AirAsia Bakal Tambah Penerbangan Tambang Rendah Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya.

Menjelang tempoh perayaan tidak lama lagi, AirAsia bakal menambah penerbangan tambang rendah tambahan, serta penerbangan lewat malam dari Kuala Lumpur dan hab utamanya yang lain ke pelbagai destinasi di seluruh Malaysia dan seterusnya bagi membolehkan para tetamu untuk bertemu semula dengan orang yang tersayang.

AirAsia telah meningkatkan kekerapan penerbangannya secara berterusan serta menyambung semula operasi rangkaian penerbangannya selepas dua tahun berikutan peningkatan permintaan. Pada tahun ini sahaja, AirAsia telah memperkenalkan semula penerbangan ke destinasi domestik dan antarabangsa popular seperti India, Jepun, Kemboja, Korea Selatan, Australia dan banyak lagi serta telah meningkatkan kapasiti penerbangannya secara beransur-ansur bagi memenuhi permintaan. Walau bagaimanapun, pemulihannya merupakan satu cabaran bagi AirAsia kerana kebanyakan syarikat penerbangan sedang berdepan dengan kekurangan slot penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di peringkat global bagi mengembalikan operasi semua pesawatnya.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata:

“Sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan tambang bernilai terbaik terutamanya dalam tempoh seperti ini. Musim perayaan merupakan antara salah satu tempoh yang paling sibuk untuk kami dan matlamat kami adalah untuk menerbangkan orang ramai terbang ke kampung halaman mereka untuk bertemu semula dengan keluarga yang tersayang pada perayaan istimewa ini. Oleh itu, kami akan menambah jumlah penerbangan ke dan dari destinasi popular membolehkan semua orang untuk balik kampung dengan tambang yang berpatutan.

“Tidak dinafikan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini merupakan masa yang mencabar untuk semua dan walaupun industri pelancongan sudah kembali pulih pada tahun ini, AirAsia tidak dapat mengendalikan penerbangan tambahan berikutan kesan pandemik yang berpanjangan. Kami masih dikekang dengan jumlah pesawat yang terhad kerana pesawat kami sedang menjalani pemeriksaan penyelenggaraan mandatori selepas dua tahun tidak membuat penerbangan. Selain itu, ketersediaan hangar MRO yang terhad bermakna proses pemeriksaan ini akan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Kami berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi menyokong para tetamu yang dihargai dan kami sangat bersyukur kerana dapat membawa kembali semua kru penerbangan, dan kami juga kini mengambil kru kabin tambahan untuk menyokong pemulihan ini.

“Kami amat terharu untuk melihat operasi syarikat penerbangan kami telah kembali pulih secara beransur-ansur, memenuhi peningkatan permintaan, dan menghubungkan lebih ramai tetamu ke pelbagai destinasi yang menakjubkan di Malaysia dan di seluruh Asia, serta membawa pulang lebih ramai orang untuk bertemu keluarga mereka pada musim perayaan. Walaupun kami masih dikekang dengan pemulihan semula industri perjalanan udara global, kami ingin meyakinkan para tetamu bahawa mulai bulan hadapan sehingga menjelangnya Tahun Baharu Cina dan Hari Raya, kami akan menambah penerbangan untuk laluan domestik dan antarabangsa, membantu untuk menerbangkan mereka untuk meraikan kedua-dua sambutan itu. Kami mengambil kira kesibukan jadual para pelanggan kami, jadi kami akan menambah beberapa penerbangan lewat malam bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada semua. Nantikan promosi dan tawaran kami yang akan datang untuk penerbangan tambahan ini!”

Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi dengan mengikuti @flyairasia di Instagram atau @airasia di Twitter dan WeChat/Weibo untuk kemas kini terkini

Sumber : Airasia

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?