Dusun Bonda | Lokasi Glamping Popular di Batang Kali

Kalau sebut percutian yang menenangkan, dimana lagi yang lebih seronok melainkan suasana kampung yang begitu mendamaikan. Bagi mereka yang dibesarkan dengan suasana kampung dan kemudiannya berhijrah ke bandar besar psatinya rindu dengan suasana yang cukup memberikan ketenangan.

Sekarang jika rindu dengan suasana kampung, anda bolehlah menginap di sebuah lokasi menarik yang merupakan lokasi popular terletak di salah satu daerah di negeri Selangor Darul Ehsan.

DUSUN BONDA | GLAMPING MENARIK DENGAN SUASANA KAMPUNG PERMAI

Pusat penginapan Dusun Bonda ini terletak di Ulu Tamu, Batangkali, Selangor. Ia merupakan sebuah pusat penginapan yang menyediakan penginapan jenis villa dan kemah bell tent ala glamping. Ia juga merupakan titik tengah di antara Selangor dan Genting Highlands. Malah, hanya perlu 20-30 minit sahaja untuk sampai ke Genting Highlands.

Dusun Bonda ini berkeluasan 2.1 ekar ini menawarkan pelbagai jenis penginapan, aktiviti dan fasiliti yang serba lengkap. Namun, kerana lokasinya yang agak terpencil, rangkaian telefon dan WiFi tidak kuat di sini. Tetapi, ini membuatkan Dusun Bonda ini tempat paling sesuai untuk percutian yang aman dan tenang, tanpa sebarang gangguan.

Untuk penginapan pula, seperti yang dimaklumkan Dusun Bonda menyediakan beberapa pilihan penginapan untuk keselesaan anda sekeluarga.

Antara penginapan yang tersedia di sini termasuklah:

  • 2 studio Villa
  • Villa 3 bilik tidur
  • 4 unit Kemah Bell Tent 5 meter Glam
  • 4 unit Kemah Bell Tent 4 meter Glam

Anda boleh memilih jenis penginapan yang anda inginkan mengikut saiz keluarga dan kesesuaian bajet anda. Secara amnya, setiap penginapan boleh memuatkan sehingga 5 atau 6 orang dewasa. Memang selesa dan tidak perlu risau tentang ruang kerana ia memang luas.

Villa di sini dihias dengan rekaan ala contemporary dan industrial. Tampak eksklusif dan modern, walaupun di dalam kawasan hutan dan dusun buah. Bell tent yang mereka sediakan juga cukup selesa. Memang nampak mewah dan 1st class.

Mengenai kemudahan dan fasiliti pula, di Dusun Bonda ini, anda akan menikmati kemudahan dan fasiliti yang serba lengkap. Mereka mendahulukan keselesaan dan kemudahan setiap tetamu yang menginap di sini. Selain itu, mereka juga mengutamakan kemudahan yang bersifat mesra kanak-kanak kerana mereka ingin setiap ahli keluarga berasa seronok di sini. Jom kita lihat apa disediakan.

Kolam renang | Di sini terdapat 2 kolam renang. 1 untuk orang dewasa dan 1 lagi untuk kanak-kanak. Kolam renang kanak-kanak juga lengkap dengan gelongsor air tau. Kolam renang mereka dibuka setiap hari dari pukul 8am hingga 7pm. Ianya ditutup dari jam 12.30pm-2pm untuk pengendalian kebersihan dan penyelenggaraan.

Sungai Ulu Tamu | Walaupun ini bukanlah fasiliti yang mereka sediakan sendiri, Sungai yang mengalir secara semulajadi ini telah pun dilengkapi dengan beberapa fasiliti tambahan seperti buaian untuk menambah keseronokan anda sekeluarga.

Taman Permainan | Taman Permainan kanak-kanak ini tentunya akan membuatkan percutian anda dan anak-anak lebih bermakna. Menambah lagi aktiviti fizikal buat si kecil supaya tidak hanya tertumpu kepada gajet dan elektronik.

Riverside Tamu Hall | Dewan berkumpul ini bukanlah tertutup dan lebih berkonsep open space tetapi cukup selesa dan sesuai untuk anda merancang apa-apa sambutan dan majlis private. Lengkap dengan kerusi meja, kipas dan lampu.

Rooftop Dining | Mereka turut menyediakan sebuah tempat makan khas untuk majlis yang lebih intim dan private.

Surau | Sebuah kontainer yang sudah diubah suai untuk menjadi sebuah surau turut disediakan untuk keselesaan para tetamu, terutama sekali yang berkemah.

Peralatan BBQ & Dapur | Tentunya apabila kita camping atau berkemah, mestilah nak ber-BBQ kan. Semua persiapan dan masakan boleh disediakan di dapur di sini. Peralatan BBQ juga turut disediakan.

Apabila anda bercuti, tentu anda inginkan sebuah tempat yang mempunyai pilihan aktiviti yang banyak, terutama sekali jika tempat ini agak terpencil dan tidak mempunyai kemudahan rangkaian telefon dan WiFi. Ini antara aktiviti yang ditawarkan di Dusun Bonda:

  • Mandi kolam & Mandi sungai
  • River tubing – Naiki boya dan ikut saja aliran sungai Ulu Tamu
  • Bonfire – Jika cuaca mengizinkan, anda boleh nikmati unggun api bersama keluarga
  • Jungle Trekking – Buat pengetahuan anda, sebarang aktiviti tidak dibenarkan dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Tamu ini.

Namun, pihak Dusun Bonda bersedia untuk menyediakan aktiviti ini di kawasan berdekatan. Aktiviti ini adalah berpandu dan anda perlu membayar terus ke juru pandu. Harga untuk aktiviti ini adalah seperti berikut:

1-20 pax : RM80 /seorang
Tambahan/lebih dari 20pax : RM5 /seorang

Terdapat juga beberapa aktiviti berdekatan Dusun Bonda seperti:

  • Hot Spring (Kolam Air Panas) – Cholo-cholo Hot Spring merupakan kolam air panas yang terletak hanya 3 minit dari Dusun Bonda.
  • Genting Highlands – Kalau terasa nak membeli belah atau makan di Restoran, boleh ke Genting Premium Outlets yang hanya mengambil masa 30 minit.


Itu dia serba sedikit tentang Dusun Bonda yang boleh kami kongsikan. Memang menarik dan unik, kan? Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka untuk sentiasa dapatkan maklumat terkini dari mereka. Bolehlah anda rancang percutian anda nanti. Selamat Bercuti!

DUSUN BONDA, BATANG KALI

LOKASI : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
LAMAN WEB : https://dusunbonda.com/
TEMPAH : [email protected]

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?