Monday, March 1, 2021
Home Uncategorized 10 Sebab Anda Perlu Ke Bandar Kota Bharu

10 Sebab Anda Perlu Ke Bandar Kota Bharu

Kota Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Kelantan Darul Naim. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan.

Pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran “Kota Bharu Bandar Raya Islam”.

Okay, jadi kali ini kita akan melihat sebab-sebab anda perlu ke bandar Kota Bharu. Pastinya bila anda selesai baca sebab-sebab ini, anda mesti nak datang ke bandar ini!

10 Sebab Anda Perlu Ke Bandar Kota Bharu, Kelantan

PASAR SITI KHADIJAH

Pasar Siti Khadijah (Pasar Besar Siti Khadijah) adalah salah satu pasar basah yang terkenal di negeri Kelantan. Nama sebenar pasar ini adalah Pasar Besar Buluh Kubu dan ditukar kepada nama sekarang sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa memandangkan majoriti peniaganya adalah wanita.

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.

Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling “tersohor” bagi rakyat negeri Kelantan.

Kuih tradisional Kelantan seperti kuih “tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.

Lokasi : 15000, Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu

MUZIUM KRAFTANGAN & KAMPUNG KRAFTANGAN

Sebab seterusnya anda perlu ke bandar Kota Bharu adalah Muzium Kraftangan ini. Muzium Kraftangan terletak dalam Kompleks Kampung Kraftangan.

Info tentang muzium ini, bangunan muzium ini siap dibina pada 9 Mac 1991 dan bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan.

Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Muzium ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, dalam kawasan Zon Budaya, bangunan ini juga letaknya berhampiran dengan ‘Pasar Buluh Kubu ” yang terkenal itu.

Bagaimana nak ke muzium ini? Perjalanan dari Muzium Kraftangan ke pusat bandar Kota, Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer. Ia terletak di sebelah Jalan Hilir Kota bersebelahan dengan Istana Balai Besar.

Antara koleksi-koleksi yang terdapat di sini ialah anyaman beraneka jenis, berbagai corak batik juga dengan sulaman dan tenunan songket.Bangunan ini menonjol keistimewaannya dari segi rekabentuk tradisi dengan menggunakan ukiran-ukiran bunga tempatan.

Bahan-bahan mentah pula boleh dikatakan keseluruhannya dari Negeri Kelantan sendiri seperti buluh, kayu, atap dan lain-lain lagi. Di sini juga terkumpulnya hasil seni buatan tangan masyarakat Melayu Kelantan sama ada untuk jualan mahupun pameran.

Matlamat penubuhan Muzium Kraftangan ini ialah memperkenalkan sejarah dan seni kraftangan di Negeri Kelantan melalui pameran. Adalah diharapkan juga akan menjadi pusat kajian dan penyelidikan mengenai kraftangan, kesenian dan warisan budaya Kelantan.

Lokasi : Jalan Merbau, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat (8.30 pagi – 4.45 petang)
Harga Tiket : Mykad : RM2 untuk Dewasa & RM1 untuk kanak-kanak | Tanpa Mykad : RM4 untuk dewasa & RM2 untuk kanak-kanak

MUZIUM ADAT ISTIADAT

Lokasi berikutnya adalah Muzium Adat Istiadat. Negeri Kelantan memang terkenal dengan adat dan istiadatnya. Muzium ini dikenali dengan nama Istana Jahar kerana rekabentuk senibina tradisional melayu Kelantan.

Muzium ini pada asalnya merupakan Istana Raja Bendahara Long Kundur Bin Sultan Ahmad, ia dibina pada tahun 1887. Istana ini juga pernah menjadi tempat persemayaman beberapa sultan yang memerintah termasuk Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV (1920 – 1944).

Muzium Adat Istiadat ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 27 Julai 1992. Bangunan ini merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada tahun 2005 di bawah Akta 645.

Pelbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman dipamerkan disini. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal.

Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain.

Muzium Adat Istiadat ini ditubuhkan untuk memelihara dan mengekalkan bangunan lama yang bersejarah iaitu Istana Jahar dan dalam masa sama menampilkan pengetahuan mengenai adat istiadat Diraja di zaman dahulu.

Lokasi : Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat (8.30 Pagi – 4.45 Petang)
Harga Tiket : Mykad : Mykad : RM2 untuk Dewasa & RM1 untuk kanak-kanak | Tanpa Mykad : RM4 untuk dewasa & RM2 untuk kanak-kanak

Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu

Kalau bercakap pasal pasar terapung, mesti yang akan menyebut nama negara jiran kerana disana terdapat pasar terapung yang popular. Okay, sekarang ini anda tidak perluke negara jiran untuk merasai pengalaman di pasar terapung kerana di Kelantan sendiri sudah mempunyai pasar terapungnya sendiri.

Pasar Terapung Pengkalan Datu terletak hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan 10 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Pasar ini mula dibuka kepada orang ramai pada September 2017 itu turut memiliki tarikan tersendiri.

Selain terletak lebih dekat dengan bandar Kota Bharu, pasar terapung itu turut dikenali sebagai ‘Pasar Tani Pelancongan’. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja untuk menikmati pelbagai juadah dan barangan tradisional tempatan malah tangkapan hidupan laut segar daripada nelayan setempat.

Apa yang menariknya, sambil membeli-belah dan menikmati juadah, pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh pihak penganjur.

Jadi, jika ingin merasai pengalaman di pasar terapung, anda tidak perlu bersusah payah melancong ke luar negara kerana semua keunikan itu ada di negara sendiri.

Lokasi : Pasar Terapung, Sungai Pengkalan Datu, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari Sabtu (8.00 pagi – 2.00 petang)

GELANGGANG SENI

Sebab seterusnya anda perlu ke bandar Kota Bharu adalah kerana wujudnya Gelanggang Seni. Apa itu Gelanggang Seni? Apa pula fungsinya?

Gelanggang Seni dikenali sebagai pusat kebudayaan yang dipenuhi oleh persembahan warisan kebudayaan negeri Kelantan. Persembahan tersebut diwarnai oleh pelbagai persembahan tradisional seperti wayang kulit, seni silat tari, permainan gasing, demo buat wau dan persembahan muzik.

Kerajaan negeri Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.

Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing.

Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir barat, Rebana Ubi, permainan gasing, dan wau bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.

Lokasi : Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Isnin – Rabu ( 3.30 Petang – 5.30 petang) | Sabtu (3.30 petang – 5.30 Petang & 9.00 malam – 11.00 malam)
Harga Tiket : PERCUMA

PASAR WAKAF CHE YEH

Pasar Wakaf Che Yeh merupakan salah satu lokasi menarik dan menjadi tempat tumpuan orang ramai di bandar Kota Bharu. Pasar ini terletak kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu, Kelantan.

Pasar Wakaf Che Yeh ini telah beroperasi sejak tahun 1998 lagi dan terkenal dengan pasar harian dan pasar minggu. Pelbagai jenis barangan dijual disini yang anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan.

Lokasi : Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari (6.00 Petang – 3.00 Pagi)

MUZIUM ISLAM

Sebab seterusnya adalah Muzium Islam. Muzium ini terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Muzium Perang (Bank Kerapu).

Bangunan Muzium Islam ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan Bin Mohd Salleh (Dato Menteri 1895-1990). Dibina pada tahun 1902 berasaskan gaya dan ciri-ciri model rumah melayu Kelantan sekitar hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada tahun 1917, bangunan ini telah dijadikan sebagai pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sehingga tahun 1990.

Kini bangunan ini telah dijadikan galeri Muzium Islam di mana telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 11 November 1991.

Muzium ini berfungsi sebagai institusi bagi mengumpul, menyelidik, memelihara dan mempamerkan warisan sejarah sosial budaya masyarakat Islam. Antara koleksi-koleksi pameran di sini ialah artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan-Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-Negara Islam. Pada masa ini Replika Mumia Firaun dan Kerandanya ada dipamerkan di tingkat atas Muzium Islam.

Galeri pameran di muzium ini menampilkan koleksi muzium dalam bentuk artifak, model, replika dan peta mengenai sejarah dan perkembangan Islam di Negeri Kelantan. Sehingga kini 350 koleksi telah dipamerkan.

Lokasi : Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali hari Jumaat (8.30 pagi – 4.45 petang)
Harga Tiket : Mykad : Mykad : RM2 untuk Dewasa & RM1 untuk kanak-kanak | Tanpa Mykad : RM4 untuk dewasa & RM2 untuk kanak-kanak

ISTANA BALAI BESAR

Istana Balai Besar adalah istana yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Sultan Muhammad II telah memindahkan pusat pentadbiran Kelantan dari Kota Saba ke Kota Bharu sekarang ini pada tahun 1844. Semasa pemindahan pusat pentadbiran ini, Baginda telah mengarahkan pembinaan sebuah Istana untuk baginda bersemayam.

Istana Balai Besar ini telah menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan iaitu bermula dari Sultan Muhammad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1889-1890), Sultan Mansur (1890 – 1899) dan Sultan Muhammad IV (1899-1920).

Istana Balai Besar adalah Istana Keramat buat keturunan Kesultanan Kelantan dan disinilah tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari tahun 1845 sehingga sekarang. Upacara rasmi yang pertama diadakan sempena menyambut “Surat Sejabat” atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhammad II.

Walaupun Istana Balai Besar tidak lagi menjadi kediaman Sultan-sultan Kelantan selepas Sultan Muhamad IV, tetapi istana ini tetap dijadikan istana rasmi bagi segala upacara dan adat istiadat diraja sehingga ke hari ini.

Lokasi : Jalan Tengku Seri Akar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

MENARA REHAL

Pintu gerbang Menara Rehal ini merupakan warisan ketara negeri Kelantan dan merupakan mercu tanda Bandar Khota Bharu yang dikenali sebagai Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra.

Pintu Gerbang ini sangat unik dan menarik dan ia juga terdapat ciri-ciri islamik dari segi senibinanya yang menjadi simbolik negeri Kelantan itu sendiri. Pintu gerbang ini juga berfungsi sebagai pintu keselamatan untuk sesebuah istana yang kekuatannya dapat dilihat dari segi pembinaan dan keindahan aspek motif dan ukiran.

Antara motIf-motif ukiran yang kita dapat lihat pada pintu gerbang ini ialah motif berasaskan flora. Selain itu terdapat juga kaligrafi tulisan jawi pada pintu gerbang ini dan juga pada al-quran beserta rehal yang terdapat pada pintu gerbang tersebut.Keseluruhan pintu gerbang ini dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya.

Lokasi : Dataran Rehal Al-Quran, Kota Bharu, Kelantan.

PANTAI CAHAYA BULAN

Sumber : Pantai Cahaya Bulan

Sebab terakhir anda perlu datang ke Kota Bharu adalah Pantai Cahaya Bulan. Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.

Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini.

Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.

Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan tradisional india. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.

Lokasi : Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan

Jadi macam mana dengan sebab-sebab yang tersenarai ini? Mesti anda dah tak sabar nak melawat bandar Kota Bharu kan? Jangan lepaskan peluang untuk pergi ke semua lokasi-lokasi ini dan rasai sendiri pengalaman berada di Kota Bharu!

Terima kerana membaca artikel ini, dan jangn lupa untuk baca artikel lain juga ya! Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments