Monday, March 1, 2021
Home Kuala Lumpur Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej 'WFH' di Kuala...

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan ‘Work From Home’ di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan menawarkan pakej menarik bekerja di dalam hotel pula. Kini, anda juga boleh merasai pengalaman bekerja di hotel walaupun tidak bermalam disitu. Kali ini kami akan menyenaraikan 8 buah hotel yang menawarkan pakej WFH yang menarik ini di sekitar Kuala Lumpur.

Let’s check it out!

1) FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR

VIA FOUR POINTS BY SHERATON

Work From Home dengan lebih menarik dan suasana eksklusif di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur. Disini anda dapat bekerja dalam keadaan yang tenang, senyap tanpa gangguan dan didalam persekitaran yang menarik. Harga yang ditawarkan untuk WFH di sini bermula daripada RM49 dan boleh mencecah harga RM199 sahaja, mengikut penginapan dan ruangan tempat WFH yang anda cari. Selain itu, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur juga menawarkan tempat meletak kereta percuma, satu set percuma makan tengahhari, akses ke kawasan gymnasium dan pelbagai lagi! Menarik bukan?

Alamat : 2, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web : Four Points by Sheraton Kuala Lumpur
Hubungi : +603-20357333

2) GRAND HYATT KUALA LUMPUR

VIA GRAND HYATT KL

Hotel seterusnya yang menawarkan WFH adalah Grand Hyatt Kuala Lumpur. Siapa sangka hotel dengan nama besar ini juga berada di dalam senarai ini. Hotel ini menawarkan pengalaman ‘work from hotel’ yang cukup menarik dan juga sangat mewah. Anda boleh memilih pakej Day-cation bermula dari harga RM198 sehingga RM660 atau pakej Work-cation yang bermula dari RM385 sehingga RM715. Semua pakej ini termasuk dengan kemudahan WIFI, tempat meletak kereta dan pelbagai lagi!

Alamat : 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Laman Web : Grand Hyatt Kuala Lumpur
Hubungi : +603-21821234

3) LE MERIDIEN KUALA LUMPUR

VIA LE MERIDIEN KUALA LUMPUR

Hotel berikutnya adalah Le Méridien Kuala Lumpur. Terletak berdekatan dengan stesen KL Sentral, hotel ini turut menawarkan pengalaman ‘work from hotel’ dimana anda dapat melakukan kerja-kerja anda tanpa gangguan luar. Pakej yang ditawarkan iaitu ‘work anywhere day pass’ bermula pada harga RM172 dan anda boleh WFH selama 12 jam bermula 6.00 pagi sehingga 6.00 petang di bilik deluxe dimana anda juga dapat menerima kemudahan WIFI berkelajuan tinggi. Selain itu, anda juga bakal menerima makanan ringan dan juga air minuman sebagai sebahagian daripada pakej tersebut.

Alamat : 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web : Le Méridien Kuala Lumpur
Hubungi : +603-22637888

4) INTERCONTINENTAL KUALA LUMPUR

VIA INTERCONTINENTAL KUALA LUMPUR

InterContinental Kuala Lumpur pula memberikan tawaran yang lebih menarik untuk pengalaman ‘work from hotel’, dimana mereka menawarkan Deluxe atau Suite Office yang boleh memuatkan daripada dua orang sehingga empat orang. Selain itu, hotel ini turut menawarkan pembayaran yang berbeza untuk kedua jenis bilik iaitu, bayaran secara harian, lima hari, dan bulanan. Harga bermula serendah RM180 sehari dan boleh mencecah sehingga RM8,80 sebulan, mengikut pilihan anda. Oh ya, anda juga boleh menikmati pelbagai kemudahan yang turut tersedia dalam pakej juga!

Alamat : 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Laman Web : InterContinental Kuala Lumpur
Hubungi : +603-27826000

5) MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR

VIA MANDARIN ORIENTAL KL

Lokasinya yang terletak sangat dekat dengan KLCC, pastinya memberikan pengalaman WFH yang menarik untuk anda alami. Mandarin Oriental Kuala Lumpur menawarkan program ‘Working from M.O.’ dimana ia hanya terdapat di tiga buah negara yang mempunyai M.O. hotel sahaja iaitu Kuala Lumpur, Hong Kong dan juga New York. Pakej di dalam program ini juga termasuk dengan akses gym, tempat mencetak, WIFI dan juga tempat makan.

Alamat : Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Laman Web : Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Hubungi :
+603-23808888

6) SHANGRI-LA KUALA LUMPUR

VIA SHANGRI-LA KL

Hotel 5-bintang yang merupakan salah satu hotel paling lama di negara ini turut menawarkan ‘work from hotel’. Shangri-La Kuala Lumpur menawarkan pengalaman WFH yang menarik dan eksklusif terutama bagi mereka yang rindukan pengalaman di hotel 5 bintang, anda boleh memilih antara Executive Room, the Horizon Club Room atau the Exxecutive Suite dan anda boleh bekerja bermula 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Selain itu, anda juga dapat menikmati tawaran 20% diskaun untuk makanan dan minuman, serta bilik mesyuarat, kemudahan WIFI dan tempat meletak kereta dan juga Spa. Sangat menarik!

Alamat : 11, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Laman Web : Shangri-La Kuala Lumpur
Hubungi :
+603-20322388

7) THE CHOWKIT – AN ORMOND HOTEL

VIA THE CHOW KIT

Hotel berikutnya merupakan sebuah boutique hotel iaitu The Chow Kit – An Ormond Hotel. Dengan pakej ‘work from hotel’ yang ditawarkan, anda dapat melakukan kerja anda dikawasan hotel ini termasuklah kawasan restorannya, The Chow Kit Kitchen & Bar dengan kadar serendah RM30 sehari! Anda juga akan menerima 30% potongan sekiranya anda ingin menginap dan juga 30% potongan itu termasuklah pada makanan dan minuman, tempat meletak kereta dan free-flow kopi! Sungguh berbaloi!

Alamat : 1012, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur
Laman Web : The Chow kit- An Ormond Hotel
Hubungi :
+603-27786666

8) THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES

Lokasi terakhir dalam senarai ini adalah di Th RuMa Hotel and Residences. Sekiranya anda mencari lokasi hotel yang cantik, selesa untuk anda bekerja, ini pilihan yang terbaik untuk anda. Apa yang menarik adalah ruangan di dalam bilik yang luas dan selesa. Selain itu, anda juga bakal menikmati WIFI yang terbaik, mini-bar, 25% potongan untuk makanan di dalam bilik, tempat meletak kereta percuma dan juga pelbagai lagi. Untuk kadar selama 4 jam, ia bermula pada harga RM248 sahaja!

Alamat : 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Laman Web : The RuMa Hotel and Residences
Hubungi : +603-27780888

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Work From Hotel! Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘WFH’ di Kuala Lumpur!

Bosan 'Work From Home' di rumah? Kalau ya, marilah kita berWFH di hotel pula! Tawaran terbaru daripada hotel-hotel terkemuka untuk meneruskan operasi mereka dengan...

9 Lokasi Hiking Paling Sesuai Untuk Beginner di Malaysia!

Anda baru ingin menyertai aktiviti hiking? Jika ya, inilah artikel untuk anda baca iaitu lokasi yang sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti...

Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu...

Dimana Common Sense Anda? Arca Replika Penyu di Melaka Dijadikan Tempat Piknik Oleh Pengunjung!

Salah satu tarikan terbaru di Melaka, Arca Replika Penyu terdapat di Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong dan penduduk...

Recent Comments