AirAsia Lancar Laluan Baharu Singapura-Sibu dengan Tambang Serendah RM99 Sahaja!

  • Laluan terus baharu ketiga ke Singapura dari Sarawak pada tahun ini
  • Rangkaian paling luas antara Singapura dan Sarawak
  • Penerbangan sulung pada 16 Disember dengan tambang promosi hanya RM99

AirAsia mengumumkan pelancaran laluan antarabangsa baharu dari Sibu, Sarawak ke Singapura. Penerbangan sulungnya dijangka akan berlepas pada 16 Disember 2022, dengan kekerapan sebanyak empat kali seminggu. AirAsia pada awal tahun ini telah melancarkan dua penerbangan terus yang menghubungkan Sarawak ke Singapura berikutan permintaan yang kukuh. Kedua-dua penerbangan sulung dari Kuching dan Miri ke Singapura telah berlepas pada 29 April 2022 lalu.

Laluan baharu dari Sibu ini menandakan laluan antarabangsa ketiga syarikat penerbangan itu dari Bumi Kenyalang, menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas dan sambungan terbesar di Sarawak.

Air Asia Sibu Singapura

AirAsia kini menawarkan promosi tambang hebat untuk tetamu terawal. Mulai sekarang sehingga 27 November 2022, nikmati tambang termasuk semua daripada RM99 sehala untuk tempoh perjalanan bermula 16 Disember 2022 hingga 24 Mac 2023. Tempah penerbangan anda pada tambang promosi ini dengan menekan pada ikon ‘Flights’ pada airasia Super App atau laman web dan terokai keindahan destinasi ini pada nilai hebat.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Kami ingin sentiasa menawarkan laluan yang unik dan kurang mendapat perkhidmatan kepada para tetamu kami di samping memacu perkembangan industri perjalanan udara melalui rangkaian luas dengan tambang berpatutan.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan laluan baharu yang belum pernah kami lancarkan sebelum ini, menghubungkan para pengembara ke dua destinasi popular yang mempunyai permintaan kukuh untuk perjalanan dua hala. AirAsia telah mengubah landskap pelancongan sejak dua dekad yang lalu, menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan tambang rendah dan berpatutan, menjadikan penerbangan mampu milik untuk semua.

21 tahun kemudian, kami melancarkan laluan antarabangsa ketiga kami dari Sarawak ke Singapura dan menerbangkan ratusan ribu pengembara ke negara ini setiap tahun, memberikan peluang untuk sektor pelancongan dan ekonomi negara untuk terus berkembang di rantau ini. Ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dan kerjasama yang luar biasa daripada kerajaan negeri Sarawak dan rakan kongsi pelancongan dan industri kami, serta pasukan kami yang berdedikasi di AirAsia.

“Pencapaian ini datang pada masa yang tepat kerana dua bulan yang lalu, kami telah menyambung semula operasi di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dan kini kami bersedia untuk menawarkan lebih banyak penerbangan! Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan pemain industri dalam masa terdekat untuk menjayakan laluan ini. Saya menggalakkan para tetamu yang inginkan mendapatkan tawaran bernilai hebat ini untuk membuat tempahan segera dan menerokai bandar-bandar yang indah ini bersama kami!”

Jadual Penerbangan Sibu → Singapura

Air Asia Sibu Singapura

Mulai Disember, AirAsia bakal meningkatkan kekerapan penerbangannya untuk laluan Kuching-Singapura kepada 11 kali seminggu dan Miri-Singapura kepada 5 kalu seminggu. Penerbangan ini tersedia untuk tempahan melalui airasia Super App dan laman web airasia.

Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi dengan mengikuti @flyairasia di Instagram atau @airasia di Twitter dan WeChat/Weibo untuk kemas kini terkini.

Sumber : AirAsia

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?