Lari dari Kesibukan Bandar di Boulder Valley Glamping, Penang

Glamping atau glamour camping, dengan kata lainnya perkhemahan ala mewah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ini boleh dilihat dengan pertumbuhan pesat glamping di serata negeri pelusuk negara. Kalau anda memilih untuk Cuti-Cuti Malaysia ke Pulau Pinang dan bosan bermalam di hotel atau homestay — anda boleh cuba menginap di sebuah destinasi berkonsepkan ‘Glamping’ atau glamor camping di BOULDER VALLEY GLAMPING!

Destinasi berkonsepkan perkhemahan mewah di kawasan Teluk Bahang, Pulau Pinang ini sememangnya menjanjikan sebuah percutian yang mesra alam semulajadi serta menawarkan kedamaian yang pasti membuatkan korang lebih gembira dan bahagia.

Perjalanan untuk ke Boulder Valley Glamping ini hanya mengambil masa kira-kira 45 minit jika anda dari Georgetown atau pusat bandar.

Setibanya di sini, anda boleh memilih sama ada untuk menginap di 3 jenis bilik yang disediakan iaitu Safari Tent, Tented Villa atau Chalet.

Kesemua jenis penginapan tersebut dilengkapi tandas sendiri tanpa perlu bimbang untuk mencari tandas di luar seperti jika anda berkhemah di dalam hutan biasa.

Bagaimanapun, bagi memelihara konsep percutian yang mendamaikan di tengah-tengah alam semulajadi tanpa sebarang gangguan luar — di dalam bilik tidak disediakan dengan televisyen, malah sambungan line telefon juga agak terhad.

Jadi, ‘hiburan’ anda di sini benar-benar datang daripada nature seperti bunyi cengkerik dan hidupan dari dalam hutan serta alunan bunyi air yang mengalir untuk dijadikan sebagai halwa telinga.

Jika anda bercuti di Boulder Valley Glamping ini, anda tidak perlu risau yang ia membosankan kerana di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh anda enjoy seperti memanah, kelas senaman, spa dan juga berenang di kolam renang yang disediakan.

Bahkan tempat ini juga turut disediakan sebuah ruang luas untuk anda yang ingin membuat aktiviti berkumpulan seperti team building, sambutan hari jadi, reunion dan sebagainya.

Selain itu, di Boulder Valley Glamping ini terdapat sebuah restoran untuk anda menikmati sajian tempatan dan ia terletak di dalam sebuah rumah kaca yang dihiasi dekorasi dalaman yang sangat cantik dan memukau mata.

Harga sewa untuk semalam di Boulder Valley Glamping ini adalah dari RM355.

BOULDER VALLEY GLAMPING

ALAMAT: 8 Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia.
WEBSITE: https://bouldervalleyglamping.com.my/
FACEBOOK: Boulder Valley Glamping & Event Place
NO TEL: 012-4906882

Sumber : Rileklah

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?