Sunday, March 7, 2021
Home Malaysia Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Taman Negara!

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Taman Negara!

Malaysia merupakan salah sebuah 17 negara mega-diversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi sama ada di darat atau di laut. Kepelbagaian flora dan fauna di Malaysia dianggarkan terdapat 12,500 spesies tumbuhan, 306 spesies mamalia, 742 spesies burung dan 547 spesies reptilia termasuk sebilangan besar yang bersifat endemik (ia hanya dijumpai di kawasan itu di dunia ini dan tiada di tempat lain.)

Taman negara ialah tanah rizab milik negara yang dijadikan sebagai kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah. Melalui undang-undang, kawasan ini dilindungi daripada pembangunan.

Malaysia mempunyai banyak taman negara yang diwartakan disetiap negeri. Tapi tahukah anda, taman negara manakah yang menjadi taman negara pertama? Kalau tak tahu, kali ini admin nak kongsikan segala fakta dan info tentang taman negara tertua di Malaysia iaitu Taman Negara.

TENTANG TAMAN NEGARA

IMEJ VIA VIATOR

Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini.

Taman Negara dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Taman ini telah dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.

Keluasan keseluruhan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km². Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

AKTIVITI MENARIK BOLEH DILAKUKAN DI TAMAN NEGARA

IMEJ VIA CULTURE TRIP

Daya tarikan yang anda boleh temui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Anda juga dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Anda juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Anda juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

Sebelum itu, anda perlulah mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara.

SENARAI AKTIVITI YANG ANDA BOLEH LAKUKAN

Bermalam di BumbunBermalam di bumbun untuk memerhati hidupan liar yang melawat kawasan jenut berhampiran. Bayaran RM5.00 setiap seorang dikenakan bagi satu malam
Titian KanopiMenikmati pemandangan Taman Negara dari atas titian kanopi yang terpanjang di dunia (550 m), tergantung lebih kurang 45 meter dari aras tanah. Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak dikenakan
Kembara GuaMengembara di kawasan hutan batu kapur yang belum terganggu dan melihat gua-gua yang cantik seperti Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil
Eksplorasi SungaiPerjalanan menyusuri sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Tahan merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan melalui beberapa buah jeram
MemancingAlami pengalaman aktiviti memancing di Sungai Keniam. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan di Kuala Perkai
Pemerhatian BurungMerupakan syurga untuk pemerhati burung kerana terdapat 380 spesies burung di Malaysia terdapat di Taman Negara. Spesies burung yang terdapat di Taman Negara ialah burung enggang, kuang, takur, kesumba dan sambar
Mendaki Gunung TahanGunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ini memerlukan masa 7 hari untuk mendakinya dengan melalui laluan yang mencabar. Penggunaan perkhidmatan pemandu arah gunung diwajibkan. Bayaran sebanyak RM1,200 dikenakan bagi perjalanan selama 7 hari untuk seorang pemandu arah gunung. Masa pendakian yang disyorkan ialah dari bulan Mac hingga Ogos setiap tahun. Bulan November ke Januari ditutup untuk pendakian. Maksimun 10 org / kumpulan / guide
Lawatan ke penempatan Orang Asli dan Rapids shootingLawatan ke perkampungan Orang Asli di Jeram Dedari untuk mempelajari adat resam dan cara hidup mereka.RM 5 /kepalaRapid shooting RM 180 / bot /12 org maksima
Eksplorasi hutanMenikmati keindahan khazanah alam semulajadi Taman Negara di sepanjang Rentis Teresek
Lawatan ke Lata BerkohLawatan ke Lata Berkoh untuk menjalankan aktiviti berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadiBayaran perkhidmatan pengangkutan bot RM 160 / bot / 4 orang maksima
Lawatan ke Santuari Kelah Lubuk TenorBayaran perkhidmatan pengangkutan bot ke Lubuk Tenor adalah RM 160 / bot / 4 orang maksima
BerkhemahBayaran RM1.00 / orang / malam bagi penggunaan tapak perkhemahan di dalam Taman Negara kecuali yang diuruskan oleh Mutiara Resort dengan bayaran RM5.00 / orang / malam


PENDAKIAN GUNUNG TAHAN

Kuala Tahan > Gunung Tahan > Kuala Tahan                                7 hari 6 malam

Kuala Tahan > Gunung Tahan > Kuala Juram (Merapoh)                7 hari  6 malam 

Laluan atau rentis asal ke puncak Gunung Tahan yang bermula dari Kuala Tahan meliputi jarak yang lebih jauh dan mencabar. Laluan ini memerlukan pendaki menyeberangi sungai sebanyak tujuh kali serta mendaki 27 puncak gunung.

Laluan Kuala Tahan > Puncak Gunung Tahan (Ketinggian)

Laluan Kuala Tahan – Puncak Gunung Tahan (Ketinggian)Anggaran Jarak (KM)
Kuala Tahan (60m) – Melantai (100m)12.0
Melantai (100m) – Gunung Rajah (576m)9.0
Gunung Rajah (576m) – Putih (156m)4.0
Putih (156m) – Teku (168m)7.0
Teku (168m) – Kem Wray (898m)5.0
Kem Wray (898m) – Pankin (1462m)12.0
Pankin (1462m) – Gunung Tangga 15 (1500m)1.5
Gunung Tangga 15 (1500m) – Gunung Reskit (1666m)2.5
Gunung Reskit (1666m) – Gunung Gedung (2066m)3.0
Gunung Gedung (2066m) – Gunung Tahan (2187m)7.0

BAGAIMANA CARA UNTUK KE TAMAN NEGARA

IMEJ VIA THE CRAZY TOURIST

Terdapat beberapa cara untuk anda ke Taman Negara ini. Bandar yang terdekat ialah Bandar Jerantut. Perjalanan dari Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, anda boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Jerantut. Dari Jeti Kuala Tembeling, anda akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang tiga jam untuk sampai ke Kuala Tahan. Tambang bot ialah RM 55.00 seorang sehala. Bot berlepas pada jam 1.00 petang setiap hari.

Anda juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Bandar Jerantut. Anda yang menaiki kereta api akan berhenti di Stesen Kereta Api Jerantut.

PERMIT DAN LESEN

Setiap  pelawat mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00  setiap seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera

PENGINAPAN DI TAMAN NEGARA

IMEJ VIA MYEHO

Pengalaman menginap di Taman Negara sudah tentunya menarik! Mutiara Taman Negara Resort menyediakan penginapan bagi pelawat yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri daripada banglo, suitesyele dan asrama.

Untuk anda yang ingin berkhemah, bayaran sewaan tapak perkhemahan RM1.00 / seorang / malam.Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan.

AKHIR KATA

Menarik bukan Taman Negara? Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan bersama rakan-rakan,sama ada ingin mendaki gunung, memancing dan sebagainya. Apa yang lebih penting adalah, bila anda ke lokasi-lokasi yang merupakan kawasan habitat flora dan fauna, janganlah merosakkan pula hutan-hutan disitu.

Sama-samalah kita menjaga habitat flora dan fauna ini disamping menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments