Dekat Je! Ini Senarai Lokasi Glamping Best Sekitar Kuala Lumpur

Sebenanrya banyak juga lokasi glamping dengan dekorasi dan pemandangan menarik yang terletak dekat sahaja dengan bandaraya Kuala Lumpur. Glamping atau glamour camping ini menjadi pilihan ramai kerana dapat berkhemah tetapi dalam masa yang sama masih rasa seperti dirumah dengan kelengkapan yang cukup selesa.

Bila sibuk dengan kerja, bosan perlu melalui kesesakan trafik ada baiknya juga bercuti dan merehatkan minda dilokasi glamping yang menarik seperti yang tersenarai di dalam senarai dibawah.

#1 Castra by Colony

Imej via Facebook

Anda mencari glamping premium? Castra by Colony merupakan salah satu spot glamping yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.Pengalaman glamping yang mewah dan eksklusif ini sememangnya sangat menarik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit dan pelbagai mercu tanda ibu kota Kuala Lumpur.

Rekaan dalamannya yang berkonsepkan Mediterranean aesthetic menjadikan spot glamping ini lokasi yang cukup sesuai buat sambutan hari istimewa bersama keluarga dan rakan terdekat. Anda boleh merasai pengalaman bermalam di Bohemia Canopy Tents yang menarik!

Imej via Facebook

Selain itu, peralatan barbeku juga disediakan secara percuma buat pengunjung yang bermalam di glamping ini.

Lokasi : Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
Harga : Bermula Rm 2,500/malam
Kapasiti : 10 orang
Facebook : https://www.facebook.com/castrabycolony/

#2 Tadom Hill Resorts

Imej via Facebook

Terletak hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, Tadom Hill Resorts merupakan lokasi glamping yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Menawarkan pengalaman glamping dalam rumah pondok berasaskan buluh, Tadom Hill Resort ini pastinya lokasi glamping menarik untuk penginapan anda.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti fling fox, rock climbing, berakit dan pelbagai lagi aktiviti lasak yang anda boleh lakukan bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Imej via Facebook

Untuk pengalaman camping pula, anda boleh cuba tidur di atas hammock dengan 10 orang rakan atau keluarga di Hammock Sphere. Penginapan di Bamboo Hut pula lebih istimewa dengan tilam dan kelambu dan boleh memuatkan sehingga 7 orang.

Lokasi : Tadom Hill Resorts, No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Harga : Bamboo Lakeside Tent : Bermula RM 140.00/malam ( penginapan 2 orang)
Bamboo Hut for 6 : Bermula RM 540.00/malam (penginapan 6 ke 7 orang)
Hammock Sphere For 1 : Bermula RM 65.00/orang (penginapan mixed dorm untuk 10 orang)
Kapasiti : 2 ke 10 orang
Facebook : https://www.facebook.com/tadomhill/

#3 River & Glamp, Batu Caves

Imej via Facebook

Terletak betul-betul di hadapan sungai, glamping River & Glamp ini sememangnya sesuai untuk anda yang suka melihat dan menikmati keindahan alam sambail melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Glamping yang disediakan disini sememangnya cukup selesa, tersedia dengan portable arcond dan juga kipas. Lebih menarik, harga penginapan di lokasi glamping ini sudah termasuk dengan harga bagi makan untuk 3 kali sehari!

Imej via Facebook

Antara aktiviti lasak dan menarik yang anda boleh lakukan disini adalah seperti ride ATV, river tubing dan berbasikal. Bolehlah anda bersantai dan berehat disini sambil menenangkan fikiran bersama rakan-rakan dan yang tersayang.

Lokasi : Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor
Harga : Glamping Tent Pakej 2 Hari 1 Malam (Termasuk sarapan, makan tengah hari, makan malam) Ahad – Khamis : Bermula RM 99/orang
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah : Bermula Rm 119/orang
Kapasiti : 5 orang/ tent
Facebook : https://www.facebook.com/riverandglamp/

#4 Dusun Bonda, Batang Kali

Imej Via Facebook

Antara glamping yang popular juga iaitu Dusun Bonda terletak di Batang Kali. Glamping ini seperti kebanyakan lokasi glamping yang lain turut terletak berdekatan dengan sungai.

Selain menawarkan glamping yang cukup selesa, disini juga tersedia kolam renang yang luas dan besar untuk mandi bersama anak-anak. Percutian dihujung minggu bersama keluarga pastinya sangat seronok di Dusun Bonda ini.

Imej Via Facebook

Privacy di sini juga cukup terjaga dengan adanya bilik air dan ruang makan peribadi. Sarapan pun special siap dihantar ke bilik. Dusun Bonda turut menawarkan aktiviti menarik lain seperti jungle trekking dan berkelah. Nak bakar BBQ dan lepak tepi unggun api pada waktu malam pun boleh !

Lokasi : Dusun Bonda, Lot 2121 (2996), Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Harga : Bermula RM 350/malam (termasuk sarapan)
Kapasiti : 4 orang/ khemah
Laman Facebook : https://www.facebook.com/pages/Dusun-Bonda-Hulu-Tamu/589291911521803

#5 Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat

Imej via Facebook

Satu lagi lokasi glamping menarik adalah di Skycamp by Rimba Segara yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Jaraknya yang tidaklah jauh daripada ibukota menjadikan ia lokasi sesuai untuk anda berglamping dan melakukan pelbagai aktiviti lasak di sini.

Lebih menariknya, anda juga boleh memilih sama ada untuk glamping sahaja atau combo bersama skytrex iaitu anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti flying fox, monkey bar dan beberapa aktiviti lain. Untuk penginapan pula, ia termasuklah kelengkapan yang cukup, kawasan tempat makan dan kawasan beriadah yang luas. Tandas berasingan untuk lelaki dan perempuan juga disediakan disini.

Imej via Facebook

Lokasi : Skycamp Lot 3683 Lubok Mangis batu 21, 43100 Hulu Langat, Selangor
Harga : bermula RM89/ malam
Kapasiti : 2/3 orang / khemah
Facebook : https://www.facebook.com/RIMBASEGARAMY/

#6 The Sticks, Kuala Kubu Bharu

Imej via Facebook

The Sticks yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini menawarkan penginapan mesra alam dengan keindahan alam flora dan fauna. Penginapan serba unik di sini dipanggil ‘tendok’ iaitu gabungan tent dan pondok. Sarapan dan makan malam turut disertakan bersama harga penginapan.

Disini tiada Wifi disediakan kerana The Sticks ingin bawa pengunjung untuk berehat secara sepernuhnya dan berenggang sebentar daripada penggunaan telefon pintar dan peranti lain.

Imej via Facebook

The Sticks tidak membenarkan makanan daripada luar namun mereka tawarkan add-on full course meal termasuk makan tengah hari dan minum pentang dengan harga RM 25. Juga terletak berdekatan dengan sungai dan hutan, pengunjung juga boleh lakukan aktiviti lasak seperti jungle trekking serta river tubing di sini.

Lokasi : Lot 213, Jalan KKB – Frasers Hill, Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
Harga : Bamboo House : Bermula RM 342.00/malam (penginapan 2 orang)
Riverside Tendok : Bermula RM 422.00 /malam (penginapan 2 orang)
Serengeti Tent : Bermula Rm 552.00/malam (penginapan 4 orang)
Kapasiti : 2 – 4 orang
Laman Web : thesticks.my
Facebook : https://www.facebook.com/thesticksguide/

#7 The Hid3out, Batu Caves

Imej via Facebook

The Hid3out menawarkan percutian glamping yang menarik buat seisi keluarga yang ingin berjinak-jinak dengan akitviti luar.

Terletak di tepi Sungai Tua, spot glamping ini memberikan pengalaman berkhemah dengan cukup selesa. Di samping berkelah di tepi sungai, The Hid3out juga memiliki kolam renang sendiri untuk anak-anak mandi manda.

Imej via Facebook

Lokasi The Hid3out juga lebih mudah diakses dan terletak di tepi jalan besar berbanding sesetengah kawasan glamping yang sukar dimasuki kerana kedudukannya yang agak jauh ke dalam.

Lokasi : Hutlista 2, Jalan Sungai Tua, Ulu Yam 68100 Batu Caves, Selangor
Harga : RM 399 (termasuk sarapan dan makan malam)
Kapasiti : 3 – 4 orang
Laman Facebook : https://www.facebook.com/hid3out

#8 Alpine Camp, Hulu Langat

Imej via Facebook

Berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam, glamping di Alpine Camp akan buatkan korang amazed bahawa dalam bandar masih lag ada kawasan macam ni. Nak solat atau buat aktiviti lain memang selesa dengan kemudahan yang dorang sediakan.

Parents yang ada anak-anak baru nak membesar boleh bawa dorang explore sini. Kawasan sungai pun selamat untuk anak-anak main dengan pengawasan mak ayah dari tepi.

Imej via Facebook

Lokasi : Jalan Kg. Orang Asli Paya Lebar, Batu 23, 43100 Hulu Langat, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/alpinecampglamping/

Dengan adanya senarai ini, anda bolehlah merancang untuk percutian glamping anda tanpa perlu merantau lebih jauh. Lebih menariknya anda dapat bercuti bersama keluarga di dalam pelbagai jenis glamping dan penginapan yang memberikan anda pengalaman istimewa. Selamat bercuti!


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *