Thursday, February 25, 2021
Home Malaysia 9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki.

Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak lokasi hiking yang menarik dan juga mempunyai tahap-tahap cabarannnya tersendiri, menguji anda sama ada mampu untuk meneruskan perjalanan atau tidak. Walaubagaimanapun, untuk permulaan, ini adalah 9 lokasi yang mudah tetapi mempunyai keistimewaan tersendiri juga untuk anda cuba! Selamat berhiking ya!

9 LOKASI HIKING PALING SESUAI UNTUK BEGINNER DI MALAYSIA!

1. Bukit Broga (Bukit Lalang)

Tahap : Mudah
Durasi : 3.4 KM, 1-2 Jam
Kadar Bayaran : RM2 untuk parking

Bukit Broga merupakan antara tempat hiking yang popular, mempunyai tiga puncak dan terkenal dengan pemandangan matahari terbitnya, terutama bagi mereka yang gemar melihat matahari terbit, mereka biasanya akan mula berjalan kaki pada pukul 5 pagi hingga 6 pagi untuk menyaksikan waktu matahari terbit yang perlahan menghiasi langit.

Lokai : Semenyih, Selangor

2. Bukit Gasing

Tahap : Mudah ke Sederhana
Durasi : 2.5 KM, 1-2 Jam

Terdapat 6 laluan yang berbeza untuk mendaki termasuk melalui jambatan gantung atau cara yang lebih mencabar dengan laluan curam yang dinamakan “Killer Stretch.” Beberapa laluan menuju ke sebuah kuil Hindu dan yang lain ke menara pandang, yang mana semuanya akan memberikan pemandangan yang cukup indah!

Lokasi : Petaling Jaya, Selangor

3. Hutan Ayer Hitam (Bukit Wawasan)

Tahap : Mudah ke Sederhana
Durasi : 3.7KM, 1-2 Jam

Kawasan hutan ini merupakan sebahagian daripada kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM). Disebabkan itu ia di adalah dikategorikan sebagai kawasan persendirian. Sebahagian kawasan dibuka kepada orang awam, tetapi majoriti kawasannya terhalang. Selain itu, disini juga terdapat sebuah tasik ‘blue lagoon’ yang cantik tetapi kebiasaanya ia dibuka untuk kerja-kerja penyelidikan.

Lokasi: Puchong, Selangor

4. Forest Research Insititute Malaysia (FRIM)

Tahap : Mudah
Durasi : 1-2 Jam
Harga Bayaran Parking : Parking RM5
Harga Masuk : RM1 (Malaysian), RM5 (Non-Malaysian), Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun, Percuma
Waktu Operasi : 6 pagi – 7.30 pagi & dari 8.30 pagi hingga petang.

Disini terdapat air terjun, kawasan berpiknik, dan juga kawasan hutan hujan tropika berdekatan dengan bandar.

Lokasi : Kepong, Selangor

 5. Bukit Saga

Tahap : Mudah ke Sederhana
Durasi : 3.9 KM, 3-4 Jam

Terdapat dua laluan masuk di Cheras (Cheras Awana & Cheras Hartamas) dan laluan ketiga di kawasan Ampang (Taman Saga). Tiga laluan ini iaiatu Laluan A, B dan C membawa ke puncak Bukit Saga dan terdapat dua air terjun. Setiap laluan mempunya jarak dan cabarannya tersendiri.

Lokasi : Ampang, Selangor

6. Air Terjun Sungai Pisang

Via Menara Kehidupan

Tahap : Mudah
Durasi : 3.9 KM

Air terjun ini terletak berdekatan dengan Lebuhraya Karak, sebuah kawasan piknik yang cantik, terdapat juga kawasan perkhemahan berdekatan dengan puncak air terjun.

Lokasi : Gombak, Selangor

7. Bukit Nanas (KL Forest Eco Park)

via Trip Canvas

Tahap : Mudah ke Sederhana
Durasi : 1.8 KM, 1 jam
Waktu Operasi : 7 Pagi – 7 Petang

Laluan akses ke Menara Kuala Lumpur dan Pavilion KL, Laluan Canopy Walk 200m dan juga taman herba.

Lokasi : Kuala Lumpur

8. Air Terjun Pelangi

Tahap : Mudah
Durasi : 1KM, 45 minit ke 1 jam
Bayaran Masuk : RM10
RM50 per seorang, termasuk insurans dan pengangkutan

Pelangi disini akan muncul pada ketika jam 9 pagi, 10 pagi dan 11 pagi dan akwasan terbaik untuk melihat pemandangan indah adalah di bahagian kanan air terjun. Walau bagaimana pun, cabaran buat pengunjung adalah untuk melihat pelangi yang muncul pada waktu yang terhad. Anda perlu mengatur masa dan rancang perjalanan anda untuk melihat pelangi yang indah pada waktu yang tepat.

Lokasi : Sungai Lembing, Pahang

9. Laluan Bukit Batu Putih

Tahap : Mudah
Durasi : 4.2 KM, 1-2 Jam

Melihat keindahan hidupan dan bunga liar, pemandangan Port Dickson, Rumah Api Cape Rachado dan juga rock climbing.

Lokasi : Si Rusa, Negeri Sembilan

Sumber : Hydragears

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments