‘Bird watching’ dijangka tarik 5,000 pelancong tahun ini – Tourism Malaysia

Tourism Malaysia menyasarkan 5,000 kedatangan pelancong ke 55 lokasi aktiviti mencerap burung (bird watching) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata lokasi berkenaan termasuk di Tasik Kenyir, Setiu serta Paya Maga dan Mulu di Sarawak.

Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, pihaknya giat menjalankan pelbagai promosi termasuk mengedarkan E-Rizalah Birdwatching Paradise Malaysia bagi menarik pelancong bukan sahaja domestik, malah luar negara.

“Pada 2019, Malaysia merekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara.”

“Tahun ini kita sasarkan pasaran pelancong lebih luas iaitu dari United Kingdom, Jepun, Singapura, Taiwan dan Thailand,” katanya selepas majlis pelancaran E-Risalah Minat Khas Birdwatching Paradise Malaysia di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Menurut Iskandar Mirza lagi, pihaknya berharap supaya lebih banyak pakej bird watching ditawarkan oleh penggiat pelancongan bagi merancakkan dan memajukan lagi sektor pelancongan di lokasi berkaitan.

Beliau berkata Malaysia memiliki hampir 4.5 juta hektar kawasan yang dikategorikan sebagai lokasi Kawasan Penting Burung dan Biodiversiti (IBA) oleh BirdLife International, justeri lokasi itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi pulangan ekonomi kepada rakuyat dan negara.

“Pahang, Sarawak, Sabah dan Perak antara negeri yang mencatat IBA tertinggi. Manfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk maukan agenda pelancongan di negeri masing-masing,”. katanya.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?