Wanita Ini kongsi Tips Trip Bajet 2H1M ke Singapura, Cuma RM90 Je !

Sudah lama rasanya kan tak ke Singapura. Bila kali terakhir korang ke Singapura? Mungkin ada yang sejak Covid-19 melanda belum sempat lagi nak melancong ke sana. Yalah, nak uruskan kerja dan kehidupan lagi, mesti banyak duit yang perlu digunakan.

Kalau sebelum ni, kalau nak ke Singapura pastinya kena sediakan duit yang banyak sebab tahu-tahu jelah perbelanjaan yang agak mahal dan sebagainya. Tapi ada berita baik untuk korang sebab ada seorang wanita ini yang berkongsi trip beliau ke Singapura selama 2 hari 1 malam dengan hanya RM90 sahaja perbelanjaan beliau. Menarik bukan?

Jom lihat perkongsian beliau.

1st day

KLIA Express

  • TBS ke Salak Tinggi RM 11.20
  • Salak Tinggi ke KLIA2 RM 4.40

Scoot Airlines

  • KLIA2 Ke Singapore *FREE*

GrabCar

  • Airport ke Ibis Hotel Ruby RM96 bahagi 4 orang

2nd day

MRT & SENTOSA EXPRESS TRAIN

  • Aljunied Station ke Raffles place (Merlion Park) *FREE*
  • Raflles Place ke Sentosa (Uss) *FREE*
  • Sentosa ke China Town *FREE*
  • China Town ke Jalan Besar (CW2 Bus station) *FREE*

BAS

  • Jalan Besar ke Larkin sg 4.80/RM15.20
  • Larkin ke KL RM33.00

**Exclude makan dan tiket uss**

Tips untuk free

  • Rajin-rajin tengok website yang berkaitan travel contohnya follow group bbm, travelfree.info atau follow PTM
  • Lebih berbaloi guna Kad Kredit sebab banyak diskaun dan free entry. Aku punya mrt dari first naik sampai turun sume free.
  • Flight tu aku dapat free sebab download apps Hopper, so sume yang pergi sekali dengan aku dapat free flight pergi.
  • Hotel pun aku dapat free sebab apps Hopper juga, tapi malangnya kawan aku dengan partner dia terpaksa bayar sebab apps diorang x dapat kupon untuk redeem free hotel.

Balik tu aku pilih naik bas lompat-lompat sebab nak jimat, kalau bas direct dari sg ke kl ada tapi harga dalam RM109.

Pergi aku naik train lelompat juga sebab nak jimat, kalau naik direct dalam 40 lebih camtu, tapi kalau lelompat buang masa sikit.

Akhir kata, majulah travel untuk kehidupan sendiri.. Buat benda yang boleh buat hidup korang bahagia.

Enjoy your next trip guys !

Kredit : Eira Qasandra 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *