AirAsia Lancar Perkhidmatan Hidangan Terus Antara Bandar, Caj penghantaran Cuma RM5.99 sahaja!

Kalau sebut sahaja Penang mesti macam-macam makanan yang terbayang diminda. Yelah, Penang merupakan antara lokasi syurga makanan buat rakyat Malaysia. Kalau ke Penang pasti tak sah kalau tak cuba makanan dan juadah terkenal seperti Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, Jeruk Campur oleh Jeruk Madu Pak Ali dan sebagainya.

Faktor jarak yang jauh sememangnya antara yang menyebabkan sukar untuk mencuba juadah-juadah di Penang tersebut tetapi sekarang tak perlu risau lagi sebab airasia food hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar yang terbaharu untuk membolehkan pengguna menikmati juadah kegemaran mereka dari seluruh negara, diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu mereka.

PERKHIDMATAN AIRASIA SUPER APP BERMULA 15 OGOS

Mulai 15 Ogos, platform penghantaran makanan airasia Super App itu bakal memulakan perkhidmatan uniknya untuk kawasan terpilih di Lembah Klang dan para pengguna boleh memenuhi keinginan mereka untuk menikmati juadah terkenal dari Pulau Pinang dengan hanya menekan pada ikon ‘Food’ pada aplikasi super tersebut. Pilihan makanan termasuk pilihan menu Halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, Jeruk Campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe dan makanan tidak halal daripada Tiger Char Koay Teow, 888 Hokkien Mee Jalan Iradiwati dan banyak lagi.

DIMASAK TERUS DARI KEDAI

Semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai dan akan diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Penang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu, dengan caj penghantaran berpatutan hanya RM5.99 setiap pesanan. Tempahan akan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan. Para pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran mereka sehingga 30 hari lebih awal.

Tan Suan Sear, Ketua Serantau airasia food, berkata, “Malaysia terkenal dengan kepelbagaian juadah makanannya yang digemari dunia, dan ada yang sanggup untuk merantau jauh untuk memenuhi keinginan mereka.

Kami berhasrat untuk memenuhi keinginan anda dengan mudah sehingga ke hadapan pintu rumah dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar ini!

Imej Kredit : Penang Foodie

Sebagai sebuah platform penghantaran makanan yang berada dalam ekosistem yang sama dengan rangkaian penerbangan luas AirAsia, kami berbangga untuk memperkenalkan sesuatu yang unik dalam industri penghantaran makanan iaitu membawa hidangan dari seluruh dunia kepada anda.

Selain itu, matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan memanfaatkan ekosistem airasia untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memperluas khidmat penghantaran mereka ke luar negeri kerana mereka dapat mempromosikan produk mereka kepada jutaan pengguna aktif airasia Super App di seluruh rantau ini.”

Imej Kredit : Hungry Onion

“Setakat hari ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan beberapa hidangan terbaik yang ditawarkan oleh kampung halaman saya, Pulau Pinang, dan tidak lama lagi perkhidmatan baharu ini juga akan merangkumi makanan dari negeri lain di Malaysia untuk dihantar ke lebih banyak lokasi di Lembah Klang dan di luar.

Kami telah berjaya melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar yang sama di Thailand di mana juadah popular dari Phuket diterbangkan ke Bangkok untuk menggembirakan dan menarik minat para pengunjung,” tambah Tan.

Mudahlah selepas ini kalau tiba-tiba craving atau mengidam makanan dari Penang, pesan sahaja melalui aplikasi AirAsia Super App ni.

Sumber : AirAsia Newsroom

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?