Jom ke Port Glamping menarik di Sungai Sedim, Kulim!

Kalau sebut Sungai Sedim, Kulim pastinya ramai yang akan mengaitkannya dengan Tree Top Walk Sungai Sedim (Laluan Kanopi Sungai Sedim) yang merupakan paling panjang di dunia. Selain itu, ramai juga penduduk sekitar yang suka berkelah dan bersantai dengan keluarga di sekitar Sungai Sedim.

Untuk peminat camping pula, kini ada port camping yang menarik di Sungai Sedim ini. Dikenali sebagai Hibiscus Sedim, jom lihat perkongsian menarik tentang port camping ini.

Tempat unik nak bercuti gaya glamping yang semakin trending pertama di Kulim, Kedah. Ramai yang bertanya kalau belum ada peralatan camping boleh tak nak feeling-feeling bermalam dalam khemah sambil lakukan aktiviti outdoor? Eh! Boleh ja…

Meh nak share satu port outdoor yang sangat best dan selesa ditambah lagi dengan status tanah persendirian betul-betul depan sungai. Sesuai sangat untuk yang baru nak berjinak dengan dunia Camping atau masih dalam peringkat memujuk pasangan untuk merasai sendiri pengalaman camping yang sedang hot di Malaysia sekarang ni! Ada khemah moden yang sesuai disewa untuk 2 orang hingga 4 orang mengikut keselesaan. Setiap khemah disediakan kemudahan plug point, lampu, kipas dan tilam tebal. Pakej dan termasuk sekali breakfast tau. Antara fasiliti lain seperti toilet, surau, café dan lain-lain.

Tempat ni memang syahdu dan penuh ketenangan. Hibiscus Sedim menyediakan pengalaman Glamping (Glamour + Camping) dengan beberapa khemah berdekorasi. Tak perlu nak bawa khemah dah, semua disediakan disini dengan beberapa pakej yg menarik. Syok sungguh kalau nak bergambar untuk yang kaki OOTD.

Kalau plan nak bawa keluarga pun tak jadi masalah sebab pihak pengurusan juga menyediakan chalet untuk penginapan yang selesa. Berhadapan sungai sambil Ber BBQ time malam. Indah!

Camna nak pi sini? Hangpa masuk jalan nak ke The Tree Top Walk Sungai Sedim. Ambil jalan Lubuk Buluh, Sungai Sedim.

📍HIBISCUS SEDIM, KULIM KEDAH

Untuk Tempahan dan Pertanyaan :
📲 Whatsapp: http://www.wasap.my/+60107754928/pakejhibiscussedim (Azrul – pengurus)
💻Facebook : Hibiscus Sedim
🪙 Web : https://hibiscus-sedim.business.site/
📤 Link: https://linktr.ee/hibiscussedim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *