Rakyat Malaysia Berkunjung ke Thailand Perlu Sentiasa Patuhi Undang-Undang

Thailand merupakan antara lokasi yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang mana menjadikan negara jiran itu sebagai lokasi pertama dan utama untuk bercuti. Setelah hampir dua tahun tidak melancong, akhrinya rakyat Malaysia mula melakukan aktiviti pelancongan ke negara yang terletak di utara tanah air itu.

Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand khususnya memandu kenderaan atau menunggang motorsikal harus mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya negara jiran itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata, selain itu mereka juga perlu mematuhi larangan tidak boleh membawa masuk e-cigarettes atau vape serta membawa alat perhubungan ‘walkie-talkie’.

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengambil atau membawa pulang ganja dan ketum.

Pihak berkuasa Malaysia akan membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu membawa masuk ganja dan ketum ke Malaysia dari negara itu.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri seminar bagaimana memandu dan menunggang dengan selamat di selatan Thailand yang diadakan di Wilayah Trang.

Seminar itu diadakan sempena “Trang Bike Week 2022: Charity Ride For Nayong Hospital”. Seminar anjuran Malaysia-Thailand Rider Association denga kerjasama Pejabat Pelancongan Wilayah Trang dan Office of Insurance Commision.

Charity Ried itu berjaya mengumpul dana sebanyak 500,000 baht untuk kegunaan Hospital Nayong.

Sementara itu, wakil dari Office of Insurance Commission, Kriangsak Tana-are-ruk berkata pemandu dan penunggang asing digalak membeli insurans dan mengisytiharkannya di pintu masuk bagi memastikan mereka terlindung sekiranya berlaku sebarang musibah.

Ini sebagai perlindungan bagi pemandu dan penungggang jika terlibat dalam kemalangan jalan raya atau kenderaan dan harta benda mereka alami kerosakan atau kehilangan, katanya.

Kepada anda yang ingin melancong ke Thailand pastinya pelru mengikut ketetapan dan udang-undang yang telah ditetapkan supaya kelak tiada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku. Melanconglah dengan bijak!

Sumber : Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *