Thursday, February 25, 2021
Home Malaysia Meneroka Tempat-Tempat Menarik di Bandar Lumut, Perak

Meneroka Tempat-Tempat Menarik di Bandar Lumut, Perak

Lumut merupakan sebuah bandar tepi laut yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar ini menghadap ke arah Selat Dinding dan Selat Melaka. Selain itu, bandar ini juga bertentangan dengan pulau peranginan popular, Pulau Pangkor.

Bandar ini terletak kira-kira 84 kilometer ke arah selatan bandaraya Ipoh. Sedikit sejarah tentang bandar ini, Lumutdahulunya dikenali sebagai “Tanah Merah” telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke-17.

Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makam baginda tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan, yakni Bukit Engku Busu yang terletaknya di belakang bandar Lumut.

Okay, tanpa melengahkan masa, kali ini kita akan meneroka bandar Lumut dan melihat tempat-tempat menarik di sekitarnya.

Meneroka Tempat-Tempat Menarik di Bandar Lumut, Perak

Pulau Marina

Marina Island atau pulau Marina ini merupakan sebuah pulau buatan manusia pertama di Malaysia dan dibina di lokasi yang strategik iaitu bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort.

Pulau ini amat luas dan mampu untuk menampung pelbagai bangunan diatasnya secara keseluruhan dengan keluasan sebesar 316.9 ekar. Jambatan sepanjang 400 meter adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan Marina Island dengan tanah besar di Teluk Muruh.

Selain itu, di pulau ini juga terdapat jeti yang membawa orang ramai ke Pulau Pangkor selain jeti yang sedia ada di Lumut.

Rockbund Fishing Chalet

Terletak di dalam kawasan Marina Island, Rockbund Fishing Chalet adalah tempat yang sangat menarik untuk rakan-rakan dan keluarga berkumpul untuk menikmati pemandangan laut!

Ia juga syurga untuk memancing! Suka alam semula jadi terutama laut? Ini akan menjadi destinasi yang anda tidak mahu ketinggalan!

Terdiri dari 21 kabin dua tempat tidur, Rockbund Fishing Chalet mampu membawakan anda pemandangan laut yang memukau serta pemandangan matahari terbenam dan matahari terbit hanya dari luar pintu anda.

Rockbund Fishing Chalet ini lebih daripada chalet memancing biasa. Setiap kabin dilengkapi dengan indah dan dibina hanya beberapa meter dari laut mengikuti garis pantai, dengan geladak memancing di atas laut.

Sama ada anda tinggal di chalet ini atau tidak, Rockbund Fishing Chalet juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis-majlis seperti ulang tahun, makan malam tahunan, dan majlis khas. Setiap aspek akan dijaga dengan baik, sama ada pencahayaan, hiasan atau muzik tanpa mengira sama ada acara sederhana atau mewah.

Lokasi : Marina Island, KM1, Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak
Facebook :
Rockbund Fishing Chalet

Teluk Batik

Teluk Batik merupakan salah satu lokasi yang anda boleh kunjungi apabila datang ke Lumut. Ia terletak 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut , Perak.

Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Jika tidak menyeberang ke Pulau Pangkor , para pelawat ini akan berkelah di pantai Teluk Batik.

Kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk bermandi manda di laut. Ramai juga yang datang untuk bersantai sambil melihat pemandangan laut yang indah sambil dibuai angin laut.

Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti suakan disini seperti menaiki banana boat, big mable dan sebagainya. Untuk mereka yang suka memancing, ini juga adalah lokasi yang menjadi tumpuan kaki pancing.

Lokasi : Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak.

Lumut Waterfront

Taman Awam Lumut Waterfront meliputi kawasan seluas 7.4 ekar dan terletak berhadapan dengan Selat Dinding. Taman ini telah dirasmikan pada 29 November 2004 bersamaan 16 Syawal 1425 H oleh D.Y.T.M Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Kawasan taman ini mempunyai panorama yang sungguh menarik kerana kedudukannya yang menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.

Rekabentuk taman ini mempunyai kesinambungan dengan laut yang akan menjadi tarikan utama kepada para pengunjung dan mengintegrasikan pembangunan di kawasan persekitaran dengan faktor semulajadinya.

Taman awam ini juga menerapkan unsur-unsur ilmiah di mana mendidik pengunjung untuk mengenali dan menghargai keindahan alam dan sekitarnya. Konsep landskapnya menggambarkan taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah.

Taman ini juga dilengkapi dengan 2 buah kiosk dan 5 buah gerai yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 12 malam.

Lokasi : 32200 Lumut, Perak

Bazar Lumut

Bazaar Lumut merupakan satu lokasi yang perlu anda singgah seterusnya di Lumut ini. Disini terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual dariapda hasil kraftangan, cendereahati, makanan, pakaian dan pelbagai lagi dijual dengan harga yang berpatutan.

Anda boleh mendapatkan barang-barang di sini sebagai cenderahati dan buah tangan untuk keluarga, orang tersayang atau rakan sepejabat anda. Percayalah, akan ada juga barang yang menambat hati anda untuk dapatkan di sini.

Lokasi : Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari | 9.00 Pagi – 6.00 Petang

Frenzy Waterpark

Satu lagi tarikan menarik di Lumut ini adalah terletaknya sebuah taman tema air yang dikenali juga sebagai Frenzy Water Park. Taman tema air ini terletak di Marina Island dan membawakan pengalaman menarik untuk anda!

Sekiranya anda pernah melihat rancangan Wipe out di saluran AXN, pasti anda akan teruja kerana taman tema air ini berkonsepkan sebegitu iaitu halangan di atas air.

Harga Tiket : Dewasa RM20 | Kanak kanak RM15

Lokasi : KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200, Lumut, Perak.

Teluk Senangin

Teluk Senangin merupakan satu lagi lokasi peranginan yang agak popular selain Teluk Batik dan Pulau Pangkor. Kawasan pantai yang cantik dan bersih ini menjadi tarikan pengunjung untuk berkelah dan bersantai.

Selain pantai yang indah, terdapat pelbagai lagi kemudahan yang tersedia untuk para pengunjung seperti tempat penginapan untuk mereka yang berhajat untuk menginap, aktiviti seperti sukan pantai, memancing dan sebagainya, gerai makanan dan juga pondok perkelahan untuk anda bersantai bersama keluarga.

Taman Paya Bakau Lumut

Lokasi seterusnya yang anda boleh kunjungi bersama keluarga, rakan-rakan atau rombongan adalah di Taman Paya Bakau Lumut.

Taman Paya Bakau ini terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Sedikit info tentang taman ini, ia mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995.

Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk pengunjung beristirehat atau memancing.

Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan. 

Lokasi : Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Jeti Lumut

Sumber : Pangkor Island Malaysia

Lokasi terakhir dalam senarai ini adalah Jeti Lumut. Jeti ini merupakan salah satu laluan utama untuk mereka yang ingin ke Pulau Pangkor.

Terminal Jeti Lumut meliputi kawasan seluas 3.8 ekar yang merangkumi plaza jeti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, gerai kraftangan dan hasil laut, kaunter tiket, tandas awam dan pejabat operasi.

Selain itu, ia dilengkapi dengan Plaza Promenade yang mengandungi 2 unit restoran makanan segera, 10 unit gerai hasil laut dan 3 unit kiosk yang dikenali sebagai Medan Dato’ Ishak. Dataran terminal ini mempunyai ruang landskap yang berkonsepkan maritim dan amat sesuai bagi aktiviti santai.

Lokasi : 32200 Lumut, Perak
Waktu Operasi : 9:00am – 11:00pm

Bagaimana? Pasti anda tertarik untuk datang ke sini bukan? Banyak juga kan tempat-tempat menarik di bandar Lumut. Mungkin untuk anda yang ingin ke Pulau Pangkor bolehlah singgah sebentar di bandar Lumut!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments