Percutian 5 Hari 4 Malam di Semporna, Sabah, Ini Itinerary yang anda boleh ikut !

Kalau sebut bercuti di Sabah umumnya, pasti ramai yang akan berkira-kira terlebih dahulu. Sama ada dari segi kosnya, masa dan juga lokasi yang akan dikunjungi.

Untuk anda yang ingin bercuti ke Semporna, ini adalah perkongsian oleh saudari Diyana Mukhayadi yang mana beliau telah bercuti ke Semporna untuk tempoh masa 5 hari dan 4 malam

πŸ“Œ ITINERARY 5 HARI 4 MALAM DI SEMPORNA

1) Flight Air Asia KUL -TWU – KUL RM 425/pax
2) Travel Insurance (5 hari) RM 30/pax
3) Aloha Mabul Scuba Lodge 4 hari 3 malam + Island Hopping 8 Islands Tour (full board + airport transfer) RM 1,000/pax ALL IN PACKAGE by Pakej Termurah Sempornaisland
4) Homestay The Ship Pekan Semporna RM 25/pax
5) Tiket Mabul Water Bungalow Resort RM 30/pax
6) Makan fresh lobster ketam kerapu kerang RM 60/pax

πŸ’Έ TOTAL : RM 1,570/ pax (dewasa)

* Total per pax untuk kids lagi murah sebab harga pakej untuk kids lagi murah :
8 Tahun RM 350
6 Tahun RM 250
4 Tahun RM 200

βœ… Aloha Mabul Scuba Lodge

Waterhouse ni dari luar memang nampak macam biasa je tapi bila dah masuk, MasyaAllah cantik. View sunset cantik, bilik cantik dan bersih, ada aircond, toilet flush macam biasa, makanan sedap, servis dan hospitality dari staff dan owner tiptop.

Ada BBQ pit dengan live band boleh feeling-feeling memalam. Electricity supply on 11am-1pm dan 4pm-8.30am. Siap ada slide macam kat Soneva Jani Maldives okay dan ada kayak transparent untuk bergambar siap. Ada pakej belajar scuba diving dengan owner himself.
☎️ 011 1066 8828 EDA (Manager)

βœ… PAKEJ DAN GUIDE DARI Windia travel & tour SABAH (FB Page untuk Pakej Termurah Sempornaisland)

Korang boleh opt untuk tak ambil dari agent, book direct dengan resort dan pakej island hopping sendiri. Tapi fyi, ada certain resort memang ada kuota agent vs kuota direct owner jugak untuk booking. Tapi kan bila tourist guide dari Windia ni semua best gila dan serba boleh, memang berbaloi gila lah sis rasa amek pakej. Ham, Imam, Gofri, Asri, Mail, Makin, semua happening, boleh nyanyi main muzik boleh menari siap pick up line.

Gambar dan video yang Ham amek semua onzz onzz belaka. Yang penting diorang ni sangat-sangat bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kebajikan kami semua terjaga. Kita memang akan banyak spend masa dan buat aktiviti bersama, jadi pada kami guide memang memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadikan trip Semporna ni lagi happening.

☎️ 012 861 2046 CICIE (Owner)

πŸ—“ DAY 1

Sampai di Tawau Airport
Airport Transfer ke Pekan Semporna (Perjalanan Dari Tawau ke Semporna dalam 1 jam)
Check in di Homestay The Ship Pekan Semporna
Makan malam di Ikan Bakar Semporna

πŸ—“ DAY 2 : Pulau Mataking, Timba, Pom Pom

Check out Homestay The Ship
Island Hopping, lunch dan snorkelling di Pulau Mataking, Timba-Timba, Pom Pom. Air kat sini jernih gila macam kristal
Check in di Aloha Scuba

πŸ—“ DAY 3 : Pulau Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan

Hiking di Pulau Bohey Dulang. Kalau hujan tak boleh naik sebab track licin. Kanak-kanak bawah 12 tahun pun tak dibenarkan naik. Kena pakai sport shoes, kalau lupa bawak boleh sewa RM5/pair.
Lunch dan snorkelling di Pulau Mantabuan, Sibuan

πŸ—“ DAY 4 : Pulau Sipadan dan Mabul

Snorkelling di Sipadan dan Mabul. Make sure bawak cash extra kalau plan nak shopping. Sebab kat sini banyak orang Bajau Laut datang jual seafood, air kelapa dan buat konsert siap. Kalau nak sedekah, better bagi gula-gula or jajan.
Jalan-jalan ambil gambar di perkampungan Mabul dan Mabul Water Bungalow Resort (masuk kena bayar RM 30/pax)

πŸ—“ DAY 5

Check out Aloha Scuba
Melawat Pulau Gusungan (tiada aktiviti)
Balik ke Jeti Umum Semporna
Airport Transfer ke Tawau
Singgah beli ikan bilis dan seafood fresh di Pekan Tawau. Harga ikan bilis kat sini mur mur half price ya dari Semenanjung
Naik flight balik KL

Among one of my best trip so far, jadi korang memang wajib datang sini jugak okayyy. Memang tak semporna kalau tak pernah pi SEMPORNA. Ok bah kalau kau!

Jemput follow aku kat fb/tiktok untuk banyak lagi videos tentang Semporna ni ataupun tempat-tempat lain yang aku pernah pi, terus klik sini tau : https://www.facebook.com/diyanamukhayadi

Kredit : Diyana Mukhayadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *