AirAsia X Yakin dengan Pasaran Australia dan NZ, akan Tambah Frekuensi Penerbangan

AirAsia X Bhd, syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia Aviation Group, bercadang untuk meningkatkan frekuenci penerbangan ke Australia dan New Zealand kepada tujuh penerbangan setiap minggu menjelang suku pertama tahun depan.

Ini sekaligus mencerminkan keyakinan syarikat terhadap prospek operasinya di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu pada masa ini mengendalikan tiga penerbangan terus setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Sydney, Melbourne, Perth dan Auckland.

“Bagi Australia, ada sedikit penangguhan kerana isu visa untuk rakyat Malaysia, tetapi kini proses itu telah bertambah baik sedikit, jadi, kami berasa lega kerana kami boleh menjual tiket. Melihat kepada muatan (penumpang), ia nampak kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Malaysia selepas meraikan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan AAX ke Melbourne hari ini.

Penerbangan sulung dari Kuala Lumpur mendarat pada 6.17 pagi – 13 minit lebih awal daripada yang dijadualkan – dan berlepas dari Melbourne pada 7.40 pagi.

Dengan jumlah muatan penumpang yang menggalakkan pada kedua-dua penerbangan, perkhidmatan baharu itu menandakan pemulihan ketara dalam permintaan untuk perjalanan udara jarak sederhana kos rendah, sekali gus memberikan rangsangan yang amat dialu-alukan kepada pelancongan Australia dan Malaysia.

Dari segi kapaiti, Benyamin berkata pasaran Australia dan New Zealand dijangka mencecah 50 peratus daripada paras prapandemik menjelang Disember.

Beliau seterusnya menambah bilangan pesawat yang tidak mencukupi ketika ini akan melambatkan perjalanan pemulihan.

AAX pada masa ini mengendalkikan enam pesawat, dan jumlah ini mungkin akan ditambah kepada lapan menjelang akhirt ahun dan 13 pada April 2023.

“Apa yang penting bagi kami sekarang ialah mengembalikan semula (jumlah pesawat AAX) kepada 24 pesawat (tahap prapandemik). Kami kini sedang berusaha. Mudah-mudahan kami dapat menyelesaikannya dalam beberapa bulan akand atang dan kemudian boleh bersiap sedia untuk menjayakan penghantaran (baharu),” katanya.

Kumpulan AirAsia mempunyai saiz armada semasa sebanyak 205 dan menjangka meningkatkannya kepada 300 pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia akan emnerima penghantaran 362 pesawat Airbus 321neo yang telah ditempahnya bermula dari 2024.

Sebelum pandemik melanda, AAX menyumbang 45 peratus penguasaan pasaran untuk penerbangan antara Australia dan Malaysia, dengan sehingga 92 penerbangan seminggu ke empat destinasi.

Berikutan penyambungan semula perkhidmatannya ke Sydney baru-baru ini serta ke Melbourne dan Perth minggu ini, AAX akan menyambung semula sejumlah 24 penerbangan setiap minggu ke tiga destinasi utama di Australia.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi AAX yang baharu dilantik Tunku Datuk Mahmood Fawzy, KEtua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Melbourne Lorie Argus dan Ketua Pegawai Eksekutif Visit Victotia Brenda McClements.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?