Nak rehat? Jom Bercuti di Benan Island Resort, Riau, Indonesia

Jika anda merancang untuk bercuti ke tempat yang sunyi tetapi selesa dan jauh dari kesibukan kota, Pulau Benan merupakan salah satu pulau yang anda boleh pergi dan bercuti.

Terletak di wilayah Kepulauan Riau, Indonesia, Pulau Benan menawarkan percutian yang menarik dengan keindahan panaromanya dan juga pemandangan laut yang indah. Pulau yang dihuni penduduk tempatan yang rata-ratanya adalah nelayan ini turut mempunyai sebuah resort yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan aktiviti yang anda boleh lakukan.

BENAN ISLAND RESORT

Resort yang baru sahaja dibuka pada tahun 2021 ini menawarkan dua jenis penginapan  iaitu jenis chalet dan juga glamping. Untuk ke pulau ini, dari bandar Batam, anda perlu terus ke Jeti ke Pulau Labun dan seterusnya,anda perlu menaiki bot laju atau feri dari Jeti Pulau Labun terus ke Pulau Benan.

Sampai sahaja di Jeti Pulau Benan, anda akan dibawa menaiki motor besar (bersama barangan) terus ke Benan Island Resort.

Berikut adalah jenis penginapan di Benan Island Resort.

Pelbagai aktiviti sebenarnya boleh dilakukan di sini, antaranya adalah seperti menaiki basikal mengelilingi dan bersiar-siar sekitar Pulau Benan, berkayak disekitar air laut berhadapan dengan Benan Island Resort, berjalan-jalan di Mnangrove Walk dan pelbagai lagi.

Selain itu, terdapat juga Coconut Beach Club untuk anda bersantai sambil minum petang atau minum malam di sini.  Ruang untuk melakukan aktiviti seperti ‘team building’ juga disediakan dan saiznya memang luas.

Hilangkan stress dan rapatkan silaturahim bersama keluarga dengan bercuti di Pulau Benan. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan selain dapat berehat dan menikmati keindahan pulau dan laut.

Email : [email protected]
Telefon : +62 822-1115-8899
Facebook : https://www.facebook.com/benanislandresort
Instagram : https://www.instagram.com/benanislandresort/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *