10 Lokasi Airbnb di Johor Bahru dengan Pemandangan Cantik dan Selesa!

Johor Bahru merupakan sebuah bandaraya yang maju dan terletak di kawasan paling selatan semenanjung Malaysia. Menjadi tumpuan pengunjung dari luar dan dalam negara, bandaraya ini mempunyai tarikannya tersendiri.

Menjadi pintu masuk bagi rakyat Singapura, Johor Bahru pastinya mempunyai pelbagai pilihan penginapan, termasuklah penginapan di airbnb. Oleh itu, dalam senarai kali ini kami akan menyenaraikan 10 lokasi airbnb di bandaraya Johor Bahru dengan pemandangan yang indah dan juga selesa!

Baca : Jom Makan! Tempat Makan BEST & Menarik di Johor Bahru

10 Lokasi Airbnb di Johor Bahru dengan Pemandangan Cantik dan Selesa!

1) Urban Nomad @ Almas Suites-2

Airbnb pertama ini terletak di Almas Suites, Nusajaya, Johor. Penginapan disini dapat memuatkan dua orang tetamu dan turut tersedia adalah satu bilik tidur, sebuah katil dan juga satu bilik air.

Ruang tamu yang dihias dengan cantik ini memberikan pengalaman penginapan yang begitu santai dan merehatkan. Pemandangan dari atas kondominium ini juga begitu cantik! Antara kemudahan yang tersedia disini termasuklah kolam renang, gym dan juga kemudahan Wifi Percuma. Dengan harga yang cukup berbaloi, anda bolehlah menginap disini!

Harga Semalaman : RM118
Laman Web : Airbnb Urban Nomad @ Almas Suites-2

2) UnblockSeaviewR&F PrincessCove

Airbnb seterusnya terletak di R&F Princess Cove, Johor Bahru. Berbeza dengan airbnb pertama, airbnb ini boleh memuatkan sehingga 5 orang tetamu dan ia tersedia dengan dua buah bilik tidur, dua buah katil, d bilik air, ruang tamu dan ruangan dapur untuk anda memasak.

Selain itu, kemudahan yang tersedia di sini juga cukup lengkap. Terdapat kemudahan gymnasium, kolam renang dan pelbagai lagi. Apa lagi yang menarik? Pastinya pemandangan melalui tingkap. Anda dapat melihat bandaraya Johor Bahru dan juga negara jiran!

Harga Semalaman : RM180
Laman Web : Airbnb UnblockSeaviewR&F PrincessCove#2br#2bathroom#tvBox

3) Bright Stylist Studio in the City Centre

Airbnb berikutnya merupakan penginapan jenis studio dan boleh memuatkan dua orang tetamu, tersedia lengkap dengan sebuah bilik tidur dan sebuah bilik air. Selain itu, terdapat juga kelengkapan dapur yang berfungsi untuk anda memasak, peti ais, mesin basuh dan sebagainya.

Airbnb ini sangat sesuai utnuk anda merehatkan diri daripada kesibukan kerja dan sebagainya. Anda dapat melihat pemandangan indah bandaraya Johor Bahru. Dengan kemudahan Wifi yang berkelajuan tinggi, anda bolehlah menonton cerita-certia menarik di Netflix sambil bersantai.

Harga Semalaman : RM109
Laman Web : Airbnb Bright Stylist Studio in the City Centre

4) LUXURIOUS SEAVIEW PRIVATE MARINA CONDO

Airbnb berikutnya terletak berdekatan dengan Hotel Fraser Place Puteri Harbour. Hanya sekitar 10 minit sahaja berjalan kaki ke Puteri Harbour manakala Legoland pula terletak kira-kira 3.5 kilometer sahaja. Penginapan disini dapat memuatkan sehingga 9 orang tetamu. Sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga yang ramai dan sebagainya!

Antara kemudahan yang tersedia di dalam unit adalah seperti peti ais yang besar, mesin basuh, peralatan memasak dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga TV bersama Netflix, dan juga kemudahan Wifi Percuma! Antara fasiliti yang tersedia disini termasuklah kolam renang, sauna, pusat kecergasan, perpustakaan, bilik permainan dan pelbagai lagi.

Harga Semalaman : RM187
Laman Web : Airbnb LUXURIOUS SEAVIEW PRIVATE MARINA CONDO

5) ⛱️【Bathtub🛁KingBed】Seaview 🏝️ Legoland|FREE WiFI

Airbnb seterusnya terltak di Encorp Marina Residences Puteri Harbour dan lokasi ini hanya 5 minit sahaja masa perjalanan ke Legoland. Apa yang menarik disini sudah tentunya pemandangan indah yang anda bakal lihat apabila membuka ruangan pintu di balkoni.

Antara kemudahan yang tersedia di sini termasuklah kemudahan kolam renang infiniti yang cukup memukau, kemudahan tempat meletak kereta percuma, kemudahan Wifi yang laju dan pelbagai lagi! Didatangkan dengan dua buah bilik, airbnb ini memang sesuai untuk keluarga anda datang dan bersantai sambil bercuti. Kalau anda mahu membuat reunion bersama rakan-rakan disini pun boleh juga kerana semuanya serba lengkap!

Harga Semalaman : RM172
Laman Web : Airbnb 【Bathtub🛁KingBed】Seaview 🏝️ Legoland|FREE WiFI

6) 🌊 Almas × 2 pax × Seaview × Netflix × High Floor

Airbnb seterusnya terletak di Almas Suite. Lokasi penginapan ini juga terletak sekitar 15 minit ke Tuas Checkpoint dan 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pemandangan indah bakal menjamu mata anda apabila anda melihat diruangan luar unit airbnb anda.

Antara fasiliti yang tersedia disini termasuklah gelanggang basketball, gymnasium, surau, kolam renang, kolam renang kanak-kanak, kawasan BBQ, taman permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Di dalam unit tersedia TV, penyaman udara, dan kelengkapan memasak. Bolehlah anda bersantai disini sambil melihat pemandangan indah.

Harga Semalaman : RM128
Laman Web : Airbnb Almas × 2 pax × Seaview × Netflix × High Floor

7) [PROMO]5성급럭셔리아늑한집 Persekitaran Yang Selesa Di JB

Airbnb berikutnya adalah sebuah unit kondominium cantik dan bertaraf 5 bintang. Apa yang tersedia di dalam unit termasuklah sebuah katil bersaiz king, sofa, balkoni dengan pemandangan indah, Televisyen, dapur, kawasan makan, mesin basuh dan juga peti ais.

Boleh memuatkan sehingga 4 orang tetamu, airbnb ini juga sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga sambil menggunakan kemudahan fasiliti yang tersedia disini seperti kolam renang, gymnasium dan sebagainya.

Harga Semalaman : RM165
Laman Web : Airbnb [PROMO]5성급럭셔리아늑한집 Persekitaran Yang Selesa Di JB

8) 1-bed condo Imperia Puteri Harbour, 19th floor

Berikutnya, airbnb ini terletak di tingkat 19 Imperia Puteri Harbour. Sebuah unit studio dengan satu bilik tidur, ruang tamu dan juga satu bilik air, airbnb ini boleh memuatkan 2 orang tetamu.

Antara kemudahan yang tersedia diunit ini termasuklah kawasan ruang tamu, TV beserta Netflix, kemudahan Wifi percuma, sofa dan penyaman udara. Selain itu, turut tersedia adalah dapur yang berfungsi dengan baik, peti ais, mesin basuh dan pelbagai lagi.

Fasiliti tersedia di unit kondo ini yang anda boleh gunakan adalah termasuk kolam renang yang luas, sebuah gymnasium, sky deck, perpustakaan dan pelbagai lagi. Pemandangan yang memukau juga bakal menjamu mata anda setiap hari apabila anda menjadikan airbnb ini sebagai pilihan anda.

Harga Semalaman : RM217
Laman Web : Airbnb 1-bed condo Imperia Puteri Harbour, 19th floor

9) Modern Apartment @ Puteri Harbour near Legoland

Airbnb seterusnya boleh memuatkan seramai 4 orang tetamu. Unit ini tersedia sebuah bilik tidur, ruang tamu, ruangan dapur dan bilik air. Kemudahan yang disediakan diunit airbnb ini termasuklah televisyen, internet berkelajuan tinggi, tub mandi, kerusi dan meja untuk melakukan kerja, dapur yang lengkap dan pelbagai lagi.

Sekiranya anda menginap di airbnb ini, anda boleh menggunakan fasiliti yang terdapat di sini seperti kolam renang, gymnasiun dan juga bilik membaca. Pemandangan yang anda boleh lihat dari unit anda juga sangat cantik! Sesuai untuk percutian anda bersama keluarga.

Harga Semalaman : RM165
Laman Web : Airbnb Modern Apartment @ Puteri Harbour near Legoland

10) 🔑【Lyla Suite】🏬〖R&F Mall🍴🛒Johor Bahru〗❤️

Airbnb terakhir dalam senarai ini terletak di R&F Princess Cove, Johor bahru. Berdekatan dengan JB Sentral, CIQ, City Square dan pelbagai lagi. Selain itu, sebuah pusat beli belah juga terletak sangat dekat iaitu R&F. Airbnb ini boleh memuatkan 6 orang tetamu termasuk dengan dua buah bilik tidur, dua katil dan sebuah bilik air.

Antara kemudahan yang tersedia di dalam unit airbnb ini adalah dua buah bilik tidur, sebuah sofa bed di ruang tamu, penyaman udara, televisyen, kemudahan Wifi berkelajuan tinggi, ruangan dapur untuk anda memasak. Anda bolehlah menggunakan fasiliti yang tersedia di kondominium ini di level 4 seperti kolam renang, bilik squash, bilik ping pong, taman permainan, gymnasium dan sebagainya.

Harga Semalaman : RM115
Laman Web : Airbnb 【Lyla Suite】🏬〖R&F Mall🍴🛒Johor Bahru〗

BACA : Senarai 12 Homestay Menarik dan Selesa di Johor Bahru

AKHIR KATA

Bagaimana dengan airbnb yang disenaraikan ini? Semuanya mempunyai kelebihan tersendiri dan harga untuk semalam juga berpatutan mengikut kemudahan yang tersedia disetiap airbnb. Bercuti dan berehat di airbnb sebentar bersama keluarga atau rakan-rakan anda, mungkin adalah salah satu cara menghilangkan stress dan sebagainya.

Buatlah pilihan terbaik dalam mencari airbnb anda, sana ada dari segi kemudahan yang ada di airbnb, bajet anda dan juga lokasi menarik disekitar airbnb yang anda cari. Selamat bercuti dan jaga diri anda! Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *