8 Tips Memilih Hotel Bajet, Harga Murah Tapi Puas Hati!

Ada pelbagai faktor sebenarnya bagi seseorang itu untuk bercuti. Antaranya adalah mungkin untuk menghilangkan stress atau tekanan akibat kerja, mungkin juga kerana bercuti bersama keluarga, berbulan madu dan sebagainya. Antara yang menjadi kekangan utamanya adalah kewangan. Ramai yang menganggap untuk bercuti pastinya perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Sebenarnya anda boleh berjimat dengan memilih percutian bajet dan menginap di lokasi hotel yang berharga murah tetapi penginapan yang anda berpuas hati. Untuk itu, ini adalah senarai tips yang anda boleh cuba untuk mencari penginapan bajet!

#1 CARI MELALUI LAMAN WEB UNTUK DAPATKAN HARGA YANG TERBAIK

Encik Google semestinya dapat membantu anda dalam hal ini. Tapi sahaja ‘hotel bajet’, ia akan memuntahkan ratusan ribu carian dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, untuk memudahkan usaha pencarian anda apa kata anda gunakan laman web yang spesifik untuk mencari hotel murah.

Laman web seperti OYO, Trivago, Agoda dan banyak lagi dapat meringankan otak anda dalam membuat pilihan. Laman-laman web ini bukan sahaja lengkap dengan semua ciri yang memudahkan anda mencari, malah anda boleh menempah terus dari laman web berkenaan.

Muat turun apps hotel di telefon pintar juga merupakan langkah bijak. Ini adalah kerana selain menjimatkan masa, anda juga boleh menjadi antara yang terawal mengetahu tawaran istimewa.

#2 AMBIL TAHU JIKA ADA KOS TERSEMBUNYI

Walaupun sudah tertera harga di papan iklan (atau laman web) dengan terang, anda mungkin tidak perasan kos tersembunyi yang ditulis dengan kecil di hujung (bawah) iklan tersebut. Pastikan anda peka akan tanda-tanda seperti * atau ** di hujung harga kerana ini menunjukkan harga tersebut akan ada peningkatakan kelak.

Nama pun bajet jadi jangan jadikan kecuaian untuk melihat tanda-tanda seperti ini memaksa anda membayar lebih dari bajet yang anda peruntukkan.

#3 PAKEJ PERCUTIAN

Jika tarikh percutian anda fleksibel, ini merupakan peluang untuk anda mendapatkan pakej percutian dengan harga yang menarik. kebanyakan syarikat percutian akan membuat tawaran pakej percutian murah atau diskaun yang termasuk harga tiket, penginapan dan banyak lagi pada masa-masa tertentu.

Ini membolehkan anda untuk menikmati hotel penginapan yang lebih baik berbanding jika anda menempah sendir hotel memandangkan ia datang sekali dengan pakej percutian tersebut.

#4 LOKASI YANG BAIK

Apabila hotel bajet ini selalunya ada kelengkapan asas sahaja, ini membolehkan anda bajet lebih untuk menerokai tempat yang anda kunjungi. Penting untuk anda menempah hotel ang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam atau tinggal di tengah-tengah bandar untuk mengelakkan anda perlu berbelanja lebih untuk bergerak.

#5 BACA REVIEW & ULASAN

Laman-laman web pastinya akan menjamu mata anda dengan gambar terbaik hotel mereka (walaupun hakikatnya jauh dari itu). Jadi, anda bolehlah bergantung kepada ulasan mereka yang pernah tinggal di hotel tersebut.

Baca dengan teliti sebanyak ulasan yang mungkin untuk anda mendapat gambaran kasar akan keadaan sebenar apabila anda menempah hotel itu. Semestinya tidak semua orang bersependapat dalam soal keselesaan namun sebaiknya ambillah undian majoriti.

#6 SERVIS ASAS YANG BAIK

Ulasan boleh memberitahu anda banyak benda – tahap kebersihan, tahap kebisingan, kualiti makanan, tahap servis, dan lain-lain. Berlainan orang, lain kesukaan mereka. Jadi, pastikan anda tanya pada diri anda apa yang perlu ada untuk anda selesa menginap di situ. Jika anda sukakan kebersihan tetapi tidak kisah sangat perihal kebisingan, buatlah pilihan yang sesuai.

#7 BILIK AIR DI DALAM BILIK HOTEL

Ada sesetengah hotel murah yang menyuruh anda berkongsi bilik air dengan penginap yang lain. Tidak! Tidak kiralah bagaimana berbezanya kesukaan seseorang, berkongsi bilik air mungkin akan menjadi pengalaman ngeri untuk percutian kita.

Pilihlah hotel bajet yang ada bilik air tersedia di dalam setiap bilik agar anda tidak perlu berkongsi dengan orang lain seperti ketika kita duduk di asrama masa kolej dahulu.

#8 HARGA BERPATUTAN

Jika anda bayar lebih, anda akan dapat lebih. Begitu juga dengan hotel bajet. Lebihkan sedikit bayaran anda untuk dapatkan keselesaan dan ciri yang lebih baik berbanding dengan memilih hotel paling murah dan anda tidak berpuas hati dengan semua perkara.

Sumber : Libur.my

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?