Monday, March 1, 2021
Home Makanan Ini Senarai Tempat Makan di Alor Setar yang Sedap dan Terbaik!

Ini Senarai Tempat Makan di Alor Setar yang Sedap dan Terbaik!

Alor Setar merupakan ibu negeri bagi negeri Kedah Darul Aman. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas bandar Sungai Petani dan antara bandar terpenting di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Terletak kira-kira 400 kilometer daripada Kuala Lumpur, Alor Setar merupakan bandar yang mempunyai pelbagai lokasi menarik seperti Muzium Padi, Menara Alor Setar dan pelbagai lagi. Bila anda ke bandaraya ini, jangan lupa untuk ke lokasi-lokasi tempat makan menarik di Alor Setar ini!

Untuk memudahkan anda mencari lokasi tempat makan menarik di Alor Setar, artikel kali ini kami senarai 10 lokasi tempat makan menarik untuk anda singgah dan cuba!

SENARAI 10 TEMPAT MAKAN DI ALOR SETAR YANG SEDAP DAN TERBAIK!

Big Galley’s Cafe

12801280VIA BIG GALLEY’S CAFE

Restoran pertama dalam artikel kali ini adalah Big Galley’s Cafe. Antara restoran yang popular juga di bandaraya Alor Setar ini. Anda perlu cuba pelbagai jenis makanan yang dihidangkan disini daripada makanan Barat sehinggalah makanan tempatan.

Tarikan disini yang paling utama adalah hidangan ber’cheese’! Hidangan Barat yang ada di sini adalah seperti Big Galley’s Beef Burger, Chicken Chop Fried Rice, Macaroni CHeese, Spaghetti Bolognese dan juga pelbagai lagi!

Lokasi : No 7, Kompleks Perniagaan LITC, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (6.00 Petang – 12.30 Malam)
Facebook : Big Galley’s Cafe

Nasi Lan Peruda

Anda peminat nasi kandar? Jika ya, inilah salah satu restoran yang anda perlu singgah dan cuba nasi kandar yang terdapat disini! Nasi Lan Peruda merupakan antara tempat makan nasi kandar yang popular di Alor Setar dan negeri Kedah!

Nasi Lan Peruda ini sudah beroperasi sejak tahun 1982 lagi dan menjadi tempat tumpuan untuk pengunjung datang dan menikmati nasi kandar! Antara nasi kandar yang paling laku adalah nasi kandar sambal sotong, nasi kandar ayam madu dan banyak lagi!

Lokasi : No 7, Kompleks Perniagaan LITC, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00 Pagi – 2.00 Petang)
Facebook : Nasi Lan Peruda

No.8 Curry House

VIA OPENRICE

Antara lokasi popular untuk makan tengahari bagi mereka yang berada di bandaraya Alor Setar adalah di No. 8 Curry House ini! Apa yang best sangat di sini?

Okay, sebenarnya disini sangat famous dengan kari kepala ikannya yang begitu sedap dan menyelerakan! Dengan harga yang cukup berpatutan dan rasa yang cukup sedap, memang patutlah ramai pengunjung datang ke sini. Selain itu, ada juga lauk-pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan sebagainya!

Lokasi : 8A, Jalan Lumpur, Off Jalan Putra, 05100 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.00 Pagi – 2.30 Petang)
Facebook : No.8 Curry House

Kuey Teow Iman

Lokasi berikutnya yang perlu anda singgah adalah Kuey Teow Iman. Restoran ini bermula dengan gerai biasa yang menjual kuey teow, kuey teow kerang, dan nasi lemak bungkus di tepi jalan sahaja, dan kini telah berkembang dan mempunyai sebuah restoran di Jalan Sultanah.

Apa yang menarik disini? Sudah tentunya kuey teow kerangnya! Kuey teow kerangnya dimasak dengan begitu baik, dan lebih menarik sebiji telur goyang diletakkan diatasnya membuatkan ia lebih menarik utnuk dimakan! Selain itu, disini juga tersedia makanan lain seperti makanan barat, nasi ayam, sate dan sebagainya!

Lokasi : No.21 & 22, Susuran Talapia,Taman Pandan, Jalan Sultanah Sambungan 05350 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 Pagi – 12.00 Tengah Malam)
Facebook : Kuey Teow Iman

Tiffz Coffee Gallery

VIA TIFFZ COFFEE GALLERY

Sebuah kafe hipster, Tiffz Coffee Gallery merupakan salah satu tempat yang menghidangkan pelbagai menu ala barat dan suasana kedai yang menarik dan santai untuk anda lepak bersama rakan-rakan atau keluarga!

Pelbagai menu yang anda boleh cuba seperti waffle, pasta, burger, pizza dan juga minumannya. Yang paling menarik sudah tentunya minuman yang perlu anda cuba seperti Nutty Mocha dan juga Special Iced Coffee yang sungguh sedap! Hidangan makanan yang anda boleh cuba adalah seperti Say Cheese Pasta, Waffle Maleficent dan pelbagai lagi!

Lokasi : No.33-A, Jalan PSK Satu, Pekan Simpang Kuala 05400 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin (11.00 Pagi – 11.00 Malam)
Facebook : Tiffz Coffee Gallery

Singgah Rasa Cafe

VIA SINGGAH RASA CAFE

Jika anda meminati cheese, inilah lokasi yang anda perlu singgah iaitu Singgah Rasa Cafe. Cheese Nan Meleleh, itulah apa yang anda akan dapat bila mana datang ke restoran ini. Singgah Rasa Cafe ini telah beroperasi sejak tahun 213 dan sehingga kini menerima kunjungan pengunjung yang ramai!

Pelbagai jenis nan cheese disini anda boleh pilih, antaranya adalah seperti Garlic Cheese Nan, Capati Cheese Meleleh, Cheese Nan Meleleh Special, Snow Chesse Meleleh Nan dan pelbagai lagi! Selain itu, ada juga menu lain seperti nasi briyani dan roti capati!

Lokasi : 219, Jalan Tandop, Titi Keliling, 05400 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (5.00 Petang -12.00 Tengah Malam)
Facebook : Singgah Rasa Cafe

Caffe Diem

VIA CAFFE DIEM

Salah satu lokasi unik iaitu Caffe Diem menawarkan hidangan yang menarik beserta pelbagai jenis dessert yang sedap-sedap belaka! Suasana restoran ini cukup menarik dengan dekorasi yang cukup cantik pastinya membuatkan pengalaman anda makan disini lebih seronok!

Antara hidangan yang utama adalah kek yang dihasilkan sendiri disini! Antaranya adalah Tiramisu Walnut, Charcoal Matchan dan pelbagai lagi. Menu lain yang anda boleh cuba adalah seperti Burger Banjir, Seduktive dan juga Softserve Skream yang sangat menyelerakan!

Lokasi : 44, Jalan Penjara Lama, Pekan Cina 05000 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (12.00 Tengah Hari -12.00 Tengah Malam)
Facebook : Caffe Diem

Restoran Sri Pumpong

VIA RESTORAN SRI PUMPONG

Untuk anda yang meminati makanan lauk pauk dan hidangan tempatan, anda bolehlah ke Restoran Sri Pumpong. Pelbagai jenis pilihan makanan melayu tersedia untuk anda!

Pastinya bila anda sampai ker estoran ini, anda akan rambang mata untuk memilih lauk pauk yang mana kerana pilihan yang banyak, dan semuanya nampak sungguh sedap! Harga pun berpatutan, jadi jangan lupa singgah ke Restoran Sri Pumpong ini!

Lokasi : Pekan Pumpong 05250 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat (11.00 Pagi – 4.00 Petang)
Facebook : Restoran Sri Pumpong

Rumah AOR

VIA RUMAH AOR

Beroperasi sejak tahun 2016, Rumah AOR merupakan salah sebuat lokasi restoran hipster yang menarik dengan dekorasi yang cantik serta pilihan makanan yang pelbagai!

Rumah AOR menawarkan pilihan makan seperti makanan Barat, makanan tempatan, dan pelbagai lagi. Antara menu yang anda boleh cuba adalah seperti Spaghetti Aglio Olio, Homemade Taiwanese Chicken dan pelbagai lagi!

Lokasi : 1968-B Jalan Stadium 05604 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin (12.00 Pagi – 12.00 Malam)
Facebook : Rumah Aor

Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

VIA NASI LEMAK ROYALE HIJAU KUNING

Restoran terakhir dalam senarai ini adalah Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Ini adalah salah satu lokasi tempat makan yang cukup popular di Alor Setar. Disini nasinya adalah nasi lemak iaitu sesuatu yang unik dimakan bersama lauk nasik kandar.

Anda bolehlah makan dengan pilihan lauk pauk yang sedap dan menyelerakan seperti kari, gulai ayam, ayam madu, sotong dan pelbagai lagi disini! Jangan pelik kenapa ramai sngat pengunjung kerana restoran ini cukup popular dikalangan rakyat Malaysia.

Lokasi : 424 A Lebuhraya sultan abdul halim 05400 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (4.00 Petang – 1.00 Pagi)
Facebook : Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

BACA : Jom Terjah! Senarai Tempat Menarik di negeri Kedah Darul Aman!

Sekian sahaja untuk artikel tempat makan menarik di Alor Setar ini. Setiap bandaraya mempunyai lokasi tempat makan yang menarik dan tidak ada ditempat lain termasuklah bandaraya Alor Setar ini!

Oleh itu, sekiranya anda berada di bandaraya Alor Setar atau bercadang kesana, jangan lupa untuk mencuba makanan yang terdapat didalam senarai ini! Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments