Berseronok Sepuas-Puasnya di Fun X World Summit USJ! Jom Lihat Harga Tiket

Berseronok bersama anak-anak sememangnya satu pengalaman yang cukup menarik. Untuk mereka yang berada di Lembah Klang pastinya mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih tempat yang sesuai. Bagaimanapun, kali ini kami ingin mengesyorkan satu tempat menarik yang dikenali sebagai Fun X World. Fun X World ini mungkin salah satu lokasi yang tepat untuk anda menghabiskan masa bersama anak-anak di waktu lapang.

Baru sahaja dibuka pada bulan September 2022 yang lalu, Fun X World ini merupakan tempat yang menyeronokkan, penuh dengan permainan yang menarik bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga untuk ibu bapa.

Berikut adalah antara yang menarik di Fun X World.

  • Unlimited arcade. Boleh main puas-puas.
  • Fairyland Bumper Car. Wajib main tau.
  • Castle Adventure Skate. Main roller blades, skuter kat sini puas2. Available utk dewasa & kanak-kanak. Besar giler tau kawasan dia.
  • Forest Escape Playground. Luangkan masa dengan anak-anak kat sini. Anak seronok, parents pon seronok kat sini.
  • Makanan luar tak dibenarkan masuk tapi tak perlu risau. Anda tak akan lapar. Kat sini ade Food Garden Cafe.
  • Setiap sisi view tempat ni memang instagrammable sangat. Cantik!
  • Stroller tak boleh bawa masuk. Perlu letak di entrance
  • Wajib pakai kasut bertutup dan berstokin. Stokin boleh beli RM5.

Untuk makluman anda, Fun X World terletak di tingkat dua, Summit USJ. Menariknya, tempat ini berkeluasan 55,000 sq ft, sangat luas dan anak dan anak-anak anda boleh bermain sepuas-puasnya di sini.

Nampak menarik bukan Fun X World ini? Anda pasti ingin mengetahui tentang tiket kan? Berikut adalah info mengenai tiket di Fun X World ini.

  • Ibu Bapa/Penjaga (Tak Main Games): RM20/orang
  • Kanak-Kanak/Penjaga Yang Nak Main Games : RM50/orang
  • Kanak-Kanak bawah 80cm : Percuma

Lokasi :
Fun X World, Lot 2.140B Level 2, Summit USJ Mall, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor

Untuk memudahkan anda, anda boleh membeli tiket secara atas talian di pautan berikut : https://tickets.funxworld.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *