Monday, March 1, 2021
Home Malaysia 12 Tapak Perkhemahan Paling Popular di Semenanjung Malaysia

12 Tapak Perkhemahan Paling Popular di Semenanjung Malaysia

Perkhemahan atau berkhemah merupakan salah satu aktiviti rekreasi luar yang mempunyai peminatnya tersendiri. Sebelum memulakan aktiviti perkhemahan, anda perlu kenalpasti dahulu tempat perkemahan dan kemudahan prasarana yang disediakan. Ini akan memudahkan anda untuk menyediakan peralatan yang perlu dibawa semasa berkhemah.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat banyak lokasi tapak perkhemahan yang menarik dan menjadi tumpuan ramai baik penggemar aktiviti perkhemahan dari dalam dan luar negara. Terdapat lokasi yang sesuai untuk mengadakan hari keluarga dan sebagainya, dan juga terdapat lokasi yang khas untuk mereka yang betul-betul ingin rasai perkhemahan sebenar tanpa sebarang kemudahan.

Oleh itu, terimalah senarai 12 Tapak Perkhemahan Yang Paling Popular di Semenanjung Malaysia. Selamat membaca ya!

12 Tapak Perkhemahan Paling Poupular di Semenanjung Malaysia

1. Riverside Camp Gopeng

VIA RADAK ADVENTURE

Lokasi tapak perkhemahan pertama adalah di Riverside Camp Gopeng, Perak. Tapak perkhemahan ini diuruskan oleh Radak Adventure dan merupakan satu lokasi tapak perkhemahan yang cukup lengkap dengan pelagai kemudahan! Riverside Camp Gopeng ini terletak hanya dua jam dari Pulau Pinang & Kuala Lumpur dan satu setengah jam dari Cameron Highlands.

Salah satu lokasi yang environment-friendly, antara kemudahan yang tersedia di sekitar kawasan tapak perkhemahan ini adalah seperti tandas awam, dewan makan, surau, BBQ pit, campfire pit, kawasan hammock, tempat meletak kereta dan pelbagai lagi!

Riverside Camp terletak di lokasi yang ideal untuk anda menerokai kawasan sekitarnya atau menghabiskan beberapa hari bersantai, menikmati pemandangan alam yang menakjubkan.

Riverside Camp mempunyai pelbagai keindahan semula jadi yang luar biasa, dengan pemandangan batu kapur, sungai dan hutan yang menakjubkan. Jauh dari kampung dan dikelilingi oleh pokok yang rimbun, Riverside Camp menawarkan tempat yang damai dan indah untuk mendirikan khemah anda dan bercuti di sini!

VIA RADAK ADVENTURE

Untuk harga pula, terdapat tiga pakej yang ditawarkan iaitu Camping Fullboard, Camping Site + Equipment dan Camping Site Only. Harganya adalah seperti berikut :-

Package Price per Night per Person(MYR) Package includes
CampingFullboard135.00Camping site, Tent, Sleeping bag, Camping mattress, Pillow, Facilities.
1 x Breakfast1 x Lunch1 x BBQ dinner
   Camping Site + Equipment  45.00Camping site, Tent, Sleeping bag, Camping mattress, Pillow, Facilities
   Camping Site Only 30.00Camping site, Facilities

Alamat : Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
Laman Web : Riverside Camp Gopeng
Hubungi : 014-294 4404

2. Santai Riverside Janda Baik

VIA SANTAI RIVERSIDE JANDA BAIK

Tapak perkhemahan berikutnya adalah di Santai Riverside Janda Baik. Salah satu lokasi perkhemahan yang agak popular juga! Terdapat tiga bahagian utama untuk berkhemah iaitu tapak tepi sungai, tapak bukan tepi sungai dan juga tapak di dewan terbuka.

Untuk anda yang tinggal di Kuala Lumpur atau Lembah Klang, lokasi ini dekat sahaja, hanya mengambil masa sekitar 1 jam sahaja. Jika anda ingin berkhemah disini, peringatan awalnya adalah untuk membuat tempahan lebih awal ya! Ada mereka yang menempah seawal 3 bulan sebelum tarikh sebenar kerana inginkan lokasi yang betul-betul strategik!

VIA SANTAI RIVERSIDE JANDA BAIK

Anda bolehlah bawa keluarga anda datang ke sini berkhemah, di samping menikmati keindahan alam. Di Santai Riverside ini, harganya cukup berpatutan iaitu hanyalah RM60 per malam untuk harga tapak khemah. Manakla jika anda tidak mempunyai khemah, anda juga boleh menyewa khemah dengan harga RM30 per khemah.

Alamat : Santai Riverside Janda Baik, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Laman Web : Santai Riverside
Hubungi : En Azhan 012 921 3009 / 019 966 0196.


3. Teratak Kak Ju Janda Baik

VIA FARIZAL22

Lokasi berikutnya masih di Janda Baik iaitu Teratak Kak Ju. Kawasan Teratak Kak Ju ini satu lokasi yang menarik sebagai lokasi perkhemahan anda bersama keluarga atau rakan-rakan. Kawasan ini boleh menempatkan sekitar 5 -6 khemah kecil dan juga 3-4 khemah besar.

Selain itu, ada juga kemudahan yang disediakan untuk pengunjung seperti tandas dan bilik air. Untuk anda yang tidak ingin berkhemah, anda juga boleh menginap di chalet dan banglo yang tersedia disini.

Suasana di sini juga menarik, kerana terdapat banyak pokok, dan menjadikan suasana redup walapun ketika panas terik matahari.

VIA SHIDIALSUGUS

Harga yang ditawarkan disini juga cukup berpatutan iaitu tapak khemah kecil RM30 per hari, tapak khemah besar RM60 per hari dan untuk sewa khemah besar adalah RM250 iaitu termasuk set lengkap untuk 4 orang termasuk 2 tilam queen, 4 bantal, 2 comforter,1 meja dan 4 kerusi camping  serta tong bbq. 

Alamat : Jalan Kuala Lurah, Kampung Janda Baik 28750 Bentong, Pahang
Laman Web : Teratak Kak Ju Janda Baik
Hubungi : 017-689 5687

4. Takah Pengkoi, Bekok, Johor

VIA ADEELA MOKHTAR

Tapak perkhemahan berikutnya adalah di Takah Pengkoi, Bekok, Johor. Kawasan ini sebenarnya adalah kawasan perkampungan orang asli dan terletak di daerah Segamar, Johor. Tapak camping ini menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang cukup cantik dan menarik! Selain itu, kemudahan yang disediakan juga terbaik!

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti tandas, meja dan kerusi, pelampung untuk mandi di air terjun, BBQ pit, dan sebagainya. Selain itu, kawasan ini juga sangat bersih jadi anda perlulah menjaga kebersihan bila mana bercamping di sini!

Selain itu, terdapat juga chalet untuk anda menginap sekiranya anda tidak mahu berkhemah. Bayaran juga dikenakan sekiranya anda ingin mandi sahaja di kawasan ini!

VIA ADEELA MOKHTAR

Harga untuk menginap disini adalah berpatutan iaitu untuk berkhemah RM40 per pax/malam, untuk chalet adalah RM70 per pax/malam dan untuk mandi sahaja adalah RM15.

Alamat : Takah Pengkoi, Bekok, Johor
Hubungi : Kak Ros 019 659 9316

5. Teratak Tok Alang, Batang Kali

VIA WAFIYNORAZDI

Teratak Tok Alang merupakan satu lokasi tapak perkhemahan yang menarik di Kampung Hulu Rening, Batang Kali, Selangor. Jarak perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur adalah sekitar 1 jam sahaja. Lebih menarik, kawasan ini sebenarnya adalahs ebuah dusun buah-buahan!

Apa yang terdapat disini adalah bilik air dan juga sungai yang mengalir jernih! Kemudahan elektrik tiada disini, bermakna anda akan bersama dengan alam semulajadi sahaja! Betul-betul lari daripada kebiasaan kan? Macam yang diberitahu tadi, kawasan ini merupakan sebuah dusun buah-buahan dan antara yang ditanam adalah seperti durian, manggis, rambutan, duku dan pelbagai lagi!

VIA WAFIYNORAZDI

Harga untuk anda yang ingin berkhemah disini adalah RM20 sahaja bagi setiap khemah. Bukan setiap orang ya, tetapi setiap khemah! Harga yang cukup berpatutan dan murah!

Alamat : Teratak Tok Alang, Kg Hulu Rening, Batang Kali, Selangor
Hubungi : 019 3032021 / 012 6726752

6. Congkak Eko Resort, Hulu Langat

VIA CONGKAK ECO RESORT

Lokasi menarik berikutnya adalah di Congkak Eko Resort. Congkak Eco Resort adalah salah satu tempat rekreasi yang dahulunya pernah dikenali dengan nama Ecotouria Resort. Lokasi Congkak Eco Resort yang berlatar belakangkan bukit bukau dengan aliran air sungai yang mengalir jernih merupakan salah satu daya tarikan yang memukau setiap pengunjung yang mengunjungi Congkak Eco Resort.

Di Congkak Eco Resort ini terdapat pelbagai pakej percutian hebat, dan anda bakal mendapat pengalaman indah bersama keluarga dan rakan-rakan anda ! Antara kemduahan yang tersedia disini adalah seperti kemudahan tempat letak kereta yang luas.

Keluasan Congkak Eco Resort ini adalah lebih dari 4 ekar dah boleh memuatkan seramai 2000 orang pada satu-satu masa. Pemandangan sekeliling yang cantik dan bersih. Kawasan rekreasi sungai yang terjaga. Lokasi strategik dan nyaman untuk perkelahan, kenduri kahwin mahupun program-program sekolah & korporat.

Tapak perkhemahan yang luas. Anda juga boleh menginap di chalet disini yang terdiri daripada chalet batu & kayu mahupun bercamping sahaja. Jangan risau tempat selesa dan luas.

VIA CONGKAK ECO RESORT

Harga bagi tapak khemah adalah RM8.00 seorang bagi dewasa manakala untuk kanak-kanak hanyalah RM5.00 sahaja.

Alamat : Congkak Eco resort, Batu 20 1/2 Jln Sg Congkak, Kg Padang, 43100 Kajang, Selangor, Malaysia
Laman Web : Congkak Eco Resort
Hubungi : 017-309 0190

7. Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan

VIA AIR TERJUN SG PANDAN

Lokasi tapak perkhemahan berikutnya adalah di Air Terjun Sungai Pandan. Lokasi kawasan air terjun ini sangat cantik dan juga ramai orang.

Kebanyakan orang datang hanya untuk daytrip sahaja dan waktu untuk mereka yang datang day trip adalah dari jam 9 pagi sehingga 5 petang sahaja. Jadi, anda bolehlah bergambar sepuas-puasnya bila mana pengunjung day trip dah pulang.

Selain itu, untuk anda yang takut berkenaan kepala air dan sebagainya, jangan risau kerana kepala air tidak akan datang terus diwaktu musim hujan, cuma anda perlu berjaga-jaga dengan paras air sahaja. Oh ya, kawasan ini juga tiada elektrik dan tandasnya agak jauh, jadi memang anda betul-betul bercamping di dalam hutan dengan kemudahan yang sangat limited!

VIA AIR TERJUN SG PANDAN

Harga adalah RM2.00 bagi dewasa, RM1.00 bagi kanak-kanak, harga tempat meletak kenderaan adalah RM3.00 manakala harga bagi berkhemah adalah RM15.00 per malam.

Alamat : Jalan Air Terjun Panching 26060 Kuantan, Pahang, Malaysia
Laman Web : Air Terjun Sungai Pandan
Hubungi : 016-922 4777

8. Sungai Pertak Campsite

VIA UNFOLD ADVENTURES

Tapak perkhemahan Sungai Pertak terletak di Kg Pertak yang hanya sekitar 1 jam perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur. Sampai di sana anda akan melalui empangan Kuala Kubu Bahru, yang terkenal dengan pemandangan lanskapnya yang cukup cantik!

Apa yang menariknya tapak perkhemahan ini tidak jauh dari jalan utama dan anda masih akan mendapat kawasan hutan rimba yang padat dengan sungai yang jernih. Perjalanan dari tempat meletak kereta ke tapak perkhemahan ini hanya 15 minit, yang sangat mudah dan pendek sehingga anda tidak perlu risau untuk membawa peralatan perkhemahan anda yang besar.

Aktiviti menarik yang anda boleh lakukan adalah mendaki! Sekiranya anda pernah mendengar tentang Lata Medang, Lata Makau atau Bukit Kutu, di sinilah kawasan yang anda pasti akan lalui. Terletak di kaki bukit, ia adalah tempat yang baik untuk bermalam setelah pendakian yang mencabar.

Walaupun tidak ada air terjun di perkemahan ini, berehat di sungai yang luas juga seronok, airnya sangat dingin dan jeram dapat berfungsi sebagai jakuzi semula jadi. Okay, tentang harga pula hanyalah RM5 sahaja untuk perseorang dan per malam.

Alamat : Tapak Perkhemahan Sungai Pertak, 44000, Selangor
Hubungi : +60192035687 (Chik) +60196451696 (Abak)


9. Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput, Perak

VIA KEM INTAN SURAYA

Lokasi perkhemahan berikut adalah di Kem Rekreasi Intan Suraya yang terletak di Sungai Siput Perak. Okay, sebenarnya lokasi ini merupakan satu tempat yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk anda melakukan aktiviti lasak, untuk team building, hari keluarga dan sebagainya.

Antara kemudahan penginapan yang terdapat disini adalah seperti chalet dan chalet itu pula mempunyai beberapa jenis iaitu Chalet VIP, chalet type A (5-9 katil), chalet type b ( katil double decker). Untuk anda yang tidak ingin berkhemah, bolehlah anda menginap di chalet yang disediakan.

Antara aktiviti yang terdapat disini adalah seperti kayak, rakit, flying fox, jungle trekking, night walk, indoor game dan pelbagai lagi. Setiap aktiviti ini memerlukan jumlah 8 orang dalam satu-satu kumpulan. Jika anda datang hanya untuk berkhemah dan menikmati pemandangan sungai, itu pun sudah memadai.

VIA KEM INTAN SURAYA

Harga yang ditawarkan pula cukup berpatutan iaitu RM15 sahaja untuk setiap orang bagi setiap tapak perkhemahan.

Alamat : Kampung Raja Intan Suraya 31100 Sungai Siput, Perak, Malaysia
Laman Web : Kem Intan Suraya
Hubungi : 019-558 4599


10. Taman Rimba Komanwel, Rawang

VIA TAMAN RIMBA KOMANWEL

Taman Rimba Komanwel Rawang ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menuju Rawang, kira-kira 24KM ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3KM dari Bandar Rawang. Untuk pengetahuan anda, disini terdapat 2 jenis penginapan iaitu bilik biasa dan juga khemah.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti berkayak di tasik, jungle tracking, Mountain Bike Trails, Down Hill Trail, Kapur Trails, dan banyak lagi. Kiranya memang destinasi terbaik untuk mereka yang ingin cari ketenangan dan suka aktiviti mencabar.

Di kawasan tapak perkhemahan ini, air sungainya tidaklah dalam, cuma paras kaki sahaja, sangat sesuai untuk anak-anak kecil mandi, jadi tidaklah perlu risau jika mereka ingin berendam di dalam air.

Selain itu, jika anda ingin ke air terjun, ia terletak lebih kurang 20 minit sahaja dengan mengikut laluan anak sungai yang terdapat disini.

VIA TAMAN RIMBA KOMANWEL

Bayaran yang anda perlu bayar adalah RM2 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak, manakala tapak khemah adalah RM10 per khemah, tempat meletak kenderaan adalah RM3 per entry.

Alamat : Kilometer 23, Jalan Kuala Lumpur-Rawang, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
Laman Web : Taman Rimba Komanwel
Hubungi : 012-276 1609

11. D’KCC Recreation & Rehlah Centre, Gerik

VIA D’KCC RECREATION & REHLAH CENTRE

D’KCC Recreation & Rehlah Centre, Kampung Padang Stang adalah pusat rekreasi berorientasikan keluarga di Gerik, Perak. Ia merupakan lokasi yang sesuai untuk keluarga mandi-manda di sungai dan juga menikmati hidangan tradisional kampung terpilih dengan harga yang berpatutan.

Terletak betul-betul di hadapan sungai, anda menikmati penginapan anda dengan suara alam dan merasakan angin sejuk dari sungai.Kawasannya betul betul tepi sungai, lengkap siap dengan boleh sewa rakit, pelampung dan kemudahan tandas, bilik persalinan serta surau.

Pihak pengurusan turut menyediakan pakej masakan gaya Hulu Perak sekali, macam masakan masak lemak rebung,kerabu pucuk paku tambah perut,gulai keladi, ulam ulaman dan singgang.

Harga yang ditawarkan adlah RM40 semalaman dan termasuk plug dan pondok manakala harga tapak khemah sahaja adalah RM15 mengikut saiz khemah.

Alamat : DKCC Recreation & Rehlah Centre, 33310 Gerik, Perak
Laman Web : D’KCC Recreation & Rehlah Centre
Hubungi : 013-521 9956

12. Kenaboi Adventure Camp, Jelebu

VIA KENABOI ADVENTURE CAMP

Lokasi perkhemahan terakhir adalah di Kenaboi Adventure Camp. Lokasi tapak perkhemahan ini menarik dan mempunyai beberapa jenis tapak perkhemahan yang anda boleh pilih iaitu tapak tepi sungai dan juga tapak biasa. Selain itu, terdapat juga rumah kayu, rumah buluh dan rumah plywood untuk anda menginap disini.

Terletak betul-betul dekat dengan sungai, lokasi ini juga tersedia dengan kemudahan surau dan juga tandas. Selain itu, tempat meletak kereta juga dekat sahaja. Bolehlah anda merehatkan diri bersama keluarga sambil bermandi mandi di sungai yang sangat cantik ini.

VIA KENABOI ADVENTURE CAMP

Harga bagi tapak khemah ialah mengikut saiz. Saiz untuk 4 orang ke bawah adalah RM30.00, manakala saiz 6 orang ke atas adalah RM50.00 sahaja. Selain itu, anda perlu membawa khemah anda sendiri. Terdapat juga sewaan untuk beberapa epralatan lain seperti BBQ Pit iaitu RM5.00 sebuah dan beberapa lagi.

Alamat : Kg Chennah, Jln Ulu Kenaboi, Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan
Laman Web : Kenaboi Adventure Camp
Hubungi : 013-310 1581

AKHIR KATA

Sekian sahajalah lokasi 12 tapak perkhemahan yang anda boleh cuba! Menginap di khemah dan merasai pengalaman berkhemah sudah pastinya satu aktiviti yang akan memberikan kita ketenangan, dapat berehat bersama-sama alam semulajadi, lari daripada kebiasaan dan kesibukan di kota.

Apa-apapun rancanglah perkhemahan anda, lebih ramai yang sertai, lebih meriah. Yang paling penting, jagalah kebersihan alam sekitar. Bersihkan semula tapak perkhemahan anda daripada sampah sarap dan kembalikan kawasan itu pada rupa ketika anda datang. Selamat menjalani perkhemahan ya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments