10 Tempat Menarik di Kuala Selangor Yang Anda Wajib Datang!

Kuala Selangor merupakan satu lokasi yang mula menjadi tumpuan pengunjung kerana terdapat pelbagai lokasi menarik untuk diterjah ketika percutian. Ramai pengunjung yang datang diwaktu hujung minggu dan juga cuti persekolahan.

Sedikit info tentang Kuala Selngor, Kuala Selangor adalah ibu kota Kesultanan Selangor pada awal abad ke-18. Kemudiannya, dipindahkan ke Kuala Langat dan kemudian Klang pada abad ke-19.

Baiklah, artikel kali ini kami akan menyenaraikan 10 tempat menarik di Kuala Selangor yang anda perlu datang!

10 Tempat Menarik di Kuala Selangor Yang Anda Wajib Datang!

1) Sky Mirror

VIA KUALASELANGOR.COM

Sky Mirror merupakan antara tarikan terbaru di Kuala Selangor dan negeri Selangor. Tarikan ini terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor. Kalau anda yang selalu melihat Salar De Uyuni, kini di Malaysia sendiri mempunyai lokasi yang sama!

Bagi yang nak datang menyaksikan sendiri keindahan panorama Salar de Uyuni versi Malaysia, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak sukar didapati di kawasan pantai seperti ini. Di kawasan perkampungan nelayan pula agak susah untuk cari restoran makanan Melayu. Mungkin anda terpaksa tangguhkan seketika waktu makan tengah hari anda.

Untuk pengetahuan anda, fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.

Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 – 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.

Lokasi : Kampung Sasaran, Kuala Selangor
Laman Web : Skymirror Kuala Selangor
Waktu Operasi : 6 Hari Pada Setiap Bulan Dalam Kalendar Cina (hari 1, 2,14,15,16 & 30)
Harga Tiket Tour : Dewasa RM80 | Kanak-Kanak RM60

2) Bukit Melawati

VIA PETAI.NET

Bukit Melawati merupakan satu lagi lokasi menjadi tumpuan pelancong dan penduduk sekitar Kuala Selangor. Untuk pengetahuan anda, Bukit Melawati adalah pusat pentadbiran bagi Kesultanan Selangor pada akhir abad ke18 dan awal abad ke-19.

Selain itu, sebuah kubu telah dibina dan berada di puncak bukit ini. Ia dibina ketika pemerintahan Sultan Ibrahim dari tahun 1782 sehingga 1826 untuk memerangi Belanda. Kubu itu jatuh kepada Belanda pada tahun 1784, dinamakan semula menjadi “Altingsburd Fort”.

Baiklah, melihat pemandangan keseluruhan Kuala Selangor dari puncak bukit ini juga antara pengalaman yang menarik! Anda bolehlah ke puncak ini menarik trem yang disediakan dibawah dengan harga tiket yang berpatutan. Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad, Sabtu dan cuti umum.

Bukit Melawati juga terkenal dengan monyet dan kera yang banyak terdapat di kawasan puncaknya. Anda boleh membeli kacang dari penjual di sekitar kawasan di Bukit Melawati dan memberi makan monyet tersebut.

Lokasi : Pekan Kuala Selangor
Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang ( Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )
Harga Tiket Keretapi : RM 3.00 dewasa | RM 2.00 kanak-kanak

3) Tangga Seratus

VIA TANGGA SERATUS

Lokasi berikutnya adalah Tangga Seratus. Berapa bilangan anak tangganya? Mesti anda sudah tahu kan? Sebab namanya sendiri adalah Tangga Seratus. Okay, tangga ini dibuat untuk mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.

Jika kita menuruni tangga seratus ini hingga ke hujungnya, kita akan menemui sebuah tempat yang dikenali Pengkalan Batu Buruk (berhampiran taman sekarang ini).

Lokasi : Bukit Melawati

4) Kelip-Kelip Kampung Kuantan

VIA KUALA SELANGOR

Melihat kelip-kelip yang banyak berterbangan di waktu malam pastinya satu pengalaman yang cukup menarik! Ya, di Kuala Selangor juga terdapat tempat yang sangat menarik untuk anda melihat kelip kelip iaitu di Kampung Kuantan. Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.

Kawasan kelip-kelip disini mula dikenali pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini ia telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.

Sedikit informasi tentang kelip-kelip, keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya! Menarik bukan!

Lokasi : Sungai Selangor, Kampung Kuantan
Waktu Operasi : 7.30 malam – 10.30 malam ( Setiap hari )
Bayaran : RM50.0/sampan (maksimum 4 orang dewasa)

5) Taman Alam Kuala Selangor

VIA TRIPADVISOR

Anda sukakan alam sekitar, ingin melakukan aktiviti-aktiviti menarik dengan alam sekitar, jika ya, jom ke Taman Alam Kuala Selangor. Taman Alam ini berkonsepkan Taman Burung , dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia.

Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. 

Antara yang menarik di Taman Alam ini adalah anda dapat melihat pelbagai spesis burung dari dalam dan luar negara, melawat hutan paya bakau yang seluas 95 hektar, aktiviti menacari siput, melihat biawak, monyet, lotong dan kera dan pelbagai lagi aktiviti bersama alam sekitar!

Lokasi : Kuala Selangor
Waktu Operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang
Harga Tiket Masuk : Dewasa RM4.00 | Kanak-kanak RM2.00

6) Taman Ikan Air Tawar

VIA THRIFTYTRAVELLER

Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor hanya 5 minit dengan trem dari Bukit Melawati. Bolehlah anda datang kesini bersama keluarga untuk melihat pelbagai jenis ikan air tawar dan juga informasi berkenaannya!

Seluas 5 ekar, Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor mempunyai sekurang-kurangnya 1,500 ikan air tawar dari 60 spesies berbeza, seperti Ikan Gar Alligator (Ikan Buaya), Gergasi Ular (Toman), Tor Tambra (Kelah), Golden Arowana (Kelisa), Walking Catfish (Keli), Javenese Carp (Lampam), Featherback (Belida) dan banyak lagi.

Selain itu, di galeri yang terdaapt dalam taman ini juga mengandungi maklumat menarik mengenai ikan air tawar dan sejarahnya, serta perangkap yang digunakan oleh nelayan termasuk bubu udang, bubu daun, bubu saadah, raga tok, raga batang, serkap dan banyak lagi.

Lokasi : Kuala Selangor
Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat) | 9.00 pagi – 6.00 petang (Sabtu-Ahad & Cuti)
Harga Tiket : Dewasa RM2.10 | Kanak-Kanak RM1.10

7) Bukit Belanda

VIA KUALA SELANGOR

Bukit Belanda merupakan sebuah bukit yang berketinggian 420 meter. Bukit ini juga pernah dikenali dengan nama lain iaitu Kota Utrecht ketika zaman penjajahan Belanda sempena dengan nama kapal Belanda yang digunakan oleh Van Brac, ketua Syarikhat Hindia Timur Belanda.

Dibukit ini juga terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara untuk meninjau melihat pergerakan musuh.

Lokasi : Bukit Belanda, Kuala Selangor

8) Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

VIA KUALA SELANGOR

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766.

Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris.

Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi. Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa.

Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini. Sekarang, muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Lokasi : Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Laman Web : Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

9) Rumah Api Kuala Selangor

VIA SELANGOR.TRAVEL

Rumah Api Kuala Selangor terletak di atas puncak Bukit Melawati dan menghadap ke arah laut Selat Melaka. Rumah api ini dibuka pada 1907 oleh penjajah British, berdekatan dengan muara Sungai Selangor. Rumah Api Kuala Selangor ini pada mulanya dikenali sebagai ‘Rumah Api Altingsburg’ bersempena nama seorang Gabenor Belanda.Tinggi rumah api ini adalah 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer.

Pada awalnya, lampu ini menggunakan minyak tanah dan generator kemudian dijana dengan kuasa elektrik kerana ia lebih bersih dan jimat. Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Dius Api, Datuk Kapten Ahmad Othman memaklumkan bahawa rumah api menjadi pentunjuk kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.

Lokasi : Bukit Melawati, Kuala Selangor.

10) Pantai Remis Sungai Sembilang

VIA MENARA KEHIDUPAN

Lokasi terakhir adalah Pantai Remis Sungai Sembilang. Inilah tempatnya untuk anda santai bersama keluarga atau rakan-rakan, menikmati angin dan juga pemandangan laut yang indah.

Pantai ini terletak kira-kira 18 kilometer daripada pekan Kuala Selangor. Antara aktiviti yang sering dilakukan disini adalah seperti bermain layang-layang, lepak di tepi pantai, dan juga memancing. Selain itu, anda juga boleh melihat matahari terbenam disini! Jangan lupa untuk mengambil gambar kerana ia sememangnya pemandangan yang cukup cantik!

Lokasi : Pantai Remis, Sungai Sembilang.

AKHIR KATA

Sekian sahaja untuk lokasi-lokasi menarik di Kuala Selangor yang anda boleh terjah ketika cuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Selepas ini anda bolehlah merancang percutian anda di Kuala Selangor. Jangan lupa untuk pergi ke lokasi yang tersenarai dalam artikel kali ini ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *