Senarai 10 Penginapan Resort Terbaik dan Selesa di Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan salah sebuah pulau peranginan yang sangat popular di Malaysia. Terletak di negeri Pahang, pulau ini menerima jumlah pelancong yang tinggi saban tahun kerana keindahan pulaunya serta bentuk muka bumi yang menarik.

Terdapat tujuh buah kampung dan kampung terbesar adalah Kampung Tekek. Walaupun merupakan sebahagian dari negeri Pahang, pulau ini sebenarnya lebih dekat dnegan negeri Johor dan dapat diakses melalui jeti Mersing, Johor.

Baiklah, dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 10 lokasi penginapan terbaik di Pulau Tioman yang bakal menjanjikan pengalaman percutian yang menarik untuk anda bersama keluarga, rakan-rakan mahupun mereka yang tersayang. Selamat membaca!

10 Penginapan Resort Terbaik dan Selesa di Pulau Tioman

1) Paya Beach Spa & Dive Resort

Penginapan pertama di dalam senarai ini adalah Paya Beach & Dive Resort. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang anda boleh cuba antaranya Standard Chalet, Superior Chalet, Standart Cottage, Deluxe Bungalow, Deluxe Family, Villa dan juga beberapa lagi penginapan yang ada. Paya Beach Resort ini terletak hanya 5 minit sahaja daripada jeti dan sekitar 20 minit menaiki bot dari Pulau Ringgit.

Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap seperti kolam renang, kawasan pantai yang luas, teres, kemudahan BBQ, kemudahan wifi dan juga pelbagai lagi. Terdapat dua pilihan restoran untuk anda cuba di resort ini iaitu Rama Rama Restaurant dan juga Beach Bar & Grill. Setiap unit didekorasikan dengan dekorasi yang menarik, moden dan juga selesa.

Lokasi : Kampong Paya Pulau Tioman, 86800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM270 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Paya Beach Spa & Dive Resort

2) Japamala Resorts – By Samadhi

Terletak di Kampung Lanting, Pulau Tioman, Japamala Resort – By Samadhi merupakan sebuah resort yang menarik dan selesa di sini. Antara penginapan yang anda boleh cuba adalah seperti Treetop Chalets, Seacliff Chalets, Beach Sarang, Luxe Treetop Sarang, Jungle Luxe Sarang, Hillside Sarang,Seaview Sarang dan juga Penghulu’s House.

Ada beberapa aktiviti menarik yang ditawarkan disini seperti Scuba Diving, Boat Excursions, dan juga Jungle Trekking. Untuk pilihan restoran pula terdapat dua pilihan untuk anda iaitu Tamarind Tioman yang menawarkan makanan asia manakala restoran II Tempio pula menawarkan pilihan makanan Itali. Selain itu, anda bolehlah juga merehatkan diri di Samadhi Spa yang menggunakan produk 100% daripada bahan semulajadi!

Sememangnya Japamala Resort -By Samadhi ini merupakan satu pilihan penginapan yang lengkap untuk percutian anda bersama keluarga atau rakan-rakan atau orang tersayang.

Lokasi : Kampung Lanting, 86800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM909 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Japamala Resorts – By Samadhi

3) Tunamaya Beach & Spa Resort

Untuk ke Tunamaya Beach & Spa Resort ini, anda perlu menaiki feri dari tanah besar ke Kg Genting Jetty, kemudian anda perlu menaiki bot laju untuk sampai ke lokasi. Antara pilihan penginapan anda di resort ini adalah Beach Cluster Villa, Beach Villa, Beach Family Villa, Partial Family Villa, Garden Family Villa, Rainforest Villa dan juga Rainforest Family Villa.

Pelbagai kemudahan yang lengkap tersedia disini termasuklah dua buah restoran iaitu Pawana Restaurant dan juga Ombak Bar, kawasan kolam renang yang sungguh memukau dan juga sebuah spa iaitu Sarang Spa.

Untuk anda yang mencari aktiviti apa yang boleh dilakukan disini, antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah seperti bermain permainan dalaman seperti Chess dan sebagainya, mencanting batik, scuba diving, jungle trekking di kawasan Mukut, dan juga snorkelling!

Lokasi : Lot 20 & 21, Mukim Tioman, 86807 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM483 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Tunamaya Beach & Spa Resort

4) Melina Beach Resort

Melina Beach Resort merupakan sebuah resort yang terbaik untuk percutian keluarga. Dikelilingi hutan hujan yang indah dan juga pantai yang cukup cantik, Melina Beach pastinya pilihan tempat percutian yang terbaik. Terdapat tiga pilihan penginapan yang anda boleh cuba di sini iaitu Beachfront Chalet, Beachfront Standard Rooms dan juga Garden Rooms.

Antara aktiviti menarik anda boleh lakukan adalah jungle trekking ke kawasan hutan berdekatan melihat flora dan fauna yang terdapat disitu dan juga snorkeling di Pulau Tomok yang terletak berdekatan. Okay, untuk anda yang ingin merehatkan danmemanjakan diri, anda bolehlah ke Lemongrass Spa yang terdapat di resort ini!

Lokasi : Kampong Genting, 86800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM325 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Melina Beach Resort

5) Aman Tioman Beach Resort

Aman Tioman Beach Resort terletak di Kampung Paya, Pulau Tioman. Merupakan sebuah resort 4 bintang dengan 135 buah unit penginapan. Antara penginapannya adalah seperti Deluxe Double Room, Deluxe Twin Room, Club Deluxe King dan pelbagai lagi.

Di setiap unit tersedia penyaman udara, cerek elektrik, TV dan pelbagai lagi untuk keselesaan anda. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini dan antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti Diving, Snorkeling, Jungle Trekking, memancing, pusing-pusing pulau dan sebagainya.

Terdapat beberapa pilihan restoran untuk anda cuba di resort ini antaranya Fatty Grill Fish, Aman Kopitiam, Launge & Bar dan juga 2pai Cafe. Harga yang ditawarkan untuk penginapan disini juga sangat berpatutan!

Lokasi : Lot 73, Kampung Paya, 26800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM380 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Aman Tioman Beach Resort

6) Cheers Chalet

Untuk anda yang mencari penginapan berbajet rendah tetapi masih menawarkan pengalaman menarik, anda bolehlah menginap di Cheers Chalet. Cheers Chalet merupakan sebuah hotel berbajet rendah terletak berdekatan dengan Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Chalet-chalet ini terletak berdekatan dengan kawasan hutan hujan disini, dan untuk ke kawasan pantai, ia terletak dalam jarak yang tidak jauh. Kemudahan yang disediakan disini juga tidak kurang hebatnya dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Terdapat pilihan chalet untuk dua orang sehingga 5 orang. Selain itu, terdapat kemudahan Wifi percuma disini!

Lokasi : Kampong Tekek, Pulau Tioman Cheers Chalet, 26800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM80 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Cheers Chalet

7) 1511 Coconut Grove

1511 Coconut Grove merupakan satu lagi lokasi penginapan yang unik, terletak di Kampung Juara, Pulau Tioman. 1511 Coconut Grove menawarkan peninapan chalet yang menarik, terletak berhadapan dengan pantai dan anda boleh melihat pemandangan matahari terbit. Setiap villa menawarkan dekorasi menarik, berinspirasikan ruamh kampung tradisional.

Setiap unit didatangkan dengan penyaman udara, kipas, meja, bilik air dan juga kemudahan Wifi percuma. Terdapat tiga pilihan penginapan yang anda boleh cuba iaitu Sea View Double Bed, Sea View Twin Room dan juga Family Twin Bedroom. Anda bolehlah melakukan aktiviti menarik disini seperti hiking atau jungle trekking, melihat kawasan penyu, surfing, ke air terjun dan sebagainya! Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan dengan pengalaman yang anda bakal terima!

Lokasi : Kampung Juara Tioman Pahang, 26800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM198 Semalaman
Laman Web : Booking.com | 1511 Coconut Grove

8) Juara Mutiara Resort

Juara Mutiara Resort merupakan satu resort yang menarik untuk anda jadikan sebagai lokasi penginapan anda sempena percutian anda di Pulau Tioman. Terletak di Kampung Juara, resort ini menawarkan lokasi pantai yang luas dan indah. Ia loaksi yang sesuai untuk anda melakukan pelbagai aktiviti dan pengembaraan menarik seperti scuba diving, memancing, snorkeling, rock climbing, jungle trekking dan juga island tour.

Selain iut, pelbagai kemudahan lain tersedia disini termasuklah kawasan untuk sukan pantai, restoran, bilik karaoke dan sebagainya. Anda pastinya tidak akan merasa bosan kerana pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan disini.

Untuk penginapan disini, anda boleh memilih dari beberapa jenis dan antaranya adalah seperti Twin/Triple Chalet, Quad Chalet, Villa dan juga Family Beach House.

Lokasi : Kampung Juara, Pulau Tioman, 26800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM162 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Juara Mutiara Resort

9) Tioman Cabana Bed & Breakfast

Lokasi penginapan seterusnya adalah Tioman Cabana Bed & Breakfast. Terletak di Kampung Tekek, Pulau Tioman, lokasi ini menawarkan penginapan dan pengalaman yang unik. Terdapat tiga pilihan penginapan iaitu Beach Lodge – Queen Bed, Budget Bed Lodge, dan juga Roof Top Lodge. Semua penginapan ini termasuklah dengan sarapan, kemudahan Wifi dan juga aktviti-aktiviti menarik.

Aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti tour sekitar pulau, menaiki bot, berkayak,berbasikal, snorkeling, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Untuk pilihan makanan pula, terdapat Bistro di sini yang menawarkan pilihan makanan dan juga barat.

Lokasi : Tioman Cabana, Kampung Tekek Pulau Tioman, 26800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM360 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Tioman Cabana Bed & Breakfast

10) Bagus Place Retreat

Lokasi penginapan terakhir dalam senarai ini adalah Bagus Place Retreat iaitu sebuah penginapan menarik di Kampung Pasir Sarang, Mukut, Pulau Tioman. Resort ini terletak di bahagian selatan pulau ini, dan dikelilingi kawasan laut dan hutan hujan yang menarik. Selain itu, pemandangan dua buah puncak berkembar Gunung Nenek Semukut yang indah!

Chalet disini dibina terletak diantara laut dan juga hutan memberikan pengalaman indah dan memukau buat pengunjung. Selain itu, disini hanya terdapat 9 buah chalet sahaja untuk memberikan privacy kepada pengunjung. 9 chalet tersebut adalah Tree House, Boat House, Sang Kancil, Big Chief, Eagle View, Giant Squirrel, Hawksbill Turtle, Rock House dan Rumah Laut.

Pastinya pengalaman menginap disini satu pengalaman yang indah untuk percutian anda. Anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti lain disini untuk memeriahkan suasana. Oh ya, semua makanan disini disediakan di Twin Peaks Restaurant yang menawarkan hidangan tempatan dan Barat yang sedap-sedap belaka!

Lokasi : Kampung Pasir Sarang, Mukut, Tioman Island, 26800 Tioman Island, Malaysia
Harga : Bermula RM360 Semalaman
Laman Web : Booking.com | Bagus Place Retreat

AKHIR KATA

Bagaimana dengan senarai ini? Pastinya semua yang tersenarai menawarkan pengalaman percutian yang menarik. Pulau Tioman sememangnya antara pulau yang sungguh cantik, indah dan memukau pandangan. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk mencari penginapan terbaik di pulau Tioman. Rancanglah percutian anda dengan baik. Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *