Airasia Super App Jalin Kerjasama dengan 50 Kumpulan Perhotelan Serantau

airasia Super App telah bekerjasama dengan lebih daripada 50 kumpulan hotel utama dari Malaysia, Thailand, Indonesia serta Filipina untuk membantu mengukuhkan kedudukan aplikasi itu sebagai salahs atu platform perjalanan dan gaya hidup dalam talian yang paling pesat berkembang di rantai ini.

Capital A Bhd, syarikat induk AirAsia Aviation Group berkata perkongsian itu akan membolehkan aplikasi tersebut menawarkan pelbagai pilihan hotel kepada pelanggan berdasarkan bajet mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) airasia Super App, Amanda Woo berkata rakan kongsi hotel langsung itu mampu mengambil peluang ke atas kehadiran dan rangkaian kesalinghubungan jenama AirAsia yang kukuh.

“Ini akan membolehkan airasia Super App memanfaatkan lebih banyak peluang pemasaran serta keterlihatan bagi setiap rakan hotel sambil menawarkan mereka kadar yang sangat kompetitif,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.

Woo menjelaskan platform perhotelan itu menawarkan opsyen kepada pengguna lebih 700,000 hotel di seluruh dunia, keupayaan untuk memperoleh termasuk menebus mata ganjaran AirAsia, malah bagi menjalinkan penerbangan serta tempahan hotel mereka dalam satu transaksi lancar melalui pakej gabungan hotel dan penerbangannya yang dipanggil SNAP.

“Platform tempahan hotel airasia Super App juga akan memberi gerenti harga hotel terbaik di platform ini, dengan skim jaminan harga yang akan dilancarkan tidak lama lagi, selain daripada kadar istimewa untuk ahli, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata pandemik COVID-19 tidak boleh dilihat sebagai penghalang kepada pertumbuhan semula industri pelancongan dan penerbangan di Malaysia serta seluruh dunia.

Industri pelancongan yang berkait rapat dengan sektor peerbangan perlu dipulihkan selepas dua tahun yang agak suram.

“Langkah membuka sempadan serta meneruskan operasi pelancongan dan perniagaan seperti biasa adalah amat penting di peringkat global bagi mencapai pemulihan menyeluruh industri termasuk Capital A.

“Apabila industri pelancongan berada pada kemuncak, kami menerbangkan 100 juta tetamu hanya di rangkaian AirAsia sahaja, yang mana, ini diterjemahkan kepada pankalan pelanggan yang berharga.

“Pangkalan pelanggan ini adalah sesuatu yang tidak boleh ditawarkan oleh ejen pelancongan dalam talian (OTA) lain selain daripada airasia Super App kerana kami adalah satu-satunya aplikasi super perjalanan yang juga memiliki kumpulan syarikat penerbangan,” katanya.

Fernandes berkata adalah penting untuk mengukuhkan platform tempahan hotel kumpulan memandangkan kebangkitan semula perjalanan semasa dan keupayaan super app sebagai OTA.

“Dan inilah yang ingin kami perlu tekankan kepada rakan hotel kami, dengan berada di platform tempahan hotel airasia Super App, anda akan dapat memanfaatkan kumpulan yang memiliki asas pelancong yang mantap dan bersama-sama, kami dapat menawarkan pelanggan pengalaman perjalanan yang dipertingkatkan dalam satu aplikasi yang lancar.

“Ini semua terkait dengan adanya ekosistem perjalanan lengkap yang akan mewujudkan nilai yang lebih baik untuk pelanggan kami dan OTA yang memiliki syarikat penerbangan, ini telah membolehkan kami menawarkan produk seperti SNAP, mewujudkan pengambilan yang lebih baik untuk rakan hotel kami di samping menyediakan pengalaman tempahan yang lebih mudah kepada pelancong,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *