Thursday, February 25, 2021
Home Malaysia Terengganu Panduan Percutian Hujung Minggu di Pulau Redang!

Panduan Percutian Hujung Minggu di Pulau Redang!

Pulau Redang merupakan pulau di Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup santai di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.

Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong, juga terletak di sempadan Terengganu, dan Kelantan.

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda panduan untuk anda bercuti di Pulau Redang. Semoga artikel kali ini bermanfaat untuk anda dalam merancang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan!

Panduan Percutian Hujung Minggu di Pulau Redang!

CARA KE PULAU REDANG

VIA MERANG JETTY

Untuk ke Pulau Redang, terdapat dua jeti yang anda boleh gunakan untuk memasuki pulau yang indah ini. Dua jeti tersebut adalah Jeti Shahbandar dan Jeti Merang.

  • Jeti Shah Bandar KT

Jeti Shahbandar ini terletaknya di bandaraya Kuala Terengganu dan jeti ini merupakan jeti utama pengangkutan ke Pulau Redang. Di jeti ini hanya feri bersaiz sederhana dan besar sahaja yang beroperasi disini.

Lapangan Terbang Kuala Terengganu jaraknya adalah sekitar 9 kilometer atau 25 minit ke jeti ini manakala jarak dari Terminal Bas Kuala Terengganu ke jeti ini adalah sekitar 300 meter sahaja.

  • Jeti Merang / Penarik

Jeti Merang pula merupakan antara jti yang popular untuk para pelawat dan pengunjung ke Pulau Redang. Ia menjadi pilihan pengunjung kerana jarak jeti ini yang lebih dekat dengan Pulau Redang berbanding dengan Jeti Shahbandar. Walaubagaimanapun disini hanya bot laju bersaiz kecil sahaja yang beroperasi di Jeti Merang ini.

Lapangan Terbang Kuala Terengganu jaraknya adalah sekitar 32 kilometer ke jeti ini manakala sekiranya anda dari Terminal Bas Kuala Terengganu, jaraknya adalah sekitar 37 kilometer.

PENGINAPAN DI PULAU REDANG

Terdapat beberapa resort dan chalet menarik di Pulau Redang yang anda boleh pilih sebagai lokasi penginapan anda dan antaranya adalah :-

  • The Taaras Beach & Spa Resort

The Taaras Beach & Spa Resort : Booking.com

  • Redang Island Resort

Redang Island Resort : Booking.com

  • Redang De’ Rimba

Redang De’ Rimba : Booking.com

AKTIVITI DI PULAU REDANG

Apabila anda berada di Pulau Redang, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik disini. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini telah kami senaraikan dibawah :-

  • Snorkelling
VIA GO VISIT REDANG

Aktiviti menyelam di laut dan melihat ikan dan juga persekitaran dalam laut yang cukup indah. Kawasan perairan di Pulau Redang ini mempunyai pelagai tempat menarik, ada lokasi yang cetek untuk kanak-kanak dan ada juga bahagian dalam untuk mereka yang dewasa.

  • Scuba Diving

Selain Snorkeling, anda juga boleh melakukan aktiviti scuba diving. Di Pulau Redang ini terdapat lebih 20 tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti menyelam. Di sini juga menawarkan lebih 80% spesies yang anda boleh jumpa di ‘coral triangle’. Lokasi untuk melakukan aktiviti scuba divng ini juga mudah diakses dengan bot laju!

  • Pantai Pasir Panjang
VIA GO VISIT REDANG

Salah satu aktiviti yang paling menarik ketika bercuti di Redang ialah melihat matahari terbit. Para tetamu yang menginap di Pasir Panjang ataupun Teluk Kalong akan mendapat tempat duduk baris hadapan untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang memang menakjubkan sekali. Walau bagaimanapun, ini kena terpulang kepada keadaan cuaca pada hari tersebut.

  • Taman Laut Pulau Redang

Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat dan di dasar laut yang bersesuaian seperti snorkel, menyelam, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, jungle tracking dan memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan fotografi di darat dan di dasar laut.

  • Jungle Trekking

Oh ya, bila anda sudah bosan bermain dengan air laut, apa kata anda melawat kawasan hutan dengan melakukan aktiviti jungle trekking. Pelbagai jenis flora dan fauna anda dapat dilihat sini dan ada antaranya merupakan spesies yang jarang ditemui. Terdapat beberapa laluan yang disediakan disini untuk anda yang berminat dengan jungle trekking.

  • Kayak
VIA REDANG BEACH RESORT

Anda juga boleh berkayak di kawasan perairan Pulau Redang ini. Berkayak di lautan yang cantik, jernih dan biru ini pastinya pengalaman yang sangat menarik. Anda bolehlah menyewa peralatan kayak yang disediakan disekitar pantai dan juga hotel.

  • Trip Memancing

Untuk mereka yang sukakan memancing, disini juga anda boleh melakukan aktiviti memancing dengan mengikuti trip memancing yang ditawarkan di Pulau Redang ini. Pastinya ini satu pengalaman menarik untuk anda apabila dapat memancing sendiri di pulau yang indah ini.

PERCUTIAN BALIK HARI? Anda juga sebenarnya boleh mencuba percutian balik hari disini dengan melakukan aktiviti menarik ini tanpa perlu menginap di pulau ini. Ia lebih menjimatkan kos dan masa. Anda boleh mengikuti aktiviti island hopping dalam masa sehari dari pulau ke pulau.

Aktiviti ini sangat sesuai untuk anda yang bercuti dalam kumpulan besar, berbajet rendah dan juga sebagainya.

AKHIR KATA

Diharap sedikit sebanyak artikel ini dapat memberikan gambaran tentang percutian anda di Pulau Redang. Anda bolehlah merancang dari sekarang percutian anda di Pulau Redang. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments