Malaysia Bercadang Membuka Pintu Sempadan Negara Kepada Negara Terpilih

Untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Malaysia, kemungkinan pelancong dari negara luar boleh memasuki negara kita apabila sempadan negara dibuka. Pertimbangan ini dijelaskan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nancy Shukri dalam usaha memulihkan industri pelancongan yang teruk terjejas kerana pandemik Covid-19/

Malaysia sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan sempadannya dalam usaha menyelamatkan industri pelancongan. Kemungkinan perjanjian perjalanan akan dimulakan dengan negara-negara berisiko rendah di kawasan Asia-Pasifik.

“Kami sekarang berusaha untuk berunding dengan negara-negara seperti Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan, dan New Zealand yang telah dikenal pasti sebagai zon hijau,” jelas Menteri Pelancongan Malaysia Nancy Shukri. (Malay Mail).

Sempadan negara-negara di Asia Tenggara tetap ditutup bagi kebanyakan pelancong asing sejak wabak itu merebak pada bulan Mac dan ia telah membantu mengawal penyebaran Covid-19 secara domestik. Setelah itu, perjanjian perjalanan perniagaan telah diwujudkan dengan negara jiran termasuk Singapura.

Penutupan sempadan telah terbukti memberi cabaran bagi banyak pengusaha produk pelancongan, dengan industri pelancongan tempatan diramalkan akan kehilangan lebih dari 100 bilion ringgit ($ 24.6 bilion) untuk tahun 2020.

Pada tahun 2019, pelancongan menyumbang 15.9 peratus daripada KDNK Malaysia, dengan lebih daripada 28 juta pelancong mengunjungi negara ini.

Bulan ini, Malaysia juga melancarkan rancangan sepuluh tahun (10-year plan) untuk meningkatkan daya saingnya pada tahun 2030. Visi baru ini bertujuan untuk negara menjadi destinasi ekopelancongan, mendorong pertumbuhan yang berterusan dan inklusif, (Reuters) .

Sumber : Business Traveller

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *