Bajet 2023: Tumpu pelancongan mampan, kurangkan perbelanjaan utiliti

Pemain industri pelancongan di negara ini mahu kerajaan memberi tumpuan bagi pertumbuhan industri pelancongan yang mampan, selain pengurangan perbelanjaan operasi dan utiliti dalam Bajet 2023.

Ini bagi memastikan sektor pelancongan dapat kembali beroperasi dengan baik dalam fasa peralihan ke endemik memandangkan ia adalah antara sektor yang paling terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malasia (MyBHA) Dr Sri Ganesh Michiel berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkan nilai ambang Cukai Perkhidmatan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi industri hotel daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta.

“Ini kerana hotel bajet hanya memperoleh purata RM50 sebilik untuk penginapan satu malam dan tidak selaras dengan keperluan ekonomi semasa.

“Kami menawarkan perkhidmatan kepada rakyat kebanyakannya di bawah kategori B40 dan oleh itu, meningkatkan nilai ambang SST akan memudahkan kami dalam menetapkan kadar harga yang betul untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dalam kumpulan itu,” katanya kepada Bernama.

Sri Ganesh juga mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan tarif elektrik khas untuk industri pelancongan serta insentif pembiayaan dan cukai.

Penjaga muzium perlombangan bijih timah yang terletak di Ipoh, Han Chin Pet Soo (HCPS), Leong Meng Fai berharap kerjaan dapat mengkaji untuk mengurangkan perbelanjaan utiliti bagi muzium dan pusat pameran dalam kategori yang sama.

“Pengurangan ini amat dihargai kerana ia sangat melegakan tugas kami dalam menyelenggara muzium, yang tidak mudah terutamanya HCPS beroperasi dalam satu daripada bangunan lama di Ipoh.

“Selian itu, kami berharap bajet kali ini mempertimbangkan untuk membiayai walaupun sebahagian, bagi membaik pulih bangunan lama sama ada di Ipoh atau negeri lain, untuk memastikan struktur unik ini kekal terpelihara dan seterusnya dapat menarik lebih ramai pelancong,” katanya.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?