Cafe Hopping! Ini Senarai 8 Cafe Menarik di Kuantan, Pahang !

Kuantan merupakan antara bandar yang pesat membangun di Malaysia ini. Terletak di persisiran Laut China Selatan, bandar ini pastinya menawarkan pelbagai lokasi menarik untuk bercuti dan melancong. Untuk anda yang mencari lokasi tempat lepak dan minum kopi yang menarik di bandar Kuantan, ini senarai untuk anda !

Jangan lupa untuk terjah dan kunjungi semua kafe yang tersenarai ini ya!

#1 Kula Cakes

Salah satu kafe paling popular di bandar Kuantan, Kula Cakes menawarkan pelbagai pilihan menu yang menarik. Terletak di Jalan Besar, kafe ini menawarkan pilihan dessert yang sedap dan antara yang popular adalah mango cheesecake. Tempat makan yg cantik di luar memang sesuai untuk anda bersantai sambil bergambar dengan makanan yg sedap.

Lokasi : A96 Jalan Besar 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Isnin) 11 Pagi - 6 Petang
Laman Web : https://www.facebook.com/Kula-Cakes-263637486982707/

#2 90 degrees Cafe & Art

Kafe yang popular bagi penduduk sekitar Kuantan, kafe ini mempunyai dekorasi yang cantik dan tenang sesuai untuk anda lepak bersama rakan-rakan dan keluarga. Kafe ini terbahagi kepada dua tingkat, tingkat bawah tempat untuk makan manakala tingkat atasnya pula ruangan acara.

Lokasi : B-882 Jalan Air Putih 25300 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Selasa) 10 Pagi - 11 Malam
Laman Web : https://90degreescafe.com/

#3 Beanz & Co.

Satu lagi kafe yang menarik, Beanz & Co. menawarkan pelbagai makanan yang menarik terutamanya menu wafflenya. Dekorasi kafenya juga cukup menarik dan sesuai untuk anda bersantai atau bertemu rakan di sini.

Lokasi : A892, 2, Lorong Sri Kuantan 42, Perkampungan Seri Kuantan, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari 12 Tengahhari -11 Malam
Laman Web : https://www.facebook.com/beanznco/

#4 Coffee Gallery

Dianugerahkan sebagai Best Hipster Cafe pada tahun 2016, Coffee Gallery pastinya kafe yang perlu ada dalam senarai kali ini. Pelbagai jenis coffee yang terdapat di kafe ini sememangnya cukup menarik. Lebih menarik coffee yang terdapat di dalam kafe ini harganya adalah pada RM10 atau bawah RM10 ya!

Lokasi : Star City, A-17, Jalan Sri Kuantan 80, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Isnin) 9.30 Pagi - 12.00 Tengah malam
Laman Web : https://www.facebook.com/coffeegallerymalaysia/

#5 The Rolling Dough

Antara kafe yang menarik, The Rolling Dough kafe ini menawarkan piihan hidangan berasaskan makanan barat. Antara yang menarik di sini termasuklah Pumpkin Carrot Soup, Chilli Chocolate Cake dan pelbagai lagi.

Lokasi : 4468, Lorong Alor Akar 15, Taman Mewah, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Isnin) 10.30 Pagi - 11.30 Malam
Laman Web : https://www.facebook.com/therollingdoughcafe

#6 Tjantek Cafe and Art Bistro

Dekorasi retronya cukup menarik, Tjantek kafe ini menawarkan hidangan tempatan dan juga antarabangsa dengan pelbagai pilihan minuman. Antara menu yang anda boleh cuba adalah seperti waffle, latte matcha, carbonara, aglio dan pelbagai lagi.

Lokasi : 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Rabu) 9.00 Pagi - 10 Malam
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100036645709527

#7 Rasa Sayang Cafe

Rasa Sayang Cafe Kuantan ini terkenal dengan pelbagai pilihan manisan, kopi Vietnam, Pandan Yakult dan Honey Lemon Yakult. Dengan dekorasi bertemakan minimalistis, kafe ini pastinya sesuai untuk anda lepak dan santai bersama rakan-rakan.

Lokasi : A25, Jalan Sri Kuantan 80, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari 10 Pagi - 10 Malam
Laman Web : https://www.facebook.com/rasasayangktn

#8 Java Flava

Antara kafe hipster terbaik di Kuantan, Java Flaza Cafe ini menawarkan pelbagai menu Barat dan kopi yang menarik. Dekorasi dan suasana yang menarik juga menjadi sebab untuk tetamu datang berkunjung selain menikmati makanan yang menyelerakan.

Lokasi : B-1786, Jalan Haji Ahmad, Perkampungan Bukit Sekilau, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Khamis) 10.00 Pagi - 11.00 Malam
Laman Web : https://www.facebook.com/javaflavacafe

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?