Monday, March 1, 2021
Home Berita Semasa Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk melihat pemandangan indah dan panorama laut.

Arca ini baru sahaja dirasmikan pada minggu lalu, bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelancong selain salah satu tempat bergambar untuk mereka yang datang ke Pantai Pengkalan Balak ini.

Facebook : MPAG

Malangnya kurang seminggu arca ini dirasmikan, pengunjung yang datang ke sini telah menjadikan arca ini sebagai tempat piknik mereka.

Antara komen netizen di facebook, “Lepas ni pengunjung yg datang sila ler peka sikit… tempat org bergambau ko bole plak bertenggek kat situ… lama2 nanti maunya kepala penyu tu patah..”

Facebook : Negeri Sembilan Kini

Arca ini sepatutnya dijadikan lokasi bergambar dan bukannya tempat meletak makanan dan duduk berpiknik bersama keluarga. Secara tidak langsung perbuatan ini membuatkan mereka yang ingin bergambar di arca replika penyu ini terganggu dan menyusahkan pengunjung lain pula.

Arca replika penyu yang dibina sebagai tarikan pelancong ini sepatutnya dijaga dengan baik supaya ia dapat digunakan sebagai lokasi bergambar di pantai ini sekaligus dapat memperkenalkan pantai ini kepada pengunjung dari luar.

Semoga perbuatan sebegini menjadi salah satu pengajaran untuk kita supaya menggunakan kemudahan mengikut kesesuaiannya.

Baca Juga : Senarai Penginapan Airbnb Menarik & Best di Bandaraya Melaka!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments