airbnb ini cukup selesa, reka bentuk yang menarik yang sesuai untuk anda jadikan sebagai salah satu lokasi penginapan anda dalam percutian ke bandaraya Melaka.

Airbnb seterusnya ini terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Pelbagai tempat tumpuan pengunjung yang popular terletak berdekatan sahaja dengan unit airbnb ini. Unit airbnb ini cukup selesa, reka bentuk yang menarik yang sesuai untuk anda jadikan sebagai salah satu lokasi penginapan anda dalam percutian ke bandaraya Melaka.

Unit airbnb ini tersedia dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air di mana ia boleh memuatkan seramai 4 orang. Seperti biasa, antara kemudahan yang tersedia di dalam unit adalah termasuk kemudahan Wifi Percuma, TV, penyaman udara dan pelbagai lagi. Anda tidaklah perlu risau dengan kemudahan ini kerana semuanya cukup lengkap.

Anda boleh juga menyaksikan pemandangan indah bandaraya Melaka melalui tingkap yang terdapat di unit airbnb ini. Dengan reka bentuk dan dekorasi yang cukup indah, pastinya penginapan anda di unit airbnb akan menjadi pengalaman yang cukup indah!


Harga : Bermula dari RM149+ Semalaman
Laman Web : Thermospace Silverscape A-19-01 Melaka City

Nice Home, Atlantis Melaka by DeArise

Lokasi airbnb berikutnya menawarkan penginapan yang cukup selesa dan boleh memuatkan sehingga 5 orang. Anda bolehlah memilih airbnb ini sebagai lokasi penginapan sama ada untuk percutian bersama keluarga, reunion bersama rakan-rakan mahupun lokasi penginapan atas urusan kerja.

Unit airbnb ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti untuk anda gunakan sepanjang penginapan anda di sini.

Dengan harga yang cukup berpatutan, airbnb ini sememangnya sangat sesuai untuk penginapan anda kerana anda juga boleh menggunakan fasiliti di kondominium ini seperti kolam renang, taman permainan, gymnasium, sauna dan juga jakuzi!

Apa yang ada di unit airbnb ini? Okay, di unit airbnb ini tersedia sebuah bilik tidur yang lengkap dengan dua buah katil besar, ruang tamu yang cukup selesa dengan perabot dan juga dapur yang berfungsi untuk anda memasak.

Harga : Bermula dari RM99+ Semalaman
Laman Web : Nice Home, Atlantis Melaka by DeArise

Tropical Seaview Home

Unit berikutnya tersedia dengan kolam renang yang cukup cantik untuk anda berehat dan menikmati pemandangan indah serta merehatkan minda. Tropical Seaview Home menawarkan unti airbnb yang menarik, selesa dan lengkap sebagai salah satu tempat untuk anda menginap ketika percutian anda di Melaka.

Antara kemudahan dan fasiliti yang tersedia di sini termasuklah kolam renang biasa, kolam renang infiniti, sauna, gymnasium, sky bar dan sky deck pada tingkat 44 dan pelbagai lagi. Pastinya jika anda memilih airbnb ini sebagai lokasi penginapan anda, jangan lupa untuk menggunakan semua kemudahan yang tersedia!

Unit airbnb ini boleh memuatkan seramai 6 orang, jadi ia sangat sesuai untuk anda yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, atau reunion bersama rakan-rakan dalam jumlah yang lebih ramai.

Airbnb ini cukup selesa untuk anda menginap kerana selain fasiliti di dalam unit yang cukup lengkap, anda juga dapat melihat pemandangan indah laut Selat Melaka dan juga bandaraya Melaka.

Harga : Bermula dari RM125+ Semalaman
Laman Web : Tropical Seaview Home

SILVERSCAPE LUXURY SEAVIEW room (Free wifi)

Airbnb seterusnya terletak di Silverscape Residences dan pelbagai lokasi menarik sekitar bandaraya Melaka terletak dalam lingkungan 10 minit sahaja. Sememangnya airbnb ini sesuai untuk anda menginap dan kemudiannya berjalan-jalan disekitar bandaraya Melaka.

Kondominium yang sangat selesa ini boleh memuatkan seramai 6 orang, lengkap dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air, rungan dapur dan teres untuk anda melihat pemandangan indah. Selain itu, anda juga boleh ke kolam renang infiniti yang terletak di tingkat 13 untuk berehat dan menyaksikan pemandangan laut yang indah.

Harga : Bermula dari RM139+ Semalaman
Laman Web : SILVERSCAPE LUXURY SEAVIEW room (Free wifi)

Backyard Rio Melaka (Loft)

Unit airbnb berikutnya cukup istimewa dengan dekorasi dalaman yang sangat cantik dan warna yang begitu menarik. Backyard Rio Melaka terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka dan lokasi bersebelahan dengan Sungai Melaka yang mengalir indah.

Penginapan yang selesa dan juga unit airbnb yang menarik ini tersedia dengan kemudahan seperti Wifi Percuma, TV dan pelbagai lagi.

Anda bolehlah memilih penginapan di airbnb ini sebagai lokasi penginapan anda untuk percutian di Melaka kerana ia cukup selesa, menarik dan lokasi yang cukup strategik.

Harga : Bermula dari RM205+ Semalaman
Laman Web : Backyard Rio Melaka (Loft)

A33-07 Vesta Home @ Silverscape Residence

Unit airbnb berikutnya menawarkan penginapan yang sesuai untuk anda merehatkan diri, dan juga bersantai bersama keluarga. Salah satu lokasi strategik dan menarik di bandaraya Melaka, unit airbnb ini menawarkan ruang tamu yang selesa, bilik yang lengkap dan pelbagai lagi.

Anda juga boleh menggunakan kemudahan seperti kolam renang dan pelbagai lagi disini. Dengan harga yang cukup rendah, dan fasiliti yang hebat, anda pastinya tidak akan menyesal apabila memilih airbnb ini sebagai lokasi penginapan anda.

Harga : Bermula dari RM92+ Semalaman
Laman Web : A33-07 Vesta Home @ Silverscape Residence

Backyard Rio Melaka

Lokasi airbnb berikutnya adalah Backyard Rio Melaka, berbeza dengan Backyard Rio Melaka (Loft) di atas, unit airbnb ini menawarkan penginapan dengan reka bentuk yang menarik, dekorasi dalaman yang cukup eksklusif dengan harga yang berpatutan.

Unit airbnb ini boleh memuatkan seramai 6 orang, sangat sesuai untuk penginapan keluarga atau reunion bersama rakan-rakan. Selain itu, lokasi yang cukup strategik juga menjadikan airbnb ini lebih istimewa dan sesuai untuk anda yang ingin bersiar-siar sekitar bandaraya Melaka.

Harga : Bermula dari RM170+ Semalaman
Laman Web : Backyard Rio Melaka

Leju 21 – Explore Malacca from a Riverside house

Lokasi airbnb berikutnya adalah di Leju 21. Penginapan ini merupakan sebuah lokasi menarik kerana faktor sejarah bangunan itu sendiri. Sebelum menjadi airbnb, rumah tersebut merupakan sebuah klinik pergigian da terletak di dalam tapak UNESCO berhadapan dengan Sungai Melaka.

Lebih menarik, unit airbnb ini tersedia tiga tingkat dimana tingkat bawah menempatkan kawasan ruang tamu, kawasan pantri, tingkat pertama menempatkan dua katil siggle dan tingkat mengadap ke arah sungai dan juga balkoni, dan tingkat paling atas terdaapt sebuah katil bersaiz queen.

Pelbagai kemudahan yang tersedia termasuklah kemudahan Wifi Percuma, peti ais, penyaman udara, dan pelbagai lagi yang menjadikan penginapan anda disini lebih selesa dan menarik!

Harga : Bermula dari RM179+ Semalaman
Laman Web : Leju 21 – Explore Malacca from a Riverside house

The Java Lane Melaka

Lokasi airbnb terakhir dalam senarai ini adalah The Java Lane Melaka. Lokasi yang cukup strategik dimana sekiranya anda menginap di sini anda dapat ke tempat-tempat menarik sekitar bandaraya Melaka dengan hanya berjalan kaki sahaja.

Dekorasi dalaman unit yang cukup cantik, modern dan elegan ini pastinya satu akan memberikan pengalaman yang cukup selesa untuk anda menginap bersama keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.

Kemudahan dan fasiliti yang lengkap juga tersedia disini seperti kemudahan Wifi Percuma, TV, penyaman udara, peti ais, ketuhar dan pelbagai lagi.

Pilihan yang tepat sekiranya anda memilih lokasi airbnb ini sebagai lokasi penginapan anda ketika percutian kerana semuanya cukup lengkap!

Harga : Bermula dari RM246+ Semalaman
Laman Web : The Java Lane Melaka

Sekian sahaja untuk senarai airbnb yang menarik di sekitar bandaraya Melaka. Apabila ingin melancong ke bandaraya Melaka, satu hari sahaja tidak cukup untuk melawat tempat-tempat menarik, dan anda perlulah menginap dan bermalam dibandar ini untuk melihat suasana di waktu malam pula.

Pelbagai jenis penginapan tersedia di bandaraya ini dan anda hanya perlu membuat pilihan yang tepat dalam memilih penginapan sama ada kemudahan dan fasiliti tersedia sepadan dengan harga atau tidak.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments