Bukit Gambang Water Park Akhirnya Kembali Dibuka! Ini Harga dan Waktu Operasinya.

Taman Tema bukit Gambang Resort City atau Bukit Gambang Water Park merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan untuk anak-anak dan keluarga mandi-manda dan beristirehat.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu memberi kesan kepada sektor pelancongan di serata Malaysia. Antara yang turut terkesan adalah Bukit Gambang Water Park yang terpaksa menutup operasi mereka.

Bagaimanapun, akhirnya ada juga berita gembira apabila pihak pengurusan mengumumkan Bukit Gambang Water Park yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Pahang kembali dibuka bermula penghujung September 2022.

Pembukaan semula operasi Bukit Gambar Water Park ini membolehkan untuk anda, bercuti dan mandi-manda bersama keluarga dalam masa terdekat ni.

Harga Tiket & Waktu Operasi Bukit Gambang Waterpark

Sempena pembukaan, promosi harga tiket terbaru adalah RM28 bagi dewasa 13 tahun ke atas, RM18 bagi kanak-kanak 3 hingga 12 tahun.

Waktu operasi bagi taman tema air ini adalah bermula jam 11 pagi sehingga 6 petang pada rabu sehingga jumaat manakala bagi sabtu, ahad, dan cuti umum adalah pada 10 pagi sehingga jam 6 petang.

Lebih menarik, hotel di sekitar taman tema tersebut juga bakal dibuka dalam masa terdekat.

Sumber : BGRC | Surgaroute

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?