Cara Permohonan dan pembaharuan Pasport Secara Online 2022

Pasport sudah atau hampir tamat tempoh? Jangan risau, anda boleh sahaja terus memperbaharuinya. Walaubagaimanapun kini tiada lagi kaedah walk-in. Selain itu, Sistem Temujanji Online (STO) bagi permohonan passport Malaysia antarabangsa (PMA) juga dimansuhkan bermula 11 Mei 2022 yang lalu.

Buat masa sekarang, anda perlu membuat permohonan secara dalam talian di MyOnline Pasport.

Hanya permohonan kali pertama, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), termasuk kes pasport hilang atau rosak sahaja yang dibenarkan walk-in.

Selain itu, kategori yang dibenarkan untuk walk-in juga adalah permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah, pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat ijazah di luar negara dan jemaah haji.

Tapi sebelum tu, anda kena sediakan dokumen-dokumen ni sebelum nak memperbaharui pasport anda ;

  • Sediakan kad debit, kad kredit ataupun no akaun bank untuk buat pembayaran secara online
  • Sediakan gambar secara online ikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Pastikan e-pasport (yang ada cip) dalam keadaan baik.
  • Kad Pengenalan / sijil kelahiran (untuk anak)
  • Pasport yang lama

LANGKAH PERBAHARUI PASPORT SECARA ONLINE

1) Langkah pertama, seperti biasa, anda perlulah log masuk dulu dalam portal MyIMMS eServices.

2) Seterusnya,  pergi pada bahagian “MyOnline pasport” dan klik pada “Permohonan pasport/Application for the renewal of pasport

3) Berikutnya, anda akan diberikan penerangan dan maklumat berkaitan:

  • Tempoh pengeluaran pasport
  • Spesifikasi foto pasport
  • Terma dan syarat
  • Jumlah bayaran

4) Kemudiannya, anda perlu memilih cawangan kutipan pasport (maaf, COD tidak disediakan ya.)

5) Seterusnya anda perlu memuat naik gambar anda.  

6) Lengkapkan bayaran sama ada menggunakan perbankan internet, kredit kad atau Touch ‘n Go e-wallet (wang tunai tak diterima).

7) Akhir sekali, simpan resit sebagai bukti pembayaran dan juga cawangan kutipan (WAJIB dibawa sewaktu pengambilan pasport nanti)​

KADAR BAYARAN PASPORT

Berikut adalah  kadar bayaran yang dikenakan untuk tempoh sah 5 tahun:

  • Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
  • Warga Emas (60 tahun keatas): RM100 (untuk dapatkan harga warga emas, pemohon perlu hadir ke kaunter)
  • Permohonan untuk ibadah Haji: RM100
  • Pemohon berkeperluan khas (OKU): Percuma

UNTUK ELAKKAN SEBARANG MASALAH, PASTIKAN ;

#1 Ikut spesifikasi foto yang sudah ditetapkan oleh pihak imigresen.

Banyak kali permohonan untuk memperbaharui pasport ditolak kerana tidak mengikut ketetapan imigresen yang ketat ini. Untuk elakkan anda menjadi lebih runsing, anda boleh ambil gambar melalui cara professional (studio gambar). Anda juga boleh minta softcopy untuk lancarkan proses memuat naik gambar nanti.

Selain tu, pastikan anda pakai pakaian berwarna gelap yang menutup bahagian lengan dan dada. Elakkan dari guna warna yang terlebih fancy, kanta lekap yang bewarna atau aksesori di kepala. Pastikan rambut anda tidak menutup bahagian muka. Saiz gambar pula mestilah berukuran 50mmx35mm.

#2 Hantar permohonan secara dalam talian sebelum jam 3 petang

Jika anda hantar permohonan sebelum pukul 3 petang, anda sudah boleh mengambil pasport yang siap diperbaharui pada keesokan harinya (hari bekerja), selepas pukul 10 pagi di pejabat imigresen yang dipilih. Jika tak, anda perlu tunggu selama 3 hari bekerja untuk mengambil passport anda.

PENTING: Kalau sudah lepas tiga hari dari tarikh permohonan dan anda tak dapat apa-apa emel, besar kemungkinan permohonan anda telah ditolak. Anda perlu hadirkan diri ke pejabat imigresen bersama resit sekali untuk selesaikan masalah mengapa permohonan ditolak.

#3 Datang dan ambik sendiri pasport.

Ya, anda perlu ambil pasport sendiri. Pastikan anda menyemak semula tarikh kutipan, masa dan lokasi. Selain itu, saranan lain adalah supaya anda datang awal kat cawangan kutipan nanti sebab anda perlu beratur untuk ambil nombor giliran yang tertakluk pada kekosongan slot. Apabila slot penuh nanti, anda mungkin tak dapat mengambil pasport anda dan perlu pulang ke rumah dengan tangan kosong sahaja.

Oh ya, jangan lupa bawak kad pengenalan, pasport lama dan resit sekali.

PERMOHONAN SECARA WALK-IN HANYA UNTUK ;

Mungkin ada yang beranggapan prosesnya lebih rumit berbanding sebelum pandemik. Nak walk-in? Peraturan yang ditetapkan pihak imigresen telah diputuskan dimana hanya beberapa kategori sahaja yang boleh walk-in. Berikut adalah antara kategorinya ;

  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Warganegara pergi haji (mesti bawa surat tawaran Tabung Haji)
  • Orang kurang upaya (mesti membawa kad pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Permohonan kali pertama
  • Kanak-kanak berumur bawah 13 tahun
  • Individu yang kehilangan pasport mereka (akan memerlukan laporan polis)
  • Orang yang mempunyai pasport yang rosak
  • Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun dan belajar di luar negara (mesti membawa surat tawaran universiti/kolej luar negara atau dokumen yang serupa)

Jadi begitulah langkah-langkah dan info yang anda perlu tahu tentang proses memperbaharui pasport secara atas talian. Semoga artikel kali ini bermanfaat untuk anda dan seterusnya anda bolehlah melancong ke luar negara dengan mudah.

Semoga Bermanfaat

Artikel Terpilih

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

Kecoh baru-baru ini apabila ramai mempertikaikan tentang rakyat Malaysia yang semakin ramai memilih negara jiran sebagai lokasi percutian berbanding lokasi…
Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13…
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Berita baik buat ‘kaki travel‘, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.…
Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu merupakan sebuah lokasi yang menjadi tumpuan jutaan pelancong. Sama ada pelancong yang datang…
Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan. Pusat…
Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdindin kayu serta beratap nipah atua rumbia kini semakin ditelah zaman, digantikan dengan…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?